AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 253: AWANI Terengganu: Terengganu terus jadi destinasi pilihan pelancong
    Sebut sahaja Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas pastinya nama Terengganu singgah di benak fikiran pelancong. Negeri yang kaya dengan pusat pelancongan itu sering jadi tumpuan baik pelancong tempatan atau antarabangsa untuk dijadikan lokasi percutian pilihan.
    Terengganu juga mempunyai warisan sejarah yang menarik perhatian orang ramai untuk menjengah.
    6 min
  • 255: Perlukah kereta nasional kedua?
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan mewujudkan kereta nasional jenama baharu bagi menggantikan jenama Proton yang beliau sifatkan bukan lagi kereta nasional. Perdana Menteri berkata, kemungkinan juga projek ini akan membabitkan rakan-rakan negara Asean lain. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengambil alih semula Proton pada Sesi Dialog Persidangan Nikkei Masa Depan Asia di Tokyo pagi tadi.
    Hezeri Samsuri Pengarang Urusan Careta Media memberi pandangan mengenai projek kereta nasional kedua ini.
    7 min
  • 257: AWANI Johor: Bekas MB Johor bertanding Naib Presiden UMNO
    Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang. Beliau berharap ia akan mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada parti di saat kedudukan UMNO pada paras yang paling rendah.
    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan pada peringkat pusat pada pemilihan UMNO yang akan datang.
    7 min
  • 258: PDRM serbu rumah bekas pemimpin negara di Putrajaya
    Polis hari ini melancarkan operasi mencari di sebuah rumah banglo dua tingkat dipercayai milik bekas pemimpin negara di Presint 10 di sini.
    Operasi dipercayai melibatkan kes berprofil tinggi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan operasi pencarian sekitar 1.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari JSJK Bukit Aman.
    13 min
  • 250: Ucapan Tun Dr Mahathir kepada komuniti Malaysia di Jepun (10 Jun 2017)
    Ikuti ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kepada komuniti Malaysia di Jepun. Dalam ucapannya beliau yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat Malaysia memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun dan beliau turut menyentuh soal ekonomi dan kewangan negara.
    Beliau berada di Tokyo di untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
    32 min
  • 247: Bina Semula Perniagaan N.F.C.
    National Feedlot Corporation (NFC) seharusnya menambah bekalan daging lembu kepada pasaran Malaysia, tetapi akhirnya program ini dibelenggu isu rasuah. 
    Bolehkah Menteri Pertanian baru, YB Salahuddin Ayub berjaya membina semula NFC yang baru?
    14 min
  • 249: Lim Kit Siang dedah rahsia disiplin dalam ahli DAP
    Penasihat DAP yang juga ahli politik yang sudah melalui berbelas pilihan raya umum, Lim Kit Siang mendedahkan rahsia disiplin di kalangan ahli DAP. 
    Parti DAP dilabel dengan parti chauvinist atau parti hanya untuk satu kaum, jadi dengan mengetengahkan wakil rakyat dari pelbagai latar belakang dan kaum, adakah ini strategi yang sengaja digunakan DAP untuk menarik pengundi?
    Beliau turut mengulas mengenai skandal terbesar negara sekarang, 1MDB dan ketelusan anak beliau yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam mengendalikan pengurusan kewangan negara.
    8 min
  • 248: "Saya dituduh anti Melayu, anti Islam", Lim Kit Siang
    Ikuti wawancara Kamarul Bahrin Haron bersama YB Lim Kit Siang. Berdekad perbezaan ideologi politik beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi apakah faktor yang menggerakkan beliau dan pimpinan tertinggi DAP untuk bekerjasama dengan Tun M bagi PRU14 yang lepas?
    Beliau turut menyentuh soal 'game changer' dalam PRU14 yang lalu serta apa yang berlaku selepasnya juga ulasan beliau tentang Barisan Nasional yang bergerak sebagai pembangkang pada penggal ini.
    8 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.