Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Download on the App Store

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] episodes

  • Selamat datang Hector Hevel & Gabriel Palmero & tugasan pertama Peter Cklamovski! | Bola iut Life

    Minggu ini dalam Bola Itu Life, kami membincangkan bagaimana perubahan posisi Joelinton dari nombor 9 ke nombor 6 memberi impak besar dan meranapkan harapan Liverpool. Selain itu, Harimau Malaya menyambut dua ahli keluarga baru, menambah dimensi baru kepada pasukan kebangsaan! Kami juga mengupas cabaran pertama Peter Cklamovski dalam menguruskan jangkaan peminat, serta menganalisis keputusan Thomas Tuchel yang dibawa masuk hanya untuk menang. Jangan lepaskan perbincangan hangat ini pada 20 Mac 2025, jam 10 malam di Astro Arena 2 dan Astro GO!

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    56 min
  • Tamatlah perjuangan ACLE buat JDT & PSG Gegar Anfield! | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, kami bawakan reviu penuh JDT vs Buriram—dari taktikal hingga detik-detik mendebarkan di atas padang. Kami juga bincangkan kehebatan Lamine Yamal yang makin menyerlah hingga nampak macam makhluk asing! Di Anfield, anak-anak muda PSG buat hal dan tunjuk mereka bukan sekadar pelapis biasa. Dan di dunia F1, perdebatan bermula—siapa bakal jadi raja Ferrari, Leclerc atau Hamilton? Semua ini dalam Bola Itu Life!

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    1 hr 1 min
  • Title Race EPL penuh plot twist & Duel Gergasi Asia diantara JDT dan Buriram! | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, kita menyelami pelbagai perkembangan menarik dalam dunia bola sepak. Graham Potter kembali mencuri tumpuan selepas menemui sinarnya di West Ham. Selepas perjalanan yang sukar di Chelsea, adakah dia akhirnya menemui formula kejayaan di London? Kami mengupas perubahan taktikal dan impaknya terhadap The Hammers.

    Sementara itu, di Indonesia, Jordi Cruyff dilantik ke PPSI, menandakan era baharu untuk bola sepak negara itu. Dengan warisan bola sepak Belanda yang kuat, mampukah dia membawa perubahan besar kepada sistem pembangunan pemain dan hala tuju pasukan kebangsaan?

    Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, persoalan besar terus bermain—adakah perebutan takhta EPL sudah berakhir, atau masih ada peluang untuk kejutan? Kami membedah prestasi pasukan teratas dan menganalisis sama ada musim ini masih terbuka atau sudah ada pemenang yang jelas.

    Akhir sekali, tumpuan juga terarah kepada pertembungan epik antara JDT dan Buriram dalam saingan bola sepak Asia Tenggara. Dua gergasi ini bakal berentap, tetapi siapa yang lebih bersedia untuk menguasai perlawanan? Kami melihat kelebihan, kelemahan, dan potensi keputusan yang bakal terjadi. Jangan lepaskan episod penuh aksi dan analisis ini hanya di Bola Itu Life!

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    56 min
  • Selamat datang ke 'The Kylian Mbappé Show' & Harimau Selatan tiada belas kasihan! | Bola itu Life

    Episod Bola Itu Life kali ini membawakan sorotan panas dari dunia bola sepak! Saksikan drama antara James Maddison dan Roy Keane yang mencetuskan perdebatan hangat, serta El-Clasico Indonesia yang berakhir dengan Persija dan Persib berkongsi satu mata. Kami juga kupas aksi luar biasa Kylian Mbappé yang membantu Real Madrid menyingkirkan Manchester City, dan kehebatan Johor Darul Ta'zim di ACLE dengan prestasi mantap dari SSI. 

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    59 min
  • Johor Darul Ta'zim terus garang di pentas ACL, reviu City & Madrid & derbi Merseyside! | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, kita menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengaum di pentas AFC Champions League (ACL)! Bagaimana prestasi mereka setakat ini, dan mampukah Harimau Selatan melangkah lebih jauh?

    Kita juga akan reviu pertembungan gergasi antara Manchester City dan Real Madrid dengan "Don Carlo Magic" sekali lagi menjadi pemisah dalam aksi mendebarkan ini?

    Tak lupa juga, Derbi Merseyside yang penuh intensiti! Liverpool dan Everton bertarung habis-habisan, tetapi tiada pemenang dalam aksi yang berakhir seri 2-2. Apa yang menarik dalam perlawanan ini?

    Semuanya dalam episod Bola Itu Life kali ini!

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    57 min
  • Arsenal tampar City, Newcastle kasih Flying Elbow! | Bola itu Life

    Bola itu Life minggu ini, Keesh & Faiz sentuh mengenai perpindahan Januari yang cukup meraih, kem Arsenal bagi tamparan padu kepada Man City di Emirates, buat penyokong Gunners kembali berangan nak julang trofi liga. Tapi angan-angan tak panjang bila berkunjung di St. James' Park, mimpi Arsenal untuk Carabao Cup dipadamkan. Bola memang penuh plot twist!

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    55 min
  • Siapa Quentin Cheng sebenarnya? | Bola Itu Life

    Quentin Cheng, nama yang bukan lagi asing dari buah mulut pengamat bola sepak Malaysia.


    Bola Itu Life Istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina membawakan anda prospek muda Selangor FC yang digilap dari tanah Australia, ke bumi Malaysia menjadi seorang bek kanan gigih merobek sisi sayap lawan.


    Nikmatilah perjalanan beliau dari ubi muda di Central Coast Mariner, panggilan 'sosial media' U23 ke Sukan Sea, seruan Harimau Malaya, kembara bersama Gergasi Merah dan lensa kehidupan bakat ini dalam mengaamati bola sepak tanah air.


    Segala bentuk pengorbanan demi perjalanan bermain bola sepak, dari meninggalkan bumi lama yang menjadi sandaran seumur hidupnya, sehingga panggilan 'scam' merubah hidup ke arah yang lebih bermakna.


    Bola Itu Life, mendalami kisah hidup Quentin Cheng pada segenap lensa. Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu kelestarian dan kebahagiaan kekal lamanya.


    Inilah kisah perjalanan Quentin Cheng, nikmatilah sisi kehidupan beliau bersama Keesh dan Faiz Gurun.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    52 min

About Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

From the publisher's feed

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.

More shows like Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Pagi Di Sinar - Radio Station [BM] by SINAR

Pagi Di Sinar - Radio Station [BM]

0 Listeners

Rotten Mango by Stephanie Soo

Rotten Mango

26,024 Listeners

The Rest Is Football by Goalhanger

The Rest Is Football

693 Listeners

Stick to Football by The Overlap

Stick to Football

379 Listeners

Borak Borak Botak  - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

BORAK KAYPOH S4! by Kaypoh

BORAK KAYPOH S4!

0 Listeners

Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

Jugador by Jugador

Jugador

0 Listeners

Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

The Malaysian Football Pod - SYOK Podcast [ENG] by SYOK Podcast

The Malaysian Football Pod - SYOK Podcast [ENG]

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners