BinaBisnesOnline FM

BinaBisnesOnline FM

Download on the App Store

BinaBisnesOnline FM episodes

  • BBO 027: Meningkatkan Kadar Closing Anda Dalam PM

    #027: Apakah ruang diantara trafik yang berlambak banyak dan jualan yang rendah? Macam mana anda buat closing dalam PM. Jangan ingat bila dapat trafik dan PM banyak tu dah settle. Bab closing dalam PM merupakan langkah yang kritikal dalam menentukan sama ada suatu bisnes tu menguntungkan ataupun dalam kerugian. Langkah pertama dalam meningkatkan kadar closing kita adalah kita kena mula mengukur metrik-metrik yang penting. Jom kita mendengar episod ni untuk memahirkan diri dalam closing PM.

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    11 min
  • BBO 26: Pendapat Tentang Model Bisnes Dropshipping (2021)

    #026: Dropshipping dah menjadi model bisnes kesukaan ramai, disebabkan modelnya yang simple dan tidak perlu banyak kos untuk memulakan. Walaubagaimanapun, sebagaimana semua model bisnes ada kelebihan dan kelemahannya, dropshipping telah sampai di tahap dimana ia menjadi sukar untuk sesiapa sahaja, terutamanya usahawan yang fokus di pasaran tempatan, untuk membina bisnes online yang sihat untuk jangka masa panjang. Jom mendengar episod ni, dan tengok, sama ada dropshipping patut menjadi pilihan (ataupun kekal menjadi pilihan) bisnes anda.

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    10 min
  • BBO 025: Faham Kemahuan Sebenar Pelanggan Anda

    #025: Bisnes online anda mendapat banyak PM tetapi tidak mendapat jualan? Ini adalah sebab anda tidak tahu kemahuan sebenarnya dan kemahuan semua pelanggan tidak sama. Kalo anda memang faham kemahuan pelanggan anda tersebut, anda mesti dapat memberi nilai dan hasil kepada pelanggan tertentu. So, pelanggan pasti berasa bagus kerana kemahuan mereka telah dicapaikan. Jom mendengar kisah Caleb macam mana nak faham kemahuan sebenar pelanggan anda supaya anda dapat membina jualan yang hebat sekali !

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    7 min
  • BBO 024: Kemahiran Yang Paling Menguntungkan Dalam Dunia Bisnes Online

    #024: Banyak kemahiran yang berlainan terlibat dalam pembinaan bisnes online. Digital marketing, pembinaan website, pengiklanan...tapi ada salah satu kemahiran yang menjadi kritikal dalam kejayaan semua kemahiran ni, iaitu copywriting. Walaupun era dah berubah menjadi era di mana video menjadi sangat sangat penting...tapi perkataan tetap memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam kejayaan bisnes sekarang. Macam mana anda menulis akan menentukan macam mana mesej anda akan disampaikan ke audiens anda, dan bab ni sangat sangat penting dalam mana-mana bisnes. Jom mendengar kisah Caleb macam mana dia belajar kemahiran ni walaupun permulaannya bukan yang paling senang sekali...

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    13 min
  • BBO 023: Anda Bukannya Disingkirkan Oleh Persaingan Tapi Oleh Perubahan

    #023: Dunia bisnes online berubah hampir setiap hari, dan kalau kita nak menjayakan bisnes online kita, kita tidak boleh lambat berubah. Hampir setiap kali bisnes ditutupkan, adalah sebab mereka tidak sempat berubah, dan ia amat menyakitkan. Jangan sesekali rasa bahawa anda dah selesa dengan situasi anda sekarang. Jangan ingat strategi anda sekarang dah 100% kebal. Krisis boleh berubah dalam sekelip mata sahaja...Jom mendengar episod ni dan belajar macam mana nak membina bisnes yang boleh kekal sihat untuk jangka masa yang panjang!

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    12 min
  • BBO 021: Macam Mana Nak Ambil Tindakan Walaupun Rasa Tak Ready?

