
Sign up to save your podcasts
Or


#007: Setiap pelanggan dan audiens anda tengah melalui satu perjalanan untuk mencapai sesuatu keinginan dia. Kalau anda dapat menjadikan perjalanannya lebih mudah, anda akan dapat menarik minat dia. Dalam copywriting, closing dalam pm, dan seluruh proses jualan, anda sebenarnya tengah menjadi sebahagian daripada perjalanan audiens anda. Bila anda faham posisi sebenar bisnes anda dalam perjalanan mereka, jualan akan menjadi mudah.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#006: Salah satu keputusan yang paling penting sekali yang seorang usahawan kena buat, adalah menentukan audiens mereka. Jika anda ditanya, "Siapakah audiens / pelanggan idaman anda?", boleh tak anda menjawab? Kalau anda menjawab, "Semua orang...", anda kena mendengar episod ni. Sebab pemilihan audiens yang betul, akan menentukan, sama ada satu bisnes tu boleh berjaya dengan lebih lancar, ataupun dapat hasil minimum tak kira berape banyak usaha yang dicurahkan! Jom kita mendengar episod ni bersama-sama.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#005: Apa yang motivasikan anda ketika anda mendapat cabaran baru dalam kehidupan anda? Salah satu perbezaan antara seorang usahawan yang boleh menjayakan bisnes untuk jangka panjang, dan seorang yang muncul sekejap dan hilang kemudian, adalah mindset pemenangnya. Dalam episod ni, kita akan bincangkan ciri-ciri seorang yang main untuk menang, dan seorang yang main untuk tidak kalah, dan apakah peranan setiap satu dalam menentukan kejayaan bisnes anda. Nak tahu sama ada anda berciri seorang pemenang? Jom dengan episod ni.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#004: Terima PM tapi tak dapat nak close? Tahu tak sebenarnya harga, ataupun layanan kurang mesra tu bukan sebab sebenar kenapa pelanggan tak membeli. Di sebalik apa yang customer bagitau tu, hanya 3 sebab sebenar sahaja. Dan bila anda faham psikologi pembelian pelanggan anda, anda akan dapat menguasai kemahiran untuk close lebih banyak jualan dalam PM anda, tanpa meningkatkan sesen pun dalam kos marketing anda.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#003: Bukannya semua salah iklan...bila jualan dalam bisnes tak mencapai angka yang diimpikan, mungkin sebabnya berasal daripada salah satu unsur dalam formula marketing ini. Bila anda menguasai formula marketing yang dibincangkan dalam episod ni, anda akan tahu di mana anda kena fokus untuk meningkatkan jualan anda. Dan setiap satu unsur ni ada kebarangkalian untuk melipatgandakan prestasi perniagaan anda dalam sekelip mata sahaja! Tak percaya? Dengar episod ni.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#002: Rasa letih mencuba terlalu banyak? Sebagai usahawan, kita bukannya tidak sudi untuk bertindak, tapi kalau hala tuju tak betul (ataupun keliru), betapa berusahanya kita, pun bisnes kita tak akan melangkat ke depan. Dalam episod ni kita bincangkan model Triangle Bisnes Online, dan apa yang setiap usahawan patut fokus dalam fasa yang berbeza dalam perniagaan mereka.
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
#001: Episod yang pertama! Dan kami bincangkan tentang sesuatu yang lagi kritikal dalam menentukan kejayaan bisnes anda daripada ilmu dan kemahiran, iaitu mindset keusahawanan. Dan satu mindset ni telah mengubahkan segala-galanya dalam bisnes kami. Terutamanya jika anda seorang yang kena bersiap sedia 100% sebelum mengambil setiap satu langkah dalam bisnes anda, episod ni boleh mengubahkan segala-galanya untuk anda juga. Ingat, jangan terlepas!
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
Ini adalah show untuk usahawan dan pra-usahawan yang nak menjayakan bisnes online sendiri dan pada masa yang sama, menolong lebih ramai orang melalui bisnes mereka! Sama ada anda sudah sibuk dengan bisnes part-time anda, tidak tahu nak bermula dari mana, nak online bisnes yang ada, ataupun nak membawa bisnes yang sedia ada ke peringkat yang seterusnya - show ini direka untuk anda! Topik yang dibincangkan termasuk online marketing, sales, copywriting, social media, mindset keusahawanan, struktur bisnes, wisdom kehidupan, dan macam mana nak menyeimbangkan kesemuanya sebagai seorang usahawan. Dari semasa ke semasa, tetamu khas akan dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan ilmu mereka. Tidak kira apa impian anda atau di mana anda berada sekarang, jangan terlepas show ni Setiap Hari!
Dapatkan alatan, strategi dan bimbingan untuk permudahkan kejayaan bisnes anda: binabisnesonline.com
From the publisher's feed