
Sign up to save your podcasts
Or


Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Siapa yang tidak teruja dengan melancong? tidak kisahlah di dalam negeri atau luar, pasti kita semua mengimpikan 'our perfect vacation'. Bahkan ia menjadi meditasi dan sebagai 'great escape' dari kesibukan kota bagi kebanyakan orang. Dari Perlis ke Sabah, Santorini ke Bali, naik bas atas darat, kapal terbang di udara maupun cruise di lautan, melancong sudah pasti menimbulkan 1001 rasa dalam diri kita yang sampai ke hari ini belum mudah kita lupakan.
Melancong tetaplah melancong asal tahu waktu pulang. Keep calm, get vaccinated then we go travel !
Lo nyanyi lagu nasyid? Non nak tulis lagu je? Jal jiwang all the way? Kalau nak tau? Tanyalah sama itu hud-hud.
Setiap cerita pasti ada permulaannya dan kali ini dalam episode istimewa "sembang muzik #1", kami throwback sedikit tentang cerita bagaimana kami 'jatuh cinta' dengan musik & pengaruhnya dalam kehidupan kita hari ini.
Musik. Makan. Tidur. - in that order.
♪♪ For good times and bad times, I'll be on your side forever more ,That's what friends are for ♪♪
Memang tidak dinafikan kawan adalah individu yang paling rapat selepas keluarga. Tempat kita bergurau senda, meluahkan perasaan, mengadu nasib & permasalahan malah kadangkala keputusan hidup kita dipengaruhi oleh kawan-kawan ini. Pastikan kawan anda original, bukan copi ori, fake atau grade triple AAA. Biar apapun sekali panggilan mereka, kawan, rakan, teman, sahabat asalkan bukan musibat.
This is about friends & where they take you.
Makanan segera, majoriti menganggapnya tidak sihat & kurang khasiat. Tapi telah menjadi salah satu 'makanan favorite atau makanan nasional' rakyat kita sejak zaman nokia 3310 lagi. Setiap ceruk bandar tak kira besar atau kecil pasti ada satu restoran fast food tersedia menemani hari-hari sukarmu!.
I'm lovin' it coz it's finger lickin' good.
Rendang tak berbuah?
SPM merupakan peperiksaan utama dan penutup di alam sekolah menengah untuk kita semua. Pasti banyak halangan ditempuh dalam persiapan, study smart work hard they said.
Sejak zaman dahulu, kepercayaan merepek telah menjadi satu dalam masyarakat kita. Sesetengahnya mungkin punyai logical sense & sekadar untuk menasihati, ada juga pantang larang dan yang lainnya mungkin benar-benar merepek. Teko gergasi di perkarangan rumah? tidak mustahil. Dari anak-anak kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya ada ikutan yang tersendiri, mahu yang ditonton di televisi atau yang diamalkan turun temurun. Merepek boleh merepek tapi jangan sampai sesat ! Tuhan marah & nanti masuk mastika.
Satu, Banyak-banyak..
Apa ertinya? ...
Perbualan hangat antara 3 fasa yang berbeza mengenai persoalan kahwin.
Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: 2. tabiat, budi pekerti, watak
Perangai? Jangan ikut macam setan.
Ayam? Pastikan peha baru dia makan.
Bekerja bukan lagi satu pilihan dalam kehidupan kita. Banyak dugaan telah ditempuhi untuk sampai ke tahap ini, dari jual nasi lemak, kerja buruh & kerja di hotel. Dalam era pandemic ini, semua kerja di"sapu" untuk kekal hidup dalam rantaian ini. Kerja, kirija, kroje, kije apapun jua asalkan halal !
From the publisher's feed