
Sign up to save your podcasts
Or


Jangan pandang rendah dengan wanita dalam sukan tau lagi-lagi dalam bola sepak! Kita ada Puan Normala, bekas pemain bola sepak negara! Diberi jolokan Mokhtar Dahari wanita lagi tau. Jom relaks dan dengarkan Better Call Sukan!
Kali ini ada kolaborasi antara podcaster. Khal dan Arief bersama Sivan John daripada The BOLA BOLA show berborak tentang 'content' dan minat mereka dalam dunia bola sepak.
Motorsport ni sukan apa pula ya? Budak berusia seawal 6 tahun dah mula sukan ni! Jom dengarkan tentang sukan motorsport bersama Encik Rohairijaz, pemilik Double R Motorsport (DRM) dalam Better Call Sukan!
Daripada awal episod Better Call Sukan, Khal nak belajar tentang sukan kriket dan akhirnya kita ada Encik Salman daripada Malaysia Cricket Association! Semangat dua orang hos kita belajar tentang kriket siap lukis lagi! Korang pun boleh layan sukan kriket dalam Better Call Sukan!
Dalam Better Call Sukan kali ini, Khal dan Arief bawakan Sarina Sundara Rajah seorang bkeas atlet negara dalam sukan gimrama. Bukan saja kita dapat tahu tentang sukan ini, kita juga dapat bersama-sama Sarina yang juga founder Safe Sport Malaysia dalam memastikan sukan yang selamat di Malaysia. Dengarkan Better Call Sukan sekarang!
Sukan kali ini kita nak sembang tentang hoki! Khal dan Arief bawakan Coach Umamah yang merupakan jurulatih hoki daripada Srikandi Striders. Beliau dah lama main hoki sejak sekolah lagi tau! Kalau nak tahu lebih lanjut jom dengar Better Call Sukan sekarang!
Dalam Better Call Sukan kali ini, kita ada Jamy daripada WSFM. Komuniti bola sepak & futsal wanita di Malaysia. Bagaimana komuniti ini ditubuhkan dan apa aktiviti yang mereka jalankan? Dengarkan Better Call Sukan bersama Arief Danial & Khal sekarang!
Kalini dalam Better Call Sukan kita bawakan Esports! Kita bawa Dinie daripada GamesMY Esports. Esports ni apa dan banyak ke komunitinya di Malaysia? Dengarkan Better Call Sukan sekarang!
Sukan yang Arief dan Khal akan bawa dalam Better Call Sukan kali ini adalah sukan berlari! Bersama pengasas Kelana Jaya Running Club (KJRC), Syed Shahzli yang menggunakan sukan sebagai 'alasan' untuk lepak dengan kawan-kawan. Hari ini, KJRC banyak memberi peluang kepada mereka yang nak mula berlari untuk sihat. Banyak tips & nasihat yang dikongsikan oleh Syed Shahzli, jadi rugi kalau korang tak dengar!
Korang tahu tak tentang sukan Footgolf? Sukan bola tapi dalam versi main golf. Negara kita dah sampai ke Orlando untuk World Cup! Kita bawakan pemain nombor satu dan tiga dalam Malaysia untuk perkenalkan sukan Footgolf kepada korang semua. Dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial beserta tetamu mereka, En Zul dan En Fairus.
From the publisher's feed