Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632... more
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.
June 26, 2026Saya Harap Ayah Bangga Dengan Kerjaya Seni Saya– Nadiya Nisaa | Confession Bilik Gelap S6EP24Pelakon versatil, Nadiya Nisaa hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi sisi perjalanan hidup dan kerjayanya yang jarang diketahui umum. Dalam episod ini, Nadiya membuka cerita tentang hubungan bersama bapanya serta sokongan keluarga yang menjadi kekuatan sepanjang bergelar anak seni. Turut dikongsikan pandangannya mengenai realiti sebenar dunia lakonan, cabaran yang perlu ditempuhi, dan pengorbanan di sebalik kehidupan seorang pelakon yang tidak selalu dilihat di layar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 9minPlay
June 19, 2026Tak Ramai Anak Muda Mampu Buat Muzik Rock Macam Dulu – Mus Barbarik | Confession Bilik Gelap S6EP23Legenda rock tanah air, Mus Barbarik hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan panjangnya dalam industri muzik yang penuh cabaran dan pengalaman. Dalam episod ini, Mus membuka cerita tentang suka duka bergelar anak seni, selain berkongsi pandangannya terhadap generasi baharu yang sedang berusaha menghidupkan dan mengekalkan muzik rock di Malaysia. Menurutnya, semangat, identiti dan keaslian adalah antara elemen penting untuk memastikan genre rock terus relevan dan diterima ramai. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 5minPlay
June 12, 2026Bekerja Di Malaysia Lebih Senang, Ibarat Rumah Kedua – Aghniny Haque | Confession Bilik Gelap S6EP22Pelakon terkenal Indonesia, Aghniny Haque hadir ke Confession Bilik Gelap untuk berkongsi pengalaman membintangi filem seram terbaharu, Khadam, yang turut menjadi filem pertamanya di Malaysia. Dalam episod ini, Aghniny menceritakan keterujaannya dapat bergandingan dengan Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim, selain berkongsi pengalaman bekerja dalam produksi Malaysia yang disifatkannya sangat profesional dan teratur. Tidak hanya itu, Aghniny turut meluahkan hasrat untuk terus melebarkan sayap serta mengembangkan bakatnya dalam industri hiburan Malaysia pada masa akan datang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more40minPlay
June 05, 2026Masih Ada Pendirian, Takkan Gadai Maruah Demi Glamour – Marc Syahmie | Confession Bilik Gelap S6EP21Confession Bilik Gelap kali ini bersama pelakon dan model muda berbakat, Marc Syahmie yang berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang jarang diceritakan kepada umum. Dalam episod ini, Syahmie membuka cerita tentang pelbagai cabaran yang pernah dilaluinya, termasuk ujian kesihatan yang memberi kesan besar dalam kehidupannya serta bagaimana pengalaman tersebut mengubah cara dirinya melihat kehidupan. Syahmie turut berkongsi bagaimana dia terus bangkit, kekal positif dan tidak pernah berputus asa dalam mengharungi setiap fasa sukar yang datang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 4minPlay
May 29, 2026Tak Rasa Diri Popular, Orang Masih Tak Ingat Saya – Zahiril Adzim | Confession Bilik Gelap S6EP20Confession Bilik Gelap kali ini bersama pelakon berbakat, Zahiril Adzim yang berkongsi perjalanan dirinya dalam industri lakonan dan bagaimana sehingga hari ini dia masih merasakan dirinya “kecil” dalam dunia seni. Dalam episod ini, Zahiril turut membuka cerita tentang pandangannya sebagai seorang bapa dan mengapa dia lebih selesa membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. Perkongsian yang cukup jujur tentang kehidupan, keluarga dan perjalanan sebagai anak seni. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more42minPlay
