
Sign up to save your podcasts
Or


Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani membawa kepada penemuan mengejutkan mayat tiga beranak pada awal pagi Khamis.
Mangsa dikenali sebagai pasangan suami isteri, Zikri Abdul Rahman, 65, dan Suraya Man, 53, serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772941/berita/semasa/tiga-beranak-ditemui-mati-dalam-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jenayah #PDRM
Kebakaran hutan belukar di Punggai, penduduk PPR Seri Pengerang berpindah sementara
Kebakaran hutan belukar berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pengerang sejak dua hari lalu menjejaskan penduduk sehingga ada yang mengambil keputusan untuk berpindah sementara.
Tinjauan di lokasi mendapati kawasan sekitar PPR berkenaan masih diliputi asap putih selain bau asap yang kuat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772980/edisi/johor/kebakaran-hutan-belukar-di-punggai-penduduk-ppr-seri-pengerang-berpindah-sementara
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaranhutan
Raja Perlis berangkat solat Al Istisqa’ di Arau, Perlis mohon hujan di tengah kemarau panjang
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan bersama hampir 1,000 jemaah terdiri daripada pemimpin dan rakyat negeri itu di Dataran Istiadat, Istana Arau, Perlis pada Khamis.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan memaklumkan turut berangkat menunaikan solat sunat bermula 8 pagi itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772940/edisi/utara/raja-perlis-tunai-solat-sunat-al-istisqa-bersama-hampir-1000-jemaah-di-istana-arau
#sinarharian #beritaterkini #perlis #solatistisqa #kemarau #hujan #rajaperlis
Rangka bayi depan rumah: Empat sekeluarga, teman lelaki direman empat hari
Empat sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga ibu kepada bayi yang rangkanya ditemukan ditanam di laman rumah di Kelemak direman empat hari bermula Khamis di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Selain ibu bayi berkenaan, turut direman ialah teman lelaki suspek, ibu, kakak serta adik lelaki suspek berusia antara 16 hingga 40 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772939/berita/semasa/rangka-bayi-depan-rumah-empat-sekeluarga-teman-lelaki-direman-empat-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ditahanreman #rangkabayidepanrumah #empatkeluargadireman
Pasangan buat aksi tidak senonoh di tanah perkuburan dipenjara 12 bulan
Seorang pengawal keselamatan dan penganggur dikenakan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan George Town pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Halila Abu Bakar, 37, dan M Jegathesan, 58, telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #berkelakuantidaksenonohditanahperkuburan #GeorgeTown
Tidak kenal putus asa mahu melihat anak tersayang kembali sihat akhirnya berhasil apabila Nur Asyura Medina Ikmal Haziq, tiga tahun, kini ceria seperti kanak-kanak lain selepas berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati dan bebas daripada penyakit biliary atresia, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Kisah Medina sebelum ini mendapat liputan meluas media selepas kanak-kanak itu memerlukan dana bagi menjalani pembedahan di China.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #NurAsyuraMedinaIkmalHaziq #DrAkmalSaleh
Boleh kutuk Trump, pantang kecam Israel
Semua orang tahu bahawa Amerika Syarikat (AS) adalah polis dunia. Semua negara mereka nak masuk campur dan kawal. Mereka boleh sesuka hati ceroboh negara orang lain. AS juga berasa diri mereka paling hebat dan kuat di muka bumi ini.
Mereka juga sering anggap sebagai negara jaguh demokrasi dan rakyat berhak untuk bercakap apa saja. Sebagai contoh dalam rancangan popular The Tonight Show, Jimmy Fallon sering menjadikan Donald Trump sebagai bahan jenakanya.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772797/berita/cetusan/boleh-kutuk-trump-pantang-kecam-israel
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #DonaldTrump
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan insiden kebakaran khemah terbuka menjual mercun dan bunga api di Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chua Huat berkata, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada generator yang digunakan seorang suspek lelaki tempatan di gerai miliknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772867/berita/semasa/generator-punca-khemah-jual-mercun-terbakar---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kedaimercunterbakar
Aidilfitri merupakan saat ditunggu-tunggu umat Islam untuk berkumpul dan meraikan hari bahagia bersama keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tidak ketinggalan, pasangan kerdil, Mohd Razif Romle, 40, dan isterinya, Nor Hazani Zakaria, 45, bersama anak tunggal mereka, Awatif Jannah, 10, turut membuat persiapan awal bagi memastikan raya tahun ini disambut penuh kemeriahan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kerdil #HariRaya #Aidilfitri #Keluarga
From the publisher's feed