
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Hassan, juara yo-yo kebangsaan lima kali dan pemain bertaraf dunia dengan ranking ke-16! Hassan bercerita dari sejarah yo-yo yang asalnya digunakan sebagai senjata, sampai ke tahap menjadi sukan antarabangsa yang penuh skill. Hassan juga kongsi tentang kategori-kategori seperti ‘Single A’ dan ‘Double A,’ serta trick-trick ikonik seperti “Boingy-Boing” dan “Eiffel Tower” yang perlukan banyak dedikasi. Kalau nak tahu apa yang best dan mencabar dalam dunia yo-yo, episod ni memang wajib dengar!
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Na'im Azimi, seorang “social cyclist” yang berkongsi kisah perjalanan dalam dunia basikal. Na'im mula dengan fixie, tetapi akhirnya terjun ke road cycling demi kelajuan dan kepuasan berkayuh. Kami juga sembang tentang trend fesyen basikal, peranan gear, dan pengalaman Na'im berkayuh sejauh 270km. Menariknya, Na'im juga adalah pengasas kopi tempatan, “Kopi Sebelum Kerja,” yang diinspirasikan oleh budaya cycling! Kalau anda nak tahu lebih tentang hubungan unik antara cycling dan kopi, episod ini memang untuk anda!
Dalam episod Better Call Sukan kali ni, kami bersama dua adik-beradik hebat iaitu Aiman Abu Bakar dan Ariff Abu Bakar. Aiman, seorang Professional Boxer dan juga Juara WBC Asia Silver Super-Featherweight, kongsi macam mana kehidupan sebagai seorang boxer — dari struggle nak jaga berat badan sebelum fight, sampailah ke latihan intensif selama 12 minggu. Aiman juga cerita tentang pengorbanan fizikal dan mental yang perlu dilalui untuk capai kejayaan. Bersama abangnya, Ariff, yang bukan saja jadi pengurus Aiman tapi juga seorang musician. Kalau anda nak tahu lebih tentang kehidupan seorang professional boxer, episod ini pasti membuka mata!
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Joseph Romy, seorang jurulatih dari Malaysia Skate Federation (MYSKAT). Joseph berkongsi bagaimana beliau terinspirasi oleh Tony Hawk dan bagaimana sukan skateboard berkembang di Malaysia, terutama selepas menjadi salah satu sukan di Olimpik. Joseph juga menerangkan cabaran menghadapi kecederaan dan bagaimana beliau kini mengajar kanak-kanak melalui sekolah skateboarding yang dimulakan bersama isterinya. Lebih menarik lagi, ada kejutan istimewa untuk hos kami, Arief, apabila pasukan produksi tiba-tiba masuk studio dengan kek hari jadinya! Kalau anda nak tahu lebih banyak tentang dunia skateboarding dan nak dengar reaksi Arief, episod ini memang tak boleh dilepaskan!
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Riquan Aqif, seorang ahli fisioterapi dari RA Rehab and Fitness. Riquan berkongsi tentang peranan fisioterapi dalam membantu atlet pulih dari kecederaan, termasuk pentingnya rawatan tisu dalam untuk pencegahan kecederaan. Riquan juga menerangkan perbezaan antara fisioterapi dan kiropraktik, serta mitos-mitos mengenai rawatan sukan. Kalau anda nak tahu cara terbaik untuk menjaga tubuh sebagai atlet, wajib dengar episod ni!
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bawakan kisah menarik tentang dunia seorang basketball referee. Rizal, seorang referee yang berpengalaman, berkongsi cerita perjalanan beliau dari bermain di kampung sampai ke peringkat negeri. Beliau juga bercerita tentang cabaran yang pernah dihadapi, termasuk insiden penonton baling botol sebab tak puas hati. Selain tu, Rizal turut bincangkan perbezaan peraturan FIBA dan NBA, serta kepentingan kecergasan sebagai referee. Kalau nak tahu realiti kehidupan seorang basketball referee, wajib dengar episod ni!
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bawakan perbincangan menarik tentang chess bersama Coach Izaldin, seorang jurulatih chess berpengalaman yang memulakan minatnya sejak darjah 5. Coach Izaldin berkongsi bagaimana sukan ini berkembang di Malaysia, dari kisah persaingannya hingga cara melatih pemain chess Paralimpik. Beliau juga menyentuh tentang strategi permainan, seperti pergerakan khas 'castling' dan taktik checkmate. Kalau anda rasa chess hanya permainan biasa, episod ini akan buat anda lihat chess dari sudut yang lebih mendalam dan penuh cabaran!
Selami dunia berlayar dalam episod santai ni, di mana guest kita Norma berkongsi minatnya pada laut luas. Berlayar adalah tentang mencari ketenangan, dan dalam episod ni, Norma kongsikan apa sebenarnya perasaan tu. Beliau juga ceritakan tentang cabaran yang pernah dihadapi, tapi juga momen-momen tenang yang buat belayar begitu istimewa. Dengan nada tenang, Norma juga bawa kita menyelami setiap bahagian bot layar dan bagaimana semuanya berfungsi. Sesuai untuk yang sukakan cerita laut! Jom dengar episod ini dan rasa seolah-olah berlayar bersama Norma!
Better Call Sukan kali ini berbeza daripada episod-episod sebelumnya. Bukan mengenai pemain bola sepak, tetapi fokus kepada individu yang tidak kurang pentingnya di padang iaitu pengadil. Tanpa pengadil, perlawanan bola sepak tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kita bawakan pengadil dari London, UK – Alfie Watts, Pemenang BBC Race Across the World & Pengasas RefPro, serta Romeo Rojas, Pengarah RefPro. Mereka berkongsi pengalaman berharga sebagai pengadil bola sepak di peringkat antarabangsa. Walaupun teknologi moden seperti VAR atau Video Assistant Referee kini semakin digunakan, penilaian daripada pengadil tetap memainkan peranan penting. Sentuhan manusia dalam penilaian bola sepak masih diperlukan. Jom dengarkan perkongsian dan pengalaman mereka di UK yang mungkin kita boleh adaptasikan di Malaysia.
Kita ada kelainan sikit untuk episode Better Call Sukan minggu ini. Kita ada sports artist dari New Zealand yang dah lama menetap di Malaysia. Dari zaman kanak-kanak yang kurang pengetahuan tentang sukan tapi penuh semangat, hinggalah menjadi seorang sports artist. Beliau berkongsi pengalaman dan detik-detik yang membentuk perjalanannya dalam dunia sukan. Beliau cakap, sukan ni macam ballerina- kena kira setiap langkah? Jom kita dengar inspirasi dan kisah seronok sepanjang kariernya.
From the publisher's feed