Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632... more
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.
April 17, 2026Peminat Minta Berduet, Tapi Saya Tiada Jawapan - Nourul Depp | Confession Bilik Gelap S6EP14Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan Nourul Depp yang kembali mencuri perhatian dengan konsertnya. Dalam episod ini, Nourul berkongsi tentang permintaan peminat yang ingin melihatnya berduet namun ada yang tidak dapat ditunaikan, pendiriannya untuk kekal profesional dan berdamai dengan takdir, serta perjalanan kerjayanya dalam industri seni dan bagaimana dia terus kekal relevan hingga hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 10minPlay
April 10, 2026Saya Alami Pengalaman Misteri Bagai Mati Hidup Semula - Dato' A.Aida | Confession Bilik Gelap S6EP13Penerbit tersohor, Dato’ A. Aida tampil dalam Confession Bilik Gelap membuka cerita tentang perjalanan hidupnya yang penuh liku dalam industri seni. Dari langkah pertama yang penuh ketidakpastian, hingga melalui jatuh bangun yang mematangkan dirinya, setiap fasa yang dilalui bukanlah sesuatu yang mudah. Baginya, kejayaan hari ini datang bersama pengorbanan, ketabahan dan keberanian untuk terus bangkit walaupun diuji berkali-kali. Perjalanan ini bukan sekadar tentang kerjaya, tetapi juga tentang membina kekuatan diri dalam dunia yang penuh cabaran. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 6minPlay
April 03, 2026Tak Kisah Size Badan Apa, Yang Penting Adalah Bakat - Norreen Iman | Confession Bilik Gelap S6EP12Pelakon versatil, Norreen Iman tampil dalam Confession Bilik Gelap membuka cerita tentang realiti membesar dalam industri, dari cabaran mengekalkan relevansi hingga proses memahami diri sebagai seorang anak seni. Baginya, setiap fasa yang dilalui membentuk siapa dirinya hari ini, bukan sekadar sebagai pelakon tetapi juga sebagai individu. Tidak hanya itu, Norreen turut berkongsi pandangannya tentang penerimaan orang plus size dalam industri hiburan. Menurutnya, bakat tidak seharusnya diukur melalui rupa semata-mata, sebaliknya, setiap individu berhak diberikan ruang dan peluang yang sama untuk menyerlah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more44minPlay
March 27, 2026Allah Tau Saya Tak Cukup Kuat Untuk Bawa 'Harga Terkenal' -Shaza Bae| Confession Bilik Gelap S6EP11Pelakon berbakat, Shaza Bae tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seninya yang bermula sebagai juara Dewi Remaja. Shaza membuka cerita tentang cabaran membawa gelaran Dewi Remaja selama 6 tahun, satu tempoh yang bukan mudah, apatah lagi apabila dia memilih untuk kekal dengan prinsip sendiri dalam industri yang penuh godaan kontroversi. Menurut Shaza, populariti yang dibina melalui jalan singkat datang dengan harga yang perlu dibayar. Sebab itu, dia berpegang teguh pada motonya: “berdiri di bakat sendiri, bukan kontroversi.” Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 1minPlay
March 13, 2026Saya Rela Jadi Artis Boring Dari Cipta Gossip Murahan - Redza Rosli | Confession Bilik Gelap S6EP10Dalam episod ini, Redza Rosli berkongsi prinsipnya dalam industri hiburan — memilih untuk kekal dengan kehidupan yang sederhana dan “membosankan” daripada mencipta kontroversi atau khabar angin semata-mata untuk meraih perhatian dan populariti segera.Beliau juga bercerita tentang kehidupannya kini sebagai seorang suami dan bapa yang bekerja keras, serta bagaimana peranan tersebut mengubah cara dia melihat kehidupan. Bagi Redza, perjalanan hidup yang dilalui sekarang terasa sangat indah walaupun jauh daripada sensasi dunia glamor. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more52minPlay
March 06, 2026Pelakon Dibayar Murah Mungkin Kerana Salah Sendiri - Faizal Hussein | Confession Bilik Gelap S6EP9Legenda lakonan tanah air, Faizal Hussein tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan panjangnya dalam industri seni. Faizal mengimbau bagaimana kerjayanya berkembang dari satu projek ke projek lain, sebelum namanya kembali menjadi bualan ramai menerusi watak Walid yang mencetus fenomena di media sosial dan memperkenalkan dirinya kepada generasi baharu penonton. Dalam episod ini, Faizal berkongsi tentang pengalaman, cabaran sepanjang berada dalam industri selama puluhan tahun, serta bagaimana beliau terus relevan sehingga kini,diminati bukan sahaja oleh penonton lama, tetapi juga generasi milenial dan Gen Z. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 1minPlay
February 27, 2026Belajar Susah Sejak Umur 9 Tahun, Busking Dapat RM10 - Dinda Dania | Confession Bilik Gelap S6EP8Dinda Dania tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan awalnya yang penuh liku, daripada busking di jalanan demi membantu keluarga, sehinggalah satu video nyanyiannya menjadi viral dan membuka pintu rezeki yang tak disangka. Dinda bercerita tentang jatuh bangun sebagai penyanyi muda, tekanan, cabaran mencari tempat dalam industri, dan impiannya untuk bergelar penyanyi yang benar-benar berjaya suatu hari nanti. Di sebalik suara yang lembut, tersimpan semangat dan tekad yang cukup besar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1hPlay
February 20, 2026Dulu Kejar Duit Dan Dunia, Tapi Kini Allah Beri Ketenangan - Lah Ahmad | Confession Bilik Gelap S6EP7Lah Ahmad tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seni yang penuh makna, daripada pentas gah anugerah dan dunia arus perdana, sehinggalah membuat keputusan besar mengalihkan haluan ke lagu-lagu berunsur kerohanian yang lebih dekat dengan jiwa. Lah berkongsi tentang risiko meninggalkan zon selesa, cabaran membina semula identiti sebagai penyanyi solo, serta keyakinan bahawa rezeki dan ketenangan datang apabila kita jelas dengan tujuan hidup. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 5minPlay
February 13, 2026Takut Jika Satu Hari Saya Pulang Sabah Tangan Kosong - Farihin Arnia | Confession Bilik Gelap S6EP6Farihin Arnia tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi — daripada bekerja keras di Sabah, menempuh pelbagai cabaran demi mencari pengalaman dan rezeki, sehinggalah membuat keputusan berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya sebagai pelakon.Farihin membuka cerita tentang pengorbanan, detik jatuh bangun, serta bagaimana disiplin dan kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi kekuatan utama dalam membina nama sebagai bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri lakonan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more48minPlay
February 06, 2026P Ramlee Saloma Ditakdirkan Untuk Alpha, Bukan Saya - Mohsein Kush | Confession Bilik Gelap S6EP5Mohsein Kush tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang perjalanan kariernya, daripada langkah awal dalam dunia muzik sehingga menghasilkan P. Ramlee & Saloma dari Alpha, yang kini mencatat lebih 15 juta streams di Spotify, serta lagu “Pesan Terakhir” yang semakin meningkat naik. Beliau berkongsi cabaran, proses kreatif di sebalik penciptaan lagu, serta bagaimana emosi dan pengalaman peribadi membentuk karya yang meninggalkan kesan dalam industri muzik. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more56minPlay
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.