
Sign up to save your podcasts
Or


Kerinduan anak-anak terhadap Allahyarham Amirul Hafiz Omar begitu mendalam sehingga anak sulungnya tidur sambil memeluk baju arwah pada malam tadi.
Detik menyayat hati itu dikongsikan oleh isteri Allahyarham, Nur Nadia Abdul Majid, yang menggambarkan kesedihan anak-anak mereka dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #PemanduMabuk #Langgar #PenunggangMotosikal #AmirulHafiz
Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal
Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773737/berita/semasa/langgar-hingga-melambung-lelaki-didakwa-bunuh-penunggang-motosikal
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #perbicaraanpenunggangmotosikalmautdirempuhpemandumabuk #kesjenayah
Kes dua lelaki bunuh rakan tangguh
Dua lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 atas pertuduhan membunuh rakan senegara mereka di Gat Lebuh Macallum, di George Town pada 9 Mac lalu.
Bagaimanapun pertuduhan tidak dibacakan terhadap tertuduh, Myat Thu Khaing dan Sein Win Aung berikutan kedua-duanya tidak memahami bahasa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773738/berita/semasa/kes-dua-lelaki-bunuh-rakan-tangguh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah
Merak Jalanan sakit hati dan simpati selepas membaca kisah seorang wanita terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kerana gagal mengawal emosi selepas kenderaannya dihalang dalam tempoh yang lama.
Bayangkan situasi itu. Bukan lima atau sepuluh minit tetapi hampir dua jam kena sidai dek kerana sebuah kereta lain yang diparkir secara bertindih atau double park.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773701/suara-sinar/pojok/boleh-double-park-tapi-otak-jangan-tinggal-dalam-kereta
#SinarHarian #AudioSiar #DoublePark #OtakJanganSimpanDalamKereta
'Tiket' ubah nasib keluarga
"Ibu dan bapa saya bukanlah orang hebat, tetapi mereka berjaya mendidik saya menjadi seorang yang terhebat."
Itu luahan, Wan Aleya Batrisya Meor Ruslan, 18, apabila memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam SPM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773659/edisi/perak/tiket-ubah-nasib-keluarga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2025 #pelajarcemerlang
Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir seterusnya dijangka memberi tumpuan kepada keterangan dua saksi melibatkan doktor pakar yang dijadualkan memberi keterangan dalam sesi berlangsung pada April ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Peguam, Shahlan Jufri berkata, prosiding akan bersambung semula pada Rabu dengan dua saksi iaitu saksi kanak-kanak yang akan menyambung keterangannya pada sesi pagi, diikuti ibunya manakala seterusnya disusuli dua doktor pakar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773662/berita/semasa/dua-lagi-doktor-pakar-beri-keterangan-peguam-ibu-zara-qairina-teliti-laporan-psikiatri-84-muka-surat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #inkuesZaraQairina #ZaraQairina #justiceforZaraQairina
Tiga kali tukar sekolah tak halang pelajar OKU Orang Asli cemerlang SPM
Tiga kali bertukar sekolah dalam tempoh dua tahun tidak menghalang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) daripada komuniti Orang Asli suku Kuala meraih keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Nur Afiera Aisyah Mohd Nasir, 17, yang mengalami kecacatan fizikal pada tangan kiri sejak lahir, memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Sains Alor Gajah (SAGA) selama tiga bulan sebelum menghabiskan Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, Kota Tinggi, Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773644/edisi/melaka-ns/tiga-kali-tukar-sekolah-tak-halang-pelajar-oku-orang-asli-cemerlang-spm
Muzik: ofeliasdream dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2025 #Pelajar #OKU #OrangAsli #Melaka
Bagi memahami isu ini dengan lebih jelas dan tepat, adalah penting untuk kita kembali kepada konsep asas dalam pewarisan harta mengikut hukum syarak. Dalam Islam, pembahagian harta secara faraid hanya melibatkan harta pusaka, iaitu harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya.
Ini merangkumi aset seperti hartanah, simpanan kewangan, pelaburan serta harta alih lain yang berada di bawah pemilikan si mati ketika hidup.
Audio dijana oleh AI
Artikel:
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #PencenArwahSuami #HartaPusaka #Faraid
BNM pantau impak konflik Asia Barat, gangguan minyak potensi jejas ekonomi
Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran mendatang tanpa mengabaikan keutamaan jangka panjang untuk meningkatkan prospek ekonomi dan mengekalkan daya tahan.
Menerusi sidang akhbar Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2025 pada Selasa, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ketegangan geopolitik di rantau itu boleh dengan pantas memberi kesan kepada pasaran tenaga global.
Bagaimanapun Bank Pusat itu menjelaskan, Malaysia kini berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773633/bisnes/bnm-nilai-risiko-impak-ekonomi-daripada-konflik-asia-barat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BNM #Ekonomi #konflikAsiaBarat
Dua peniaga mercun masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan cuai dalam mengendalikan bahan letupan dalam milikan mereka, minggu lalu.
Hukuman itu ke atas Othman Abu Kasim, 31, dan Muhammad Husaini Ehsa, 36, dikenakan Majistret Nabilah Nizam selepas mereka mengaku bersalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773623/berita/semasa/kereta-food-truck-terbakar-dua-peniaga-mercun-didenda-rm2000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mercun #Mahkamah
From the publisher's feed