
Sign up to save your podcasts
Or


#017: Facebook telah menjadi Platform yang paling kerap dipakai oleh usahawan untuk buat marketing untuk bisnes mereka, dan ia amat efektif kalau kita faham macam mana nak menggunakannya. Namun begitu, ia boleh menjadi amat mencabarkan bila Akaun Bisnes Facebook kita kena ban ataupun ads kita kena rejected. Kebanyakan masanya, usahawan pun bukannya sengaja...dan ia membawa akibat yang amat kritikal dalam bisnes. Jom mendengar Episod ni untuk faham lebih tentang macam mana kita boleh mengelakkan masalah ni...
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#016: Chatbot, landing page, funnel...semua ni perkataan yang selalunya menjadi impian para usahawan. Di mana anda dapat setup sekali, dan ada "robot" untuk tolong jawabkan semua persoalan pelanggan dan dapat jualan 24-jam, termasuk masa anda tengah tidur...betul? Dalam episod ni, Caleb terangkan kenapa automasi terlalu awal dalam bisnes anda...mungkin menjadi penghalang kejayaan bisnes anda.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#015: Di manakah pelanggan idaman kita berkumpul? Kalau kita dapat mencari di mana mereka berada, kita dapat jual secara lebih efektif. Itu menjadi impian semua usahawan. Rahsia untuk tahu di mana audiens anda berada, sebenarnya tersembunyi dalam diri anda...jom mendengar "rahsia" mencari pelanggan idaman bisnes anda dalam Episod ni.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#014: Pembelian online menjadi salah satu perkara yang terbaik yang pernah berlaku, sebab sekarang, sesiapa boleh membeli dari lokasi di mana-mana sahaja, asalkan mereka ada internet. Namun begitu, kekurangannya adalah, pelanggan anda tidak perlu membuat keputusan serta merta. Mereka boleh tunggu, mereka boleh buat perbandingan (harga & review), dan mereka boleh datang balik bila-bila masa sahaja. Kita semua faham, yang pelanggan yang kata akan datang balik nanti, tidak pernah datang balik. So apakah kunci untuk meningkatkan kebarangkalian pelanggan anda membeli pada masa mereka PM anda? Jom mendengar episod ni untuk mendapat tahu.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#013: Facebook sebagai platform sosial media terbesar di dunia, apakah sebenarnya yang membuatkan company ni antara yang terbesar? Apakah sebenarnya produk yang Facebook menjual kepada market? Dalam episod ni, Caleb kongsikan komoditi yang paling berharga sekali dalam dunia era sekarang, dan komoditi tersebut melibatkan semua yang menggunakan Facebook. Sebagai usahawan yang membina bisnes online di platform ni, wajib untuk kita faham tentang konsep ni, supaya kita tahu macam mana kita dapat menang dalam permainan ini.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#012: Salah satu langkah pertama yang paling penting sekali kita perlu buat sebelum kita memulakan marketing, adalah kita kena tentukan posisi offer kita. Siapakah audiens kita, keinginan mereka, perjalanan mereka dan peranan offer kita. Kebanyakan usahawan tak fikir pasal ni sebelum mereka menjual. Sebab tu akan menjadi amat sukar, sebab secara automatik mereka akan buat offer "lebih baik", dan bukannya offer "berbeza". Nak tahu cara untuk lebih senangnya dapat menjual online, dengan hanya tukarkan posisi offer anda? Jom mendengar episod ni bersama-sama.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#011: Sebagai usahawan, banyak cabaran yang kita kena menempuhi. Kalau kita fokus kat keuntungan sahaja sebagai satu-satunya yang kita rasa bersyukur, senang untuk kita give up. Tapi sebenarnya, banyak lagi yang sebagai usahawan kita boleh mendapat...Jom mendengar episode BinaBisnesOnline FM ni untuk dengan perkongsian daripada Caleb.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#010: Ramai usahawan yang rasa keliru sebab overload dengan terlalu banyak ilmu. Era sekarang, senang untuk kita cari informasi online sebagai usahawan. Tapi, betul ke kita kena menguasai semua ilmu tersebut. Bukan sahaja ia tak membantu, tapi kekeliruan yang kita ada tu akan melambatkan dan menyusahkan kejayaan kami. Triangle Bisnes Online ialah satu sistem yang dah terbukti, untuk permudahkan kejayaan bisnes usahawan. Setiap usahawan hanya perlu fokus kat beberapa unsur penting sahaja, pada setiap fasa bisnes yang berbeza. Apa yang patut anda fokus sekarang? Jom mendengar episod ni untuk mendapat tahu.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#009: Orang membeli Apple sebab teknologi, feature, rupa luaran, ...ataupun faktor lain? Dalam episod ni kita akan belajar psikologi pembelian manusia, dan macam mana bila dapat menguasai faktor ini, anda juga tidak perlu bersaing dari segi harga lagi. Audiens kita selalunya membeli mengikut emosi, dan buat penjelasan menggunakan logik. Bila kita faham idea mereka, lebih senang untuk kita membantu mereka buat keputusan dalam proses jualan kita.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#008: Dalam episod ni, Caleb kongsikan cerita keusahawanannya. Macam mana dia menggunakan masa bertahun-tahun untuk belajar, mencuba sendiri dan gagal dalam 15 bisnes yang berbeza. Dan segala-galanya berubah dalam masa setahun sahaja, lepas dia terjumpa dengan mentornya. Anda boleh berjalan keseorangan, tapi perjalanannya akan menjadi sunyi dan susah. Dengan bimbingan yang betul, anda boleh memudahkan kejayaan bisnes dan kehidupan anda. Jom kita mendengar episod ni bersama-sama!
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
From the publisher's feed