AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 269: Kenapa Mahathir pinjam dari Jepun?
    Jepun akan mempertimbangkan permohonan kredit dalam bentuk Yen kepada Malaysia. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad penyelesaian masalah hutang akan membolehkan Malaysia menjadi pasaran yang baik untuk Jepun dan pelaburannya di Malaysia. Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Shinzo
    Ashwad Ismail dan Ibrahim Sani beri penjelasan bagaimana Yen Credit dari Jepun dapat merendahkan hutang negara.
    6 min
  • 268: Rancang perjalanan balik kampung anda
    Sebagai persiapan menghadapi jumlah kenderaan yang banyak di lebuhraya, pihak PLUS Malaysia Berhad mengambil beberapa langkah bagi melancarkan perjalanan balik kampung anda. Malik Ridhwan akan berkongsi sedikit statistik serta tips balik kampung untuk pengguna lebuh raya.
    6 min
  • 271: Gambaran masa depan Malaysia
    Bertitik tolak dari lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun baru-baru ini membuatkan dasar pandang ke timur yang pernah diasaskan oleh Tun M sendiri sekali lagi diberi perhatian oleh kepimpinan negara dan rakyat Malaysia.
    Betapa pantas teknologi dan industri berkembang, Jepun sendiri telah memperkenalkan Society 5.0 melangkaui revolusi Industry 4.0\. Ikuti perbincangan Kamarul Bahrin Haron dan Rushdi Abdul Rahim, Naib Presiden MIGHT untuk mendapatkan gambaran apakah Society 5.0 dan bagaimana untuk mengatasi persepsi negatif terhadapnya.
    12 min
  • 272: AWANI Selangor : Henti permusuhan, tumpu pembangunan
    Sudah lebih sebulan berlalunya Pilihan Raya Umum ke 14 namun masih terdapat segelintir pihak yang masih terbawa-bawa semangat kepartian. Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berpendapat tempoh berkempen sudah tamat dan tiba masanya untuk memakmurkan negeri dan membangunkan negara.
    Ikuti perbincangan beliau bersama Syah Hairizal.
    6 min
  • 282: Bina Semula: Jabatan Peguam Negara
    Yang Amat Arif Ketua Hakim dan Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan telah meletak jawatan. Adakah ini masanya untuk membina semula sistem perundangan negara, bermula dengan Jabatan Peguam Negara?
    Peguam Syahredzan Johan mengulas kepada Ibrahim Sani.
    13 min
  • 283: AWANI Kelantan : Tawar diri bertanding atas saranan Pemimpin Kanan UMNO
    Hasrat Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini dibuat atas syor rakan dalam pimpinan UMNO sendiri.
    Pengesyoran untuk bertanding jawatan itu jelasnya turut mendapat sokongan dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
    5 min
  • 259: Apa signifikannya hubungan Kuala Lumpur dan Tokyo?
    Dasar pandang ke timur sememangnya sinonim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berada di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
    Apakah signifikannya hubungan di antara Kuala Lumpur dan Tokyo ini?.
    Bersama Penganalisis Sosio-Politik USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian melihat analisis kepada kunjungan Tun M ke Tokyo pada kali ini.
    8 min
  • 262: Penyelesaian isu perumahan di Selangor
    Bukan rumah yang kurang, tetapi masalah pembiayaan perumahan yang sering jadi halangan bagi rakyat Selangor untuk memiliki kediaman sendiri. Kerajaan negeri Selangor telah tampil dengan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.
    6 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.