
Sign up to save your podcasts
Or


Adilla J.Sam seorang bekas pelumba basikal trek Malaysia! Ada banyak naik turun yang Adilla hadapi sepanjang beliau berada dalam sukan basikal ni. Yang pasti cerita beliau kongsikan dalam podcast ni banyak inspirasi untuk kita. Dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial sekarang!
Better Call Sukan kali ini, kita ada tetamu jemputan daripada Pahang Rangers dan Women in Football, Mutiara. Beliau berkongsikan perjalanan beliau dalam pengurusan bola sepak dari sudut pandang seorang wanita. Jarang kan kita dengar wanita dalam dunia bola sepak? Jadi, dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial sekarang!
Jarang kita tengok sukan bola lisut atau baseball di Malaysia kan? Tapi sebenarnya ada komuniti yang membawa sukan bola lisut di Malaysia ni. Bersama Encik Rafiq Hang daripada Besbolkita berkongsikan tentang sukan baseball dalam Better Call Sukan!
Akar umbi bola sepak: Selangor. Bersama Khal dan Arief kali ini, Encik Izrin Nabil; Setiausaha Agung FAS. Beliau berkongsikan tentang aktiviti akar umbi bola sepak Selangor yang banyak memberi peluang kepada peminat sukan dalam negara.
Meminati bidang sukan daripada kecil, bersama FAM bermula sebagai Ketua Unit Akar Umbi FAM, Cameron Ng kini merupakan Ketua Jurulatih Skuad Wanita B-20 Malaysia. Bagaimana perjalanan dan pendapat beliau tentang sukan di Malaysia? Dengarkan Arief dan Khal bersama coach Cameron Ng dalam Better Call Sukan!
Apa tu Better Call Sukan, padangbolasepak.com dan Rekreasi Sukan? Sebelum kita pergi lebih dalam lagi tentang sukan-sukan yang ada, kita lepak suai kenal dulu bersama hos Better Call Sukan, Arief & Khal.
From the publisher's feed