Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Meninggal ketika solat: 'Arwah solat jemaah setiap waktu, suka sedekah' - Isteri

    Meninggal ketika solat: 'Arwah solat jemaah setiap waktu, suka sedekah' - Isteri

     

    "Arwah sering berjemaah di surau setiap waktu dan seorang yang pemurah, sehingga apa sahaja dia ada akan diberikan seikhlas hati kepada orang lain.

     

    Demikian perkongsian Latifah Mohd Sidek, 61, mengenai arwah suaminya, Rusli Ab Wahab, 63, dari Tikam Batu yang meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat sunat Zuhur di Surau Taman Seri Jenaris pada 1 Syawal, Sabtu.

     

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772568/berita/semasa/meninggal-ketika-solat-arwah-solat-jemaah-setiap-waktu-suka-sedekah---isteri

     

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MeninggalDunia #Khusnulkhotimah 

    4 min
  • Di sebalik senyuman, tersembunyi derita kanser buah pinggang

    Di sebalik senyuman, tersembunyi derita kanser buah pinggang

    Di sebalik wajah ceria dan senyuman yang tidak pernah lekang, tersembunyi penderitaan besar yang ditanggung seorang kanak-kanak berusia lima tahun apabila kedua-dua buah pinggangnya rosak akibat penyakit kanser yang dihidapinya sejak kecil, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Kanak-kanak itu, Muhammad Ammar Iffat Mohd Nizam, disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis Bilateral Wilms Tumor sejak berusia setahun lebih, selain mengalami kegagalan kedua-dua buah pinggang