PORTKHAS

PORTKHAS

By Non ProductionsComedy
Download on the App Store

PORTKHAS episodes

  • Hotel

    Hotel yang mempunyai kemudahan yang menarik & bilik yang lengkap sudah semestinya menjadi pilihan orang ramai. Masing-masing punya citarasa yang tersendiri dalam memilih kriteria-kriteria bilik hotel yang diinginkan & harga yang mahal tidak menjadi satu halangan asalkan semuanya berbaloi. Tidak kisahlah sama ada staycation di dalam kotaraya, resort mewah di pulau, atau homestay ala kampung, semuanya menawarkan pilihan bilik dengan konsep yang berbeza untuk kita terokai & ia akan menjadi suatu pengalaman penginapan yang takkan dilupakan. 

    1 hr 8 min
  • Sembang Musik #2

    Setiap perkara yang kita buat mesti bermula dengan nawaitu yang betul, niat yang baik maka baiklah tujuan & hasilnya. Dalam siri ke-2 sembang musik ini, kita borak-borak pasal pengalaman pertama kali bermain musik, pengalaman ada band sendiri, guitaris pujaan & tentang hujan. Nak tahu siapa suka dengar lagu emo dalam hujan? Dengar & tonton episod terbaru ini.

    1 hr 25 min
  • Dulu Lain Sekarang Lain

    Bak kata Tan Sri SM Salim, dulu lain sekarang lain. Berbeza zaman , berbeza cerita, berbeza pengalaman. Kemudahan yang sekarang kita punya berbanding sekarang , sangat jauh perbezaannya & salah satu daripadanya adalah telefon awam atau handphone. Namun ia tidak pernah menjadi satu halangan dalam kehidupan seharian kita, sedangkan kedai top-up kredit sanggup kita redah berbatu-batu asalkan boleh beli ringtone polyphonic dalam majalan URTV. Anda team mana? ganggang merah? biru? duit syiling? kad telefon? Dengarkan cerita kami ini. 

    41 min
  • Merdeka Specials (Portkhas x Podtang)

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !...

    Selamat datang ke episod special Portkhas x Podtang meraikan kemerdekaan & segalanya tentang Malaysia. Dalam episod istimewa ini, kita borak-borak tentang cerita-cerita yang berlaku di saat kita menyambut hari kemerdekaan & tentang hal yang berkait dengan negara kita. Siapa yang bakal menang dalam quiz interactive kolaborasi pertama ini? Portkhas atau Podtang? Tonton atau dengarkan sekarang !

    1 hr 44 min
  • Nakal feat Dean of Podtang

    selalu kita tak sabar nak jadi dewasa masa kita masih kecil, & apabila dah dewasa selalu berharap kita kembali ke zaman kecil dahulu. Perkara yang kita lakukan di zaman kecil itu tak selalunya masuk akal & baik tetapi ia serba sedikit membentuk diri kita hari ini. Kenangan manis atau buruk tidak jadi alasan untuk kita menghargai moment moment berharga itu. Cerita nakal kita sewaktu membesar selalu mencuit hati kita & terasa segar di dalam fikiran kita & tak dapat terlupakan. Ini cerita nakal kami. 



    1 hr 25 min
  • Online Shopping (feat. jamalmondoque)

    Bijak dalam berbelanja, jimat cermat amalan kita...........ya right.

    Online shopping telah lama bertapak sebelum ini tetapi menjadi norma baharu seantero dunia setelah pandemi berlaku. Pergerakan yang terbatas menyulitkan rutin seharian kita, dan pengguna telah berkembang melakukan peralihan ke arah membeli-belah dalam talian. Di dunia serba moden ini segala-segalanya hanyalah 'one click away', perkhidmatan penghantaran yang murah & pilihan barangan yang sangat luas menjadikan kita selalu 'terhanyut' dalam berbelanja. Dari makanan kucing sehingga ke perkakasan rumah segalanya bisa dijumpai & dibeli asalkan ada duitnya.


    50 min
  • Kenduri

    Amalan kenduri-kendara ini telah menjadi lumrah semua rakyat Malaysia. Hidangan seperti nasi minyak, kauh dalca, kambing golek, cendol, apam balik dijodohkan bersama air sirap "orang kahwin" adalah wajib, memikirkan tentang lauk-pauk ini saja telah membuatkan kita tak tentu arah.

    Bukan sekadar hidangan makanan yang sedap, malah suasana sebelum majlis bermula bahkan hal-hal yang berlaku semasa majlis menjadi kenangan manis yang sukar kita lupakan. Di majlis kenduri ini jugaklah, kita bertegur sapa sesama saudara, berjumpa sahabat handai, jiran-jiran bergotong royong & ada yang bertemu jodoh. Semangat kenduri ini masih diteruskan di zaman sekarang meskipun lebih "simplified" dari yang dulu-dulu tetapi kemeriahan itu masih ada & terasa, tak pernah pudar ditelan zaman.

    1 hr 16 min
  • Kecemasan

    Semua orang akan melalui saat-saat kecemasan, tak kisah yang dah berlaku atau belum, kita tak terlepas daripadanya. Malah lawatan ke department “kecemasan & trauma” di hospital dah jadi rutin. Reaksi kita terhadap moment ini kadangkala yang menentukan keputusan yang kita ambil selepas itu. Perasaan panik, sedih, marah malah keliru bergabung, meletup macam Adam & stacy. 

    Dengarkan cerita detik-detik kecemasan kami di episode baharu ini.

    1 hr 20 min
  • Video Games

    "Main game boleh tapi jangan jadi Naruto bila dekat luar" - Non, 2021.

    Episod kali ini Portkhas sembang-sembang pasal zaman main video games sampai tak ingat nak balik rumah, beratus-ratus duit habis spend dekat arcade main Daytona & ternyata bakat DJ Non datang dari video games ini juga. Tak kisahlah korang main PC ke, Playstation/XBOX, NES console ke, gameboy, digimon devices sampailah ke phone games , we're all addicted to it. 

    Escape reality, play video games, be happy & release that endorphins! Ladies gentlemen start your engines!!!   

    1 hr 16 min
  • Paksa Rela

    Benda boleh paksa, kenapa nak buat dengan rela?

    Tidak semua perkara yang kita lakukan dalam hidup kita adalah atas kerelaan sendiri, sesetengahnya kerna terpaksa & dengan harapan ia membawa impak positif ke dalam diri kita. 

    Ada apa dengan titian "sirat" dalam gambar ini? Dengarkan cerita terpaksa rela kami. Ini bukan lagu Francissca Peter.

    1 hr 16 min

About PORTKHAS

From the publisher's feed

podcast kasual tanpa arah tuju.