    #021: Kadang kala kita rasa belum ready lagi...macam mana kita nak terus melangkah ke depan? Hari ini kita ada tetamu khas, co-host kita - Coach Syaza dari team BinaBisnesOnline! Walaupun Coach Syaza ni pakar Ads & Copywriting...tapi hari ni first day dia muncul LIVE di depan kalangan Tribe Usahawan BBO. Apakah pengalaman di sebalik LIVE pertama, dan macam mana kita dapat mengambil tindakan walaupun rasa tak sedia lagi...(kunci kejayaan ni). Jom kita mendengar perbualan antara Sifu Caleb dan Coach Syaza!

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    13 min
  • BBO 022: Menjelaskan Mesej Marketing Anda Dengan Mencipta Customer Avatar

    #022: Marketing, marketing, marketing...itulah yang orang selalunya fokus bila kita buat bisnes online. Tapi berapa kali usahawan sebenarnya tekan 'pause' sekejap, dan fikirkan kepada siapa yang mereka cuba nak buat 'marketing' kepada? Kalau kita tak jelas siapa yang akan mendengar, kita tak akan dapat mencipta kempen marketing yang efektif. Itu ibarat buang usaha masa, duit dan tenaga ke dalam 'laut' dunia online yang sangat bising...Jom mendengar perbualan antara Sifu Caleb dan Coach Syaza untuk mendapat tahu macam mana customer avatar dapat tolong menjelaskan mesej marketing kita...

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: www.binabisnesonline.com

    11 min
  • BBO 020: Patut Tak Saya Menulis Buku...? (PENGUMUMAN BARU)

    #020: "Patut tak saya menulis buku?" merupakan salah satu soalan yang tersembunyi di dalam hati ramai, terutamanya usahawan yang ada mesej yang ingin disampaikan kepada ramai. Buku boleh membukakan pintu ke banyak peluang yang berbeza...termasuk peluang bisnes. Tak kira anda tengah fikirkan sama ada nak menerbitkan buku sendiri, ataupun projek-projek yang lain, dalam episod ni, Caleb akan kongsikan pengalamannya yang mungkin akan menjadi inspirasi kepada anda. (Caleb juga akan kongsikan pengumuman baru!) Jangan terlepas.

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    12 min
  • BBO 019: Era Baru Dah Sampai...Adakah Anda Dah Ready?

    #019: Era baru dah sampai...bukan lagi impian orang untuk mendapatkan kerja tetap, naik tangga korporat dan bersara pada umur 60. Internet telah membawa kepada semua peluang untuk mencapai impian sendiri pada usia lebih muda. Bukan itu sahaja...generasi baru yang nampak potensi untuk mencipta pendapatan sendiri melalui internet dan bisnes sendiri dah sampai. "Pekerja gaji tetap" dah sampai tempohnya...ini merupakan era "keusahawanan" dan "keusahawanan dalaman". Adakah anda dah bersiap sedia? Jom dengar episod ni untuk mendapat tahu.

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    12 min
  • BBO 018: Menjadikan Copywriting Anda Terlalu Simple Untuk Difahami

    #018: Copywriting, ataupun penulisan dalam semua jenis kandungan dalam marketing bisnes...termasuk Post Facebook, website, landing page, email, WhatsApp, sosial media, dan sebagainya, menjadi cara kita berkomunikasi dengan audiens kita. Oleh itu, salah satu faktor yang menjadikan sama ada copywriting kita berkesan ataupun tidak, adalah sama ada audiens kita dapat faham ke tak. Dalam Episod ni, Caleb menerangkan kenapa kadang-kala ia menjadi amat mencabar untuk usahawan menulis copywriting yang berkesan dalam mesej marketing mereka, dan macam mana nak menanganinya.

    Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com

    7 min

About BinaBisnesOnline FM

From the publisher's feed

Ikut Podcast "BinaBisnesOnline FM" harian untuk mendapatkan inspirasi, ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh para usahawan untuk membina kejayaan bisnes online sendiri.