Better Call Sukan

Better Call Sukan

Download on the App Store

Better Call Sukan episodes

  • ⁠EP 4: Anak Panah, Satu Komuniti: Barebow Malaysia & Asia bersama Riyadh

    Pernah terfikir tentang kekuatan di sebalik sebuah komuniti sukan? Bersama Riyadh, admin dan wakil Barebow Malaysia & Asia, kami meneroka denyut nadi komuniti barebow archery di Malaysia dan Asia. Riyadh akan berkongsi bagaimana minat terhadap memanah tanpa aksesori membina jambatan persahabatan dan membawa sukan ini ke tahap yang lebih tinggi. Dengarkan kisah inspirasi ini di Better Call Sukan!

    1 hr 20 min
  • EP 2: Beyond The Finish Line: Kekuatan & Kejayaan Sang Ironwoman

    Jom join Arief dan guest host kita, AJ Aniq dalam episod penuh inspirasi Better Call Sukan kali ini bersama Aimi Iwasaki — atlet triathlon yang betul luar biasa!

    Aimi merupakan 2x Ironman finisher dan pernah mewakili Malaysia di Ironman World Championships 2024. Beliau juga dinobatkan sebagai perenang wanita terpantas keseluruhan IM 2023 dan Juara Kebangsaan.

    Selain prestasi hebat dalam sukan, Aimi juga merupakan pengasas Aimi Fit Kitchen, sebuah jenama yang menggalakkan gaya hidup sihat dan seimbang.

    Dalam episod ini, Aimi berkongsi tentang perjalanan beliau, falsafah latihan, dan bagaimana beliau mengimbangkan dunia sukan elit dengan dunia keusahawanan.

    Untuk Better Call Sukan Season 3, setiap episod akan ada guest host yang berbeza! Siapa yang akan muncul lepas ni? Tunggu dan tengok — kita ada surprise setiap minggu.

    1 hr 12 min
  • EP 1: The Farewell & The Future: Khal Explains (Kenapa Tinggalkan BCS?)

    Better Call Sukan kembali untuk Season 3!

    Jom terus masuk soalan yang ramai tertanya-tanya: Kenapa Khal tinggalkan BCS?

    Dalam episod pembukaan ni, Khal sendiri cerita pasal perjalanan dia dan apa yang bakal datang lepas ni. Ini bukan sekadar selamat tinggal, tapi permulaan bab baru.

    Lagi best, kita ada suara baru kat podcast—Ahnaf Yusri, producer kita sendiri, buat debut sebagai guest host bersama hos utama, Arief Danial.

    1 hr 29 min
  • EP 41 Prod Fee; 2024 Wrapped Up | Better Call Sukan

    Season 2 Better Call Sukan memang penuh dengan aksi dan cerita best! Dari sukan tradisional sampai kisah inspirasi atlet, kami bawakan highs and lows dalam dunia sukan dengan vibe santai dan fun. Dalam episode recap ni kita bersama dengan yang berada di belakang tabir podcast Better Call Sukan- Producer Fee!

    Dalam episode recap ni, bukan setakat cerita pasal sukan je, tapi juga pasal semangat nak terus maju walaupun cabaran melambak. Arief cerita balik pasal bila dia tak datang satu episode tu- dia ingat time tu dia dah kena pecat dah! Tapi sebab producer kita semua santai, kita faham je!


    Terima kasih sebab terus support kami sepanjang season ni! Jangan lupa dengar dan nantikan Season 3 pada 2025.

    15 min
  • EP 40 Shahrir Bahar; Sports Business | Better Call Sukan

    Nak handle business tak semuanya indah. Shahrir berkongsi perjalanan luar biasa dari sekadar blog kecil yang diremehkan hingga menjadi salah satu portal besar dalam dunia sukan. Shahrir turut ceritakan kisah behind-the-scenes tentang viewing party Euro 2016 di A&W Petaling Jaya, di mana saat-saat cemas bertukar menjadi kejayaan besar apabila crowd yang luar biasa memenuhi ruang restoran tiba tiba datang memenuhi A&W.

