
Sign up to save your podcasts
Or


Lagu DAP dalam Bahasa Melayu? Kisah mengurus DUN ramai orang tua | ROKET: Sembang Santai EP #39
Saksikan ROKET: Sembang Santai Episod #38 bersama Sdr Tengku Zulpuri Shah, ADUN Tras merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia bersama dengan Sdr Tony Leong Tuck Chee, ADUN Pandamaran. Dengarkan perbualan dan perkongsian mereka tentang latar belakang politik masing-masing, tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, dan program-program setempat yang diusahakan oleh kawasan masing-masing sempena bulan Ramadan ini.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 37 bersama Sdr Lee Chin Chen, ADUN Bilut dan Sdr Yazzer Azzad, Pengerusi DAP Kiara dalam berkongsi pengalaman awal penyertaan mereka dalam parti DAP, Melayu DAP dilabel ‘pengkhianat bangsa’ dan gejala fitnah oleh PN.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 36 bersama Sdr Ho Chi Yang, ADUN Tanah Rata dan Sdr Amirul Amin, Penggerak Belia Selangor dalam membincangkan pengalaman mereka sebagai aktivis mahasiswa dan AUKU, isu lagu dan bendera China.
Jom saksikan Roket Sembang Santai Episod 35 bersama Sdr Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri, dan Sdr Cassel Krishnan, Ketua DAPSY Melaka! 🎙️Dalam episod kali ini, mereka berkongsi pendapat tentang hikmah di sebalik Langkah Sheraton, dua generasi yang berbeza dan kenapa wakil rakyat tak patut buat live setiap masa!
Jom saksikan Roket Sembang Santai Episod 34 bersama Sdr Lau Weng San, Yang di-Pertua Speaker Dewan Negeri Selangor, dan Sdr Aslam Ramli, Timbalan Pengerusi DAP Kampung Tunku SS1! 🎙️Dalam episod kali ini, mereka berkongsi pengalaman menarik dalam dunia politik serta perjalanan mereka bersama DAP. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah mereka!
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 33 bersama Sdri Ng Kor Sim, ADUN Jementah dan Sdr Luqman Hakimi, Pengerusi Sepang Roket dalam menceritakan pengalaman mereka berdua dalam khidmat dan peranan besar ayah masing-masing dalam karier politik.
#RoketSembangSantai 🚀
#DAPMalaysia
Mari saksikan EPISOD PERTAMA tahun 2025 ROKET: Sembang Santai Episod 32 bersama Sdr Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP Malaysia dan Sdr Sheikh Omar Ali, Naib Pengerusi DAP Johor mendengar pengalaman Sdr Anthony sepanjang berada bersama parti DAP dan juga sebagai Menteri Pengangkutan. Sdr Anthony juga bercerita serba sedikit kehidupan beliau sewaktu kecil sehingga peringkat universiti.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 31 bersama Sdri Yong Hui Yi, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johot dan Sdr Kamarul Ariffin, Mantan Pegawai ADUN Perling dalam membincangkan penglibatan wanita dan anak muda dalam parti dan pengalaman dan cabaran bertugas dalam politik.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 30 bersama Sdr Mandeep Singh, Pegawai Khas Gobind Singh Deo dan Sdri Elis, Ahli Majlis Sabak Bernam dalam membincangkan jerih perih Mandeep semasa menjadi aktivis BERSIH dan 10 tahun Elis bersama DAP.
From the publisher's feed