Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Yayasan Kubra berjaya ketepi keputusan awal inkuiri kuil di Rawang

    Yayasan Kubra berjaya ketepi keputusan awal inkuiri kuil di Rawang

    Yayasan Kubra berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, untuk mengetepikan keputusan awal Mahkamah Majistret Selayang untuk meneruskan inkuiri aduan pembinaan rumah ibadat di tanah tidak sah, berhubung pertikaian tanah dan kemungkinan pecah keamanan di Rawang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Suriyati Hasimah Mohd Hashim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff yang mewakili Yayasan itu selaku pemohon dan peguam, Rajesh Nagarajan bagi pihak Persatuan Penganut Sri Uchimalai Muniswaraman sebagai responden.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773615/berita/semasa/yayasan-kubra-berjaya-ketepi-keputusan-awal-inkuiri-kuil-di-rawang

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #YayasanKubra #Kuil #Rawang #Mahkamah #PemilikTanah

    4 min
  • 'Mama...sakitnya papa' - Keluarga mangsa rempuhan pemandu mabuk nekad tuntut keadilan

    Keluarga Amirul Hafiz Omar, 33, mangsa kemalangan maut akibat dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad nekad mahu menuntut keadilan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, tindakan undang-undang akan diambil bagi menuntut pembelaan sewajarnya buat arwah suaminya serta masa depan tiga anak mereka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773473/berita/semasa/mamasakitnya-papa---keluarga-mangsa-rempuhan-pemandu-mabuk-nekad-tuntut-keadilan

    Muzik: ofeliasdream dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #PemanduMabuk #Langgar #PenunggangMotosikal #Amirul

    3 min
  • Seloroh 'masuk TV' jadi kenyataan, ibu reda pemergian Amirul Hafiz

    "Saya reda, Mirul anak yang baik, sangat baik...”

    Itu luahan penuh reda seorang ibu, Faridah Ahmad, 56, mengenang pemergian anak sulungnya, Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di Klang pada Ahad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773482/berita/semasa/seloroh-masuk-tv-jadi-kenyataan-ibu-reda-pemergian-amirul-hafiz

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #PemanduMabuk #Langgar #PenunggangMotosikal #Amirul

    3 min
  • Bunga-bunga kejatuhan Trump

    Pentadbiran Presiden Donald Trump mula menghadapi tanda-tanda penolakan daripada rakyatnya sendiri, ditandai dengan gelombang protes awal di bawah slogan ‘No Kings’ pada Sabtu.

    Protes ini muncul sebagai reaksi terhadap persepsi bahawa kepimpinan Trump semakin autoritarian dan jauh daripada aspirasi rakyat biasa.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773383/global/bunga-bunga-kejatuhan-trump

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #DonaldTrump #kepimpinan #autoritarian

    5 min
  • Kematian Baby Syifaa: Keluarga tak puas hati hukuman ringan terhadap pengasuh

    "Kita boleh terima kalau penjara lebih lima atau enam tahun, tapi penjara setahun ini sikit sangat, terlalu ringan dalam kes bayi yang telah meninggal dunia."

    Demikian luah Yuseri Yusoff, 42, bapa kepada Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa berhubung hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 terhadap pengasuh bayi terbabit yang didakwa melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan Seremban, empat tahun lalu,lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773430/berita/semasa/kematian-baby-syifaa-keluarga-tak-puas-hati-hukuman-ringan-terhadap-pengasuh

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pengasuhdihukumpenjara #BabySyifaa

    2 min
  • Kematian Baby Syifaa: Pengasuh dihukum penjara setahun, denda RM15,000

    Selepas empat tahun kematian Baby Syifaa, Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 kepada pengasuh bayi terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Hakim, N Kanageswari menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Khairunnisa Ahmad Damamhuri, 41, yang berdepan pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773421/berita/semasa/kematian-baby-syifaa-pengasuh-dihukum-penjara-setahun-denda-rm15000


    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pengasuhdihukumpenjara #BabySyifaa

    3 min
  • Majikan dari ‘neraka’ buat jadual minggu bergilir solat Jumaat

    Baru-baru ini tular di media sosial kisah majikan yang dengan bangga mendedahkan mereka mengamalkan jadual bergilir secara mingguan untuk membenarkan pekerja keluar solat Jumaat.

    Alasannya tidak cukup kakitangan untuk menampung operasi syarikat. Nampaknya bagi mereka, solat Jumaat hanyalah opsyen tambahan yang boleh dikecualikan.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773387/suara-sinar/pojok/majikan-dari-neraka-buat-jadual-minggu-bergilir-solat-jumaat

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #SolatJumaat #Majikan #OperasiSyarikat

    2 min
  • Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000

    Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773431/berita/semasa/kes-hasut-isu-kk-supermart-papagomo-bersalah-didenda-rm4000

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Papagomo #Mahkamah #KKSupermart #KesHasut

    3 min
  • 'Saya harap dapat kaki palsu secepat mungkin'

    "Saya berharap dapat kaki palsu secepat mungkin."

    Demikian luah pelatih ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Sayyid Iskandar Mohamad Azaha, 18, yang putus kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Bechah Salak, Jalan Batu Balai-Chuchoh Puteri di Kuala Krai pada malam 28 Februari lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773347/edisi/terengganu/saya-harap-dapat-kaki-palsu-secepat-mungkin

    Muzik: Rustle of Leaves-Veance D dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #bantuan #kakipalsu

    3 min
  • Cuaca panas: Tak perlu pakai tali leher, bawa bekal air ke sekolah

    Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) melonggarkan etika pemakaian murid dan pelajar sekolah di negeri ini sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi cuaca panas pada masa ini.

    ​Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, biarpun cuaca di negeri ini belum mencapai tahap ekstrem, kesemua lebih 300,000 murid dan pelajar sekolah di negeri ini dibenarkan tidak memakai tali leher dan membutang baju penuh hingga ke atas.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773319/edisi/terengganu/cuaca-panas-pastikan-pelajar-dapat-akses-air-bersih-24-jam

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu #PdPR #CuacaPanas #Kesihatan #Sekolah

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…