
Sign up to save your podcasts
Or


Atlet sukan lagi-lagi yang bermain untuk negara bukan sekadar perlu bersedia fizikal untuk performance yang mantap, tapi mental dan psikologi mereka juga perlu dielakkan daripada berlaku 'peperangan'. Ingat ya, mental ni jangan ambil mudah! Dengarkan Yuslaini yang mendalami psikologi sukan yang tidak didendang di Malaysia masa ini dalam Better Call Sukan.
Siapa kata duyung itu mitos? Dalam dunia ni sebenarnya duyung wujud dah lama tapi perlu pakai gear lah sebab Mr. ravi siap bawa gear sukan renang finswimming masuk ke set Better Call Sukan kali ini. Dia juga ada share, siapa yang pandai bergelek, ada advantage boleh pro finswimming ni. Menarik kan? Jom catch up perkongsian penuh bersama Arief dan Khal dalam Better Call Sukan!
Menjadi seorang ibu je dah susah, apatah lagi untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. Kali ini Better Call Sukan bersama Serena Yang seorang ibu yang juga merupakan atlet triatlon. Belari, bernenang dan berbasikal, fuhh memang power!
Berasal Brazil, yang jatuh cinta dengan Malaysia, membawa sukan capoera dan jiujitsu. Mulanya hanya ditugaskan untuk berkhidmat untuk jangka setahun, akhirnya 20 tahun dan masih mengira dalam menghirup udara Malaysia. Bersama Christiano Ibrahim untuk jejak langkahnya menyeberang lautan menjadi master sukan capoera dan jiujitsu di Better Call Sukan.
Selalu kan kita main bowling saja-saja, samalah macam Fifah ni pada mulanya. Bezanya, dia mampu ke Olimpik, kita mampu ke longkang. Kalau anda nak asah bakat, Fifah ada share tutorial main bowling untuk beginner. Nak tahu, dengarlah Better Call Sukan episod ni!
Keadaan fizikal badan pun jadi faktor posisi yang Khairul main untuk ragbi. Dia kata bila dia hilang berat badan, dia boleh main posisi wing. Kepada yang tak pandai main ragbi, kita makan wings and drummet sambil layan Better Call Sukan!
Daphne cakap volleyball dengan badminton ni lebih kurang tau. Kalau tak percaya, cuba try dua-dua sport ni XD Dengarkan cerita penuh tentang Daphne Ng, bekas pemain badminton kebangsaan di Audio+
Minggu ni kita ada founder FC Botavo-... oh, bukan! Versi tempatan, kita ada FC Votafogo! Izwan ni start dengan perniagaan pakaian ye, pandai betul matching kan dengan sport. Macam ni baru otak businessman! Dengarkan cerita Izwan dan jenama pakaian futsalnya di Better Call Sukan.
Selalu kita hype pemain bola sepak lelaki, tahu tak kita ada pemain bola sepak wanita kebangsaan? Khal ada geng kali ni sebab Niena Azman ni pun goal keeper! Dengarkan cerita Niena Azman dan pengalamannya menjadi penjaga gol dalam Better Call Sukan.
Kita ada orang radio yang lejen lah dalam Better Call Sukan! Siapa tak kenal Jamal Jamaluddin, ganda dua puluh tiga! Khal & Arief nak borak tentang sukan bola keranjang dengan JJ. Jom layan!
From the publisher's feed