
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam episod Better Call Sukan kali ni, kita masuk ke dunia Downhill Skateboarding bersama Jes, rider yang memang tak takut nak turun bukit dengan kelajuan gila. Ini bukan skateboarding biasa—ni tentang rasa thrill masa meluncur laju dengan hanya papan kat bawah kaki. Jes cerita pasal seronoknya, cabaran, dan betapa syoknya rasa masa dia skate. Kalau anda minat sukan ekstrem atau sekadar nak tahu lebih, episod ni confirm buat anda rasa macam nak join ride sekali!
Episod kali ini memang rockstar! Sambil exercise, kita boleh jadi drummer tapi kita ketuk angin menggunakan ripstix. Ya, ripstix bukan rib steak. Aish ada cakap komuniti pound fitness ni dalam diam-diam dah ramai tau. Anda familiar tak dengan pound fitness? Nak tahu lebih apa yang Aish kongsikan, dengarkan episod ini di Better Call Sukan.
Pernah imagine tak sebenarnya ada dragon boat di Malaysia? Bukan perahu, sampan atau bot nelayan ikan biasa kita nampak tu ya. Episod kali ini Lesley kongsikan tentang dragon boat yang rare. Katanya, sikap bekerjasama sayap kanan dan sayap kiri kena padu kalau nak main dragon boat ni. Menarik kan? Jom dengar di Better Call Sukan.
Kalau sebut main tali skipping, ramai antara kita yang pernah main kan masa kecil-kecil dulu tapi dah besar pun kita main jump rope lagi. Ingat tak masa negara mula-mula digemparkan dengan pandemik, ada video viral orang main jump rope dalam rumah? Emma lah saah seorang yang memeriahkan komuniti jump rope ni. Bukan sekadar lompat tali, dengarkan perkongsian Emma mengenai sukan jump rope di Better Call Sukan kali ini.
Lain macam episod Better Call Sukan kali ini, kita ada champion MMA di studio! Mesti semua orang pun fikir benda yang sama macam Arief kan, ingatkan MMA ni 'ibu' kepada semua seni pertahankan diri, sebenarnya bukan ya. Tapi champion Ahmed Zareh ni banyak martial art boleh buat, kita tak boleh relate lah :( Jom dengar Better Call Sukan minggu ni bersama atlet MMA Ahmed Zareh yang hebat.
Kalau kita pergi taman permainan, kadang-kadang kita nampak ramai kanak-kanak main rollerskate dengan knee pad and elbow pad tapi Syifa dan Ameerah ni main rollerskate sampai ke Indonesia! Macam seronok je kan tapi kalau jatuh, bangun sendiri lah ya. Dengarkan episod rollerskating bersama adik beradik Syifa dan Ameerah di Better Call Sukan!
Pakai tanjak dan baju tradisional Melayu di bumi Texas, dengan mata-mata kamera seluruh dunia melihat, mestilah kita bangga ada anak Malaysia yang hebat macam ni. Shaukat juga ada share macam mana program TV ketika wrestling, mahal betul pengalaman beliau. Menariklah Better Call Sukan episod kali ini, anda macam kena dengar!
Kalau kita main curling ni, mesti ibu kita bangga dengan kita sebab boleh tolong dia menyapu sambil-sambil kita bermain. Tapi equipment curling ni agak rare lah, kena ada batu dan yang menariknya Melissa pernah buat DIY batu untuk curling ni tau. Jarang kan kita dengar sukan curling di Malaysia, that's your cue to listen to Better Call Sukan!
Episod kali ini Arief & Khal berada di tempat yang sangat berunsur aesthetic, Corak & Pattern! Bertepatanlah dengan tetamu yang aesthetic ni juga, beliau main ice hockey + fashion designer. Berseni dan bersukan? Memang Dhan Illyani ni sapu semua. Jom dengar perkongsian Dhan tentang kehidupannya sebagai atlet pada masa yang sama hobi seninya di Better Call Sukan.
Jangan main-main ya, jeruk bukan hanya ada di dapur tapi ada juga di gelanggang! tapi berdasarkan Azzairi, Faizal, Nurul A'in gelanggang pickleball ni pun ada bahagian kitchen. Haa sudah, nak main pickleball ke nak masak-masak ni? Dengarkan perkongsian penuh mengenai pickleball di Better Call Sukan!
From the publisher's feed