
Sign up to save your podcasts
Or


"Saya tidak pernah tergambar dalam kehidupan saya dan saya juga tidak mahu dikenali sebagai Mufti pertama yang tutup masjid. Tetapi tanggungjawab yang dipikul sebagai Mufti itu bermakna keputusan betapa berat dan sukar itu, perlu dilakukan. Adalah tanggungjawab kita melindungi masyarakat dan kemaslahatan awam."
Apakah yang berlegar di fikiran Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir apabila keputusan itu perlu dibuat demi menangani penularan wabak Covid-19?
Apakah pandangannya tentang reaksi masyarakat?
Mereka yang terjejas langsung dengan penutupan masjid seperti para asatizah, apakah bantuan yang diberikan kepada mereka?
Dengarkan luahan terus terang Mufti Dr Nazirudin dalam episod terkini #NoTapis.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Stres! Tekanan! Memang tak boleh tahan!
Pelajar hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan - bukan sahaja daripada segi pelajaran tetapi juga, teman-teman, aktiviti ko-kurikular dan juga keluarga.
Macam mana nak mengatasinya?
Jom dengar pandangan dua pelajar Sekolah Menengah Xinmin.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Setiap pelajar pasti memiliki satu CCA, apa CCA anda?
Mengapa perlu ada CCA?
Apakah CCA membazirkan waktu?
Dengarkan pandangan dua pelajar dari Sekolah Menengah Xinmin ini!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dengan jumlah jangkitan yang semakin meningkat, apakah perlu negara kecil kita dikenakan 'lockdown'?
Bagaimana pula dengan pekerjaan? Perniagaan yang terjejas, bagaimana mereka dapat mengharungi masa-masa sukar ini?
Penutupan masjid - mungkin sehingga Ramadan, ketiadaan bazar Ramadan, jarak selamat di majlis walimah - bagaimanakah semua ini memberi kesan kepada masyarakat Melayu/Islam di sini?
Setiausaha Parlimen Kanan, Amrin Amin memberikan pandangannya.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kenapa masih ramai pelajar yang menganggap remeh bahasa Melayu walhal itu bahasa ibunda mereka?
Susah sangat ke bahasa Melayu?
Takde "class" ke kalau berbahasa Melayu?
Jom dengar pandangan pelajar Sekolah Menengah XinMin !
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners