AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 327: Malaysia Baharu ke arah negara berpendapatan tinggi
    Shafizan Johari bersama Dr. Yusof Saari, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM bercakap mengenai pentadbiran Malaysia Baharu ke arah negara berpendapatan tinggi.
    Adakah hala tuju ekonomi berdasarkan Wawasan 2020 yang pernah diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu masih boleh diguna pakai?
    10 min
  • 330: Najib Razak didakwa hari ini
    Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan Najib telah ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang Selasa berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. , bekas anak syarikat 1MDB.
    Najib akan dituduh pada pukul 8.30 pagi Rabu di Mahkamah Kuala Lumpur.
    6 min
  • 316: Sidang Media Tun Dr Mahathir dan Presiden Jokowi (29 Jun 2018)
    Ikuti rakaman penuh sidang media Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia, Joko Widodo bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang disambut tahun lalu.
    Ia adalah lawatan rasmi sulung Dr Mahathir ke negara pertama di Asia Tenggara selepas memegang jawatan Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei lalu.
    15 min
  • 315: Annuar Musa : Aspirasi rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO
    Calon Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan akan datang, Tan Sri Annuar Musa berkongsi aspirasinya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.
    Dalam wawancara ini beliau menyatakan faktor yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk bertanding dan beliau turut mengulas tentang pembaharuan dan agenda yang diketengahkan untuk pemilihan kali ini.
    13 min
  • 314: Menjelang Pemilihan UMNO 2018 : Relevankah UMNO pasca PRU14?
    Menjelang Pemilihan UMNO 2018, Prof. Hamidin Abd Hamid, Penganalisis Politik dari Universiti Malaya mengulas mengenai perubahan yang perlu bagi parti agung bangsa Melayu ini.
    Adakah pemilihan parti kali ini bakal mencerminkan perubahan dalam corak kepimpinan atasan parti?. Mampukah pemilihan kali ini mengembalikan keyakinan penyokong dan rakyat keseluruhannya kepada UMNO?
    12 min
  • 317: AWANI Pahang : Tengku Abdullah yakin Malaysia layak jadi hos Piala Dunia
    Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan tiga negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.
    Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan untuk memutuskan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.
    4 min
  • 319: Eksklusif : Debat Calon Presiden UMNO
    Dengarkan debat calon Presiden UMNO bersama Khairy Jamaluddin, Tengku Razaleigh dan juga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disiarkan secara eksklusif di saluran Astro AWANI.
    Bersama moderator, Kamarul Bahrin Haron.
    1 hr 1 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.