
Sign up to save your podcasts
Or


Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 9 bersama Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Muhammad Shakir Ameer, Ahli Majlis MBSA dalam membincangkan topik bola sepak, politik anak muda dan menceritakan pengalaman dan peranan masing-masing dalam masyarakat.
Mari saksikan Roket Sembang Santai Episod 8 bersama Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Edry Faizal Eddy Yusof, mantan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua di mana mereka menceritakan pengalaman mereka sebagai wakil rakyat termasuk kisah-kisah pengurusan banjir di kawasan masing-masing.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 7 bersama Syerleena Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Thulsi Manogaran, ADUN Buntong dalam membincangkan tentang penglibatan wanita dan belia dalam politik, pengalaman aktivisme dan NGO, dan isu kewarganegaraan yang hangat dibicarakan.
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod 6 bersama Jamaliah Jamaluddin, EXCO Kesihatan Negeri Selangor dan Suzanah Hanim Wong, Ahli Majlis MPKj dalam membincangkan topik percampuran bangsa dalam perkahwinan, inisiatif kesihatan di Selangor, dan kepentingan wanita dalam politik.
Betul ke Anthony Loke 'perangkap' Shu Qi? Ada baiknya Johor sama level dengan Kerajaan Persekutuan? Jom kita dengar kupasan Sdr Sheikh dan Sdri Shu Qi dalam episod terbaru ROKET!
Mari saksikan ROKET: Sembang Santai Episod #4 bersama Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Pang Sock Tao, ADN Kuala Kubu Baharu dalam membincangkan topik Pilihan Raya Kecil, subsidi bersasar dan menceritakan peranan masing-masing dalam masyarakat.
Mari saksikan Roket: Sembang Santai Episod 3 bersama Rajiv A/L Rishyakaran, ADN Bukit Gasing dan Farhan Haziq, Ahli Majlis MPKj dalam membincangkan topik infrastruktur pengangkutan dan menceritakan kerjaya politik masing-masing.
Jom saksikan Roket Sembang Santai Episod 2 bersama Howard Lee, MP Ipoh Timor dan Quratulain Atiqah, Ahli Majlis MBPJ dalam menceritakan pengalaman zaman aktivisme, bagaimana boleh berkecimpung dalam politik dan 'sains' dalam memasak.
Dalam episod sulung ROKET, Saudari Teo Nie Ching dan Saudari Young Syefura berbincang tentang pelbagai topik seperti rasionalisasi subsidi diesel, peranan wanita dalam politik dan juga filem tempatan Sheriff yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Ada isu berat, ada juga isu santai! Jom dengar.
Podcast Roket dibawakan khas oleh DAP Malaysia. Merungkai isu-isu semasa bersama sosok-sosok penting di dalam dan luar parti demi meraikan prinsip sosial demokrasi dalam wacana yang santai.
From the publisher's feed