
Sign up to save your podcasts
Or


‘Dapur’ air ketum diserbu, rampasan lebih RM70,000
Sindiket memproses dan menjual cecair dianggarkan berjumlah RM76,796 disyaki air ketum terbongkar selepas dua serbuan dilakukan di kawasan Kempas pada 27 Februari lalu.
Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, serbuan pertama pada kira-kira jam 9 malam itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kempas Denai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773898/berita/semasa/dapur-air-ketum-diserbu-rampasan-lebih-rm70000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ketum
Kami berpisah secara baik, tiada dendam - Yusof Bahrin
Pelakon, Yusuf Bahrin hanya menggelengkan kepala selepas disoal punca Zizi Kirana mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadapnya.
“Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tiada dendam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain,” katanya
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773894/berita/semasa/zizi-kirana-yusuf-bahrin-sah-cerai-talak-satu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZiziKirana #YusufBahrin
Spekulasi pergolakan rumah tangga penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Khamis.
Peguam Syarie, Noor Haiza Mariena Mat Ramli yang mewakili Zizi berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773894/berita/semasa/zizi-kirana-yusuf-bahrin-sah-cerai-talak-satu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZiziKirana #YusufBahrin
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video berkata, keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773847/berita/nasional/dasar-bekerja-dari-rumah-sektor-awam-dan-glc-bermula-15-april-ini---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KonflikAsiaBarat #BDR #sektorawam
Konflik yang berlarutan di Asia Barat dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang panjang, namun Malaysia berada dalam kedudukan ekonomi yang relatif lebih stabil untuk mengharungi cabaran tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773849/berita/nasional/konflik-asia-barat-berlarutan-pemulihan-dijangka-ambil-masa-panjang---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KonflikAsiaBarat #EKonomi
Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773850/berita/nasional/petronas-bantu-kerajaan-sedia-bekalan-minyak-gas-sehingga-mei---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Petronas #PM
Sunway kekal positif menjelang 6 April
Menjelang tarikh akhir penerimaan cadangan pengambilalihan bersyarat IJM Corporation Berhad yang berbaki enam hari saja lagi, Sunway Berhad kekal positif walaupun berhadapan dengan jalan berliku.
Pengasas dan Pengerusinya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, pihaknya yakin tawaran yang dikemukakan adalah terbaik dan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua entiti perniagaan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773713/bisnes/sunway-kekal-positif-menjelang-6-april
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sunway #IJM #JeffreyCheah #SunwayBerhad
Saksi ke-65 dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia hanya berjumpa dan berinteraksi dengan pelajar itu sekitar 10 minit sebelum keesokan harinya ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah menengah agama di Papar, pada 16 Julai tahun lalu.
Saksi yang juga seorang kanak-kanak dan pelajar di sekolah itu berkata demikian ketika ditanya oleh pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, dalam prosiding yang berlangsung pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773781/berita/semasa/saksi-ceritakan-pertemuan-singkat-10-minit-dengan-zara-qairina-peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaraQairina #inkues
Kegigihan ibu bapanya mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng dan laksa menjadi pembakar semangat buat seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hasilnya, Fakhrul Iman Zainudin, 18, berjaya memperoleh keputusan 11A+ sekali gus dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolahnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773777/edisi/melaka-ns/saya-mahu-mak-ayah-berehat---anak-peniaga-pisang-goreng-syukur-dapat-11a-mahu-ubah-nasib-keluarga
Muzik: Creativeminds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2025 #UbahNasib #Keluarga #SPM
Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh sehingga melambung ke atas sebuah kereta, mahu memfail saman sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh yang didakwa membunuh suaminya, Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jumlah sebenar dalam kes saman sivil ini belum dimuktamadkan kerana terdapat pengiraan yang perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773758/berita/semasa/isteri-penunggang-motosikal-dirempuh-hingga-melambung-mahu-saman-rm1-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #PemanduMabuk #Langgar #PenunggangMotosikal #Amirul
From the publisher's feed