
Sign up to save your podcasts
Or


Dari kecil dah aktif dalam pelbagai sukan, sekarang aktif dalam larian pula. Sambil tu berniaga juga, fuh mad respect! Tetamu Better Call Sukan kali kita ada Nurfitri Najwa atau lebh dikenali sebagai @kakfitttttttt di X. Jom layan Better Call Sukan sekarang!
Bayangkan ketinggian Harinder ni 178cm dan dia lompat dengan ketinggian 152cm dalam keadaan duduk! Bukan lompat biasa-biasa, beliau ada rekod dalam Guinness World Records dan bukan satu rekod tapi ada dua! Jom dengarkan kisah Harinder dalam Better Call Sukan.
Korang mesti tahu sukan ping pong kan? Dalam episod kali ini kita ada bekas atlet ping pong Malaysia, Yvonne Lim. Banyak cerita yang dikongsikan, dari perjalanan beliau dalam sukan pingpong sampai lah jadi atlet negara. Dengarkan dalam Better Call Sukan.
Haritu sekejap sangat dapat bersama Luqman Hafidz di KL Podfest. Jadi, kita bawakan lagi tetamu ini untuk cerita lagi pengalaman beliau dan cerita selebihnya. Better Call Sukan!
Better Call Sukan dah masuk season 2! Episod pertama ni special sikit sebab Arief dan Khal LIVE di KL Podfest 2024 bersama tetamu jemputan, Luqman Hafidz! Siapa fan filem Ola Bola mesti kenal dia ni! Jom layan Better Call Sukan!
Dalam episod kali ini, kita bersama mereka yang berada di belakang tabir podcast Better Call Sukan. Producer Ahnaf dan juga Producer Adam. Berborak tentang sukan bersama mereka serta Khal dan Arief sebagai penutup Better Call Sukan di tahun 2023.
Korang tertanya tak, kalau ada atlet yang cedera teruk macam mana mereka pulih? Jadi dalam episod kali ini kita bersama Dr. Ramlan seorang doktor dalam perubatan sukan dan beliau pernah merawat Datuk Lee Chong Wei!
Main bola guna tongkat, goalkeeper pula tak ada tangan. Macam mana tu? Boleh ke main bola kalau macam tu? Jom dengar Better Call Sukan sekarang!
Sukan Lacrosse? Kalau tengok peralatan sukan ni, ia menggunakan bola dan kayu yang berjaring. Cara permainan pula macam mana? Kalau nak tahu, dengarkan Better Call Sukan!
Bila cakap pasal gym kan, selalu tempat tu penuh dengan lelaki. Bila perempuan nak pergi gym, jadi segan sebab ramai lelaki. Tapi dekat Malaysia dah ada gym untuk wanita tau. Khas untuk wanita je lelaki tak boleh masuk. Jadi Better Call Sukan kali ni bersama Alison wakil daripada Curve Malaysia nak berborak tentang gym dan wanita. Jom dengarkan sekarang!
From the publisher's feed