May 22, 20262 Tahun Tinggalkan Industri, Saya Cuba Cari Diri... – Aziz Harun | Confession Bilik Gelap S6EP19Confession Bilik Gelap kali ini bersama penyanyi dan penulis lagu terkenal, yang berkongsi perjalanan dirinya dalam industri muzik dan bagaimana dia belajar untuk menyentuh hati para pendengar menerusi lagu-lagunya. Dalam episod ini, Aziz membuka cerita tentang proses dirinya memahami emosi manusia, cara dia menulis lagu berdasarkan perasaan sebenar, serta bagaimana pengalaman hidup banyak membantu dalam menghasilkan karya yang lebih dekat dengan hati ramai. Aziz turut berkongsi cabaran sebagai seorang anak seni, tekanan untuk sentiasa menghasilkan karya yang relevan, dan bagaimana dia cuba kekal jujur dalam setiap lagu yang ditulis. Sebuah perbualan yang santai tetapi penuh makna. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more52minPlay
May 15, 2026Dalam Tak Sedar Abah Nangis, Itu Memori Terakhir Kami - Dina Nadzir | Confession Bilik Gelap S6EP18Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan personaliti radio, pengacara dan penyanyi terkenal, Dina Nadzir yang sememangnya dikenali dengan personalitinya yang ceria dan penuh tenaga di hadapan ramai. Namun dalam episod ini, Dina membuka sisi dirinya yang jarang dilihat. Dalam suasana yang penuh emosi, beliau tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang memori terakhir bersama arwah ayahnya, insan yang banyak menjadi kekuatan dalam perjalanan hidup dan kerjayanya selama ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 5minPlay
May 08, 2026Setahun Di Industri, Dah Menang Anugerah Besar - Ryenald Guntabid | Confession Bilik Gelap S6EP17Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan penyanyi berbakat dari Sabah, Ryenald Guntabid yang semakin mencuri perhatian dalam industri muzik tempatan apabila berjaya merangkul anugerah Best New Artist dan Best Male Vocal di Anugerah Industri Muzik ke-24. Dalam episod ini, Ryenald berkongsi rasa syukur atas pencapaian besar yang diraih walaupun dirinya masih baru dalam industri hiburan. Beliau turut membuka cerita tentang perjalanan seni, cabaran membina nama sebagai anak seni dari Sabah, serta pengalaman melayakkan diri sebagai vokal terbaik dalam sebuah rancangan pertandingan nyanyian. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more47minPlay
May 01, 2026Simpan Suami, Tak Perlu Campur Personal Dan Kerjaya - Adriana Adnan | Confession Bilik Gelap S6EP16Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan hos dan pelakon, Adriana Adnan yang berkongsi perjalanan seninya sejak usia muda — bermula sebagai hos di Astro sehinggalah membina nama dalam industri hiburan hari ini. Dalam episod ini, Adriana membuka cerita tentang pengalaman membesar dalam dunia seni, cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan, serta prinsip yang dipegangnya untuk kekal relevan. Lebih daripada itu, beliau turut menekankan kepentingan untuk sentiasa berbuat baik dan menghormati semua orang dalam industri, tidak kira siapa mereka.Jika anda berminat untuk menaja podcast kami atau mahu berkolaborasi, sila hantarkan email ke [email protected] atau WhatsApp ke 012-2494632. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 21minPlay
April 24, 2026Nak Kekal Relevan, Kita Perlu Mudakan Diri - Dato' Razak Ahmad | Confession Bilik Gelap S6EP15Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan pelakon legenda, Dato’ Razak Ahmad yang berkongsi perjalanan panjangnya dalam industri seni, daripada saat jatuh bangun, hingga pengalaman bekerja dengan pelbagai ragam manusia sepanjang kariernya. Dalam episod ini, beliau membuka cerita tentang cabaran mengekalkan relevansi dalam dunia yang sentiasa berubah, termasuk bagaimana beliau menyesuaikan diri dengan generasi pelakon muda dan perkembangan industri yang semakin maju. Perbualan ini memberi perspektif jujur tentang disiplin, ketahanan diri, dan realiti sebenar dunia lakonan yang jarang kita dengar. Sebuah refleksi mendalam daripada seorang figura yang telah melalui segalanya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more58minPlay
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.