    Dalam episode ni, Shahrir kongsi tip penting untuk online marketing: Kenal strength diri. Tak kisah berapa kecil langkah pertama, setiap orang ada kelebihan tersendiri—fokus pada kekuatan anda dan main by your strength! 💪

    Tapi perjalanan ini bukan tanpa cabaran. Berkali-kali rasa nak give up, Shahrir tetap teruskan walaupun jalan ke depan penuh liku. Dengan semangat dan percaya pada potensi diri, dia mampu bertahan walaupun pada saat-saat sukar, termasuk ketika harus buat odd job untuk survive.

    Yang bestnya, episode ni kita rakam kat Empire Sports—tempat yang memang ngam habis dengan vibe sukan dan energy podcast Better Call Sukan. Lagi power, episod kali ni pun powered by Min Coffee, bagi extra boost kat Shahrir, Team Better Call Sukan, dan Team Audio+ untuk buat episode last season 2 ni jadi paling padu dan penuh inspirasi!


    1 hr 2 min
  • EP 39 Ezzat Eddy; Running & Hiking | Better Call Sukan

    Masuk hutan bukan sekadar redah sesuka hati ye! Minggu ni, kita kupas dua topik menarik: kenapa setiap ekspedisi hiking wajib ada guider yang tahu selok-belok kawasan gunung, dan bagaimana Ezzat Eddy berjaya ubah hidupnya daripada benci lari ke marathoner tegar!

    Ezzat juga kongsikan yang guider lokal memainkan peranan besar untuk memastikan keselamatan dan arah yang betul. Tahu tak, trek yang nampak macam jalan manusia tu mungkin sebenarnya laluan haiwan?

    Jangan main main, dari Gunung Kinabalu ke Annapurna Ezzat dah conquer! Jom dengar pengalaman Ezzat sebagai marathoner dan macam mana beliau conquer puncak puncak kat dunia ni!

    1 hr 6 min
  • EP 38 Qabil Ambak; Equestrian | Better Call Sukan

    Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Qabil Ambak, seorang atlet equestrian kebangsaan dan juga Olympian. Dengan pengalaman lebih 30 tahun, Qabil berkongsi kisahnya bermula dari umur 10 tahun hingga mewakili Malaysia di peringkat tertinggi seperti Sukan SEA dan Sukan Asia. Beliau juga cerita tentang cabaran unik sukan equestrian, termasuk membina hubungan dengan kuda, proses latihan intensif, dan pengalaman bertanding di pentas antarabangsa. Kalau nak tahu lebih tentang perjalanan seorang Olympian dan dunia equestrian, episod ini memang wajib dengar!

    1 hr 18 min
  • EP 37 Aniq Kasdan; Weightlifting | Better Call Sukan

    Aniq Kasdan, atlet angkat berat dan juga seorang olympian, join kita minggu ni di Better Call Sukan! Kalau nak tahu, Aniq adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya menang pingat di Kejohanan Angkat Berat Dunia!

    Dalam episod ni, Aniq share banyak benda menarik pasal dunia angkat berat – macam berapa lama kena angkat di atas pentas, berapa banyak kategori ada, dan macam mana suasana sebenar masa pertandingan. Dia juga cerita pengalaman pelik tapi betul; ada atlet yang suka main mind games masa sesi warm up. 

    Jom dengar cerita Aniq dan explore dunia angkat berat bersama-sama!


    1 hr
  • EP 36 Dr. Seemantani; Sports and Media Law | Better Call Sukan

    Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami mendalami topik Sports and Media Law bersama Dr. Seemantani, lawyer specializing dalam undang-undang sukan dan media, terutamanya dalam hak penyiaran dan harta intelek dalam industri sukan. Dr. Seemantani berkongsi tentang selok-belok hak siaran, undang-undang harta intelek, dan isu-isu terkini dalam dunia media sukan. Kami juga bualkan tentang kes doping, peraturan hak imej atlet, dan perbezaan hak siaran antara negara-negara ASEAN. Bagi anda yang ingin tahu lebih tentang bagaimana undang-undang mempengaruhi industri sukan dan media, episod ini memang penuh ilmu dan info menarik!

    1 hr

About Better Call Sukan

From the publisher's feed

Better Call Sukan dihoskan oleh Arief Danial membawa anda mendalami dunia sukan daripada akar umbi sehingga ke tahap profesional. Tetamu-tetamu yang mereka bawakan merupakan orang-orang hebat yang…