Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632... more
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 237 episodes available.
August 28, 2026Saya Takut Dengan Pujian, Suka Boleh Jadi Benci – Siti Khadijah Halim| Confession Bilik Gelap S6EP33Daripada membina nama dalam industri, sehingga berjaya mencuri perhatian menerusi drama Cinta Dalam Sekam, Siti Khadijah Halim membuktikan bahawa setiap perjalanan mempunyai cerita tersendiri. Menerusi Confession Bilik Gelap, Siti berkongsi tentang kejayaan yang diraih menerusi drama tersebut, selain mengimbas perjalanan dan pengalaman yang membentuk dirinya sebagai seorang anak seni. Sebuah kisah tentang usaha, pengalaman dan bagaimana setiap langkah dalam industri membawa Siti Khadijah Halim ke tahap yang lebih jauh. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more51minPlay
August 21, 2026Dulu Tidak Diterima, Lagu Dawai Mengubah Nasib Saya – Fadhilah Intan | Confession Bilik Gelap S6EP32Dari tidak dikenali, sehingga karyanya berjaya menembusi hati peminat Malaysia, Fadhilah Intan melalui perjalanan yang tidak semudah yang disangka. Menerusi Confession Bilik Gelap, penyanyi dari Indonesia itu berkongsi tentang perbezaan layanan yang diterima ketika namanya masih belum dikenali, sehinggalah lagu Dawai membuka ruang untuk dirinya lebih dekat dengan peminat. Sebuah perjalanan yang memperlihatkan bagaimana sebuah karya mampu merentasi sempadan dan membawa nama seorang anak seni ke lebih ramai pendengar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more47minPlay
August 14, 2026Cinta Dalam Sekam Buka Pintu Rezeki Saya – Haidar Hasanudin | Confession Bilik Gelap S6EP31Pelakon Haidar Hasanudin tampil dalam Confession Bilik Gelap berkongsi perjalanan membina nama dalam industri seni, khususnya selepas mendapat perhatian menerusi siri Cinta Dalam Sekam. Empat tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam perjalanan tersebut, kesabaran banyak mengajar Haidar untuk terus memperbaiki diri, belajar daripada pengalaman dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impiannya sebagai anak seni. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more52minPlay
August 07, 2026Apa Pun Yang Kita Pakai, Tetap Nampak Seksi...– Ani Mayuni | Confession Bilik Gelap S6EP30Penyanyi dangdut legenda, Ani Mayuni hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seni yang penuh cabaran serta pengorbanan yang membentuk dirinya sepanjang bergelar anak seni. Dalam episod ini, Ani membuka cerita tentang liku-liku membina kerjaya dalam industri hiburan, bagaimana beliau mengharungi pelbagai kesusahan tanpa pernah berputus asa, serta prinsip yang dipegang sejak awal pembabitannya dalam dunia nyanyian. Turut dikongsikan bahawa beliau tidak pernah mengejar populariti, sebaliknya hanya mahu bekerja keras demi membantu menyara keluarga. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 14minPlay
July 31, 2026Saya Sedar Masa Untuk Berhenti Sudah Tiba...– Aziz M.Osman | Confession Bilik Gelap S6EP29Pengarah berpengalaman, Aziz M. Osman hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan dan pengalaman panjangnya dalam industri perfileman serta pandangannya terhadap dunia pengarahan yang sentiasa berkembang. Dalam episod ini, Aziz membuka cerita tentang cabaran membina karya yang memberi impak, pengalaman mengarahkan pelbagai naskhah sepanjang kerjayanya, serta prinsip yang dipegang sebagai seorang pengarah. Turut dikongsikan pandangannya bahawa setiap pengarah perlu mempunyai kebijaksanaan untuk mengenal pasti bila masanya untuk terus berkarya, dan bila masanya untuk memberi ruang kepada generasi baharu. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more54minPlay
July 24, 2026Mahu Diingati Kerana Bakat, Saya Takkan Ikut Trend Media Sosial– Gambit Saifullah | Confession Bilik Gelap S6EP28Pelakon versatil, Gambit Saifullah hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan lebih sedekad dalam industri seni serta pendiriannya dalam memilih karya yang selari dengan prinsip dan nilai yang dipegang. Dalam episod ini, Gambit membuka cerita tentang cabaran membina nama sebagai pelakon, bagaimana beliau kekal relevan tanpa mengorbankan identiti sendiri, serta pengalaman menjayakan projek terbaharunya, Mojuku Hilang. Turut dikongsikan pandangannya tentang dunia lakonan, proses membina karakter, dan mengapa setiap keputusan dalam kerjaya perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more57minPlay
July 17, 2026Inject Muka Secara Haram, Ada Pesakit Hampir Buta– Dr Che Hafiz | Confession Bilik Gelap S6EP27Dalam episod ini, Dr. Che Hafiz berkongsi kepentingan mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah, risiko memilih rawatan estetik yang terlalu murah, serta bagaimana prosedur yang tidak selamat boleh memberi kesan buruk dan merosakkan wajah. Turut dikongsikan pandangan beliau tentang trend estetik masa kini, salah faham yang sering berlaku, dan mengapa keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan sebelum mengejar kecantikan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more47minPlay
July 10, 2026Tak Tayang Badan, Selesa Tutup Aurat Ketika Hyrox– Syahir Shafein | Confession Bilik Gelap S6EP26Pelakon dan model, Syahir Shafein hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan membina nama dalam dunia seni serta pengalaman melebarkan kerjaya di Malaysia dan Indonesia. Dalam episod ini, Syahir membuka cerita tentang cabaran yang ditempuh sepanjang bergelar model dan pelakon, perbezaan budaya kerja serta industri hiburan di Malaysia dan Indonesia, dan bagaimana setiap pengalaman membentuk dirinya sebagai seorang anak seni yang lebih matang. Turut dikongsikan realiti di sebalik dunia lakonan, proses menyesuaikan diri di negara orang, serta pengajaran yang diperoleh sepanjang perjalanan kerjayanya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more50minPlay
July 03, 2026Allah Uji Melepaskan Orang Yang Paling Kita Sayang – Zizi Kirana| Confession Bilik Gelap S6EP25Penyanyi dan usahawan, Zizi Kirana hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan penghijrahannya yang penuh dengan hikmah dan ujian. Dalam episod ini, Zizi membuka cerita tentang pengalaman menyertai Program Sumud, bagaimana perjalanan itu memberi kesan besar dalam membentuk dirinya sebagai seorang Muslimah, serta cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk terus istiqamah. Turut dikongsikan bagaimana beliau menghadapi ujian daripada Allah SWT dengan penuh sabar, mencari kekuatan melalui iman, dan menerima setiap fasa kehidupan sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 26minPlay
June 26, 2026Saya Harap Ayah Bangga Dengan Kerjaya Seni Saya– Nadiya Nisaa | Confession Bilik Gelap S6EP24Pelakon versatil, Nadiya Nisaa hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi sisi perjalanan hidup dan kerjayanya yang jarang diketahui umum. Dalam episod ini, Nadiya membuka cerita tentang hubungan bersama bapanya serta sokongan keluarga yang menjadi kekuatan sepanjang bergelar anak seni. Turut dikongsikan pandangannya mengenai realiti sebenar dunia lakonan, cabaran yang perlu ditempuhi, dan pengorbanan di sebalik kehidupan seorang pelakon yang tidak selalu dilihat di layar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 9minPlay
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 237 episodes available.