AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 260: Rakaman Penuh Sidang Media Bersama Tun M & Shinzo Abe (12 Jun 2018)
    Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe.
    Jelas Tun Dr. Mahathir Mohamad, pinjaman itu, jika diluluskan akan dibuat dalam matawang Yen.
    Tambahnya, kerajaan Jepun akan mempertimbangkan permintaan ini. 
    Dalam sidang media bersama, kedua Perdana Menteri itu turut mengulas mengenai cadangan membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia.
    Sidang media berkenaan dibuat susulan pertemuan empat mata dua pemimpin berkenaan di Tokyo, sempena lawatan luar negara pertama Dr. Mahathir sejak memegang jawatan Perdana Menteri 10 Mei lalu.
    Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hal mengenai perjanjian pertahanan Malaysia-Jepun.
    16 min
  • 263: Komponen Parti Sarawak umum keluar BN
    Sebentar tadi berlangsungnya sidang media oleh Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri itu. Beliau mengumumkan bahawa Komponen Parti Sarawak umum keluar daripada Barisan Nasional.
    4 min
  • 267: "Pelabur Jepun lebih jujur, telus", Datuk Wira Jalilah Baba
    Pelabur Jepun dikenali sebagai pelabur yang lebih jujur dan telus berbanding pelabur dari negara lain, jelas bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Jalilah Baba.
    Beliau juga kenang betapa mudahnya berurusan dengan pelabur dari Jepun yang lebih bersifat terbuka dan sedia berbincang semasa berkhidmat di MIDA.
    22 min
  • 266: Barisan Nasional 'terkubur' di Sarawak
    Parti Komponen Sarawak membuat keputusan keluar Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.
    Parti Komponen Sarawak itu terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Sarawak (PRS); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
    Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, gabungan parti komponen Sarawak itu menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sedang mendaftarkannya di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam waktu terdekat.
    Penganalisis Politik Universiti Malaya,  Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi mengulas.
    8 min
  • 265: Parti Komponen Sarawak keluar BN sudah dijangka anak Sarawak
    Parti Komponen Sarawak membuat keputusan keluar Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta. Parti Komponen Sarawak itu terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Sarawak (PRS); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Keputusan keluar BN sekali gus pembubaran itu menjadi sejarah selepas 44 tahun menjadi kerajaan pemerintah Negeri Bumi Kenyalang tersebut.
    Ikuti reaksi Penganalisis Politik UKM, Prof. Madya Dr. Madeline Berma berkenaan isu ini.
    8 min
  • 252: Rakaman Penuh Sesi Dialog Tun M di Persidangan Nikkei (11 Jun 2018)
    Ikuti rakaman penuh sesi dialog Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun.
    Dalam sesi dialog ini antara lain turut menyentuh soal perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan hubungan dagangan antara Malaysia dan China.
    Beliau berada di Tokyo di untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
    39 min
  • 254: Sidang Media Tun M Pasca Dialog di Persidangan Nikkei (11 Jun 2018)
    Ikuti sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Kelab Media Kebangsaan Jepun pasca dialog di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun.
    Dalam sidang media ini, beliau turut bercakap soal dasar hubungan luar Malaysia, isu Korea Utara, hubungan dagangan Malaysia dan China juga soal pelantikan gabenor Bank Negara yang baru serta perihal masa depan Proton.
    Beliau turut menitipkan sedikit tips kesihatan beliau kepada hadirin.
    13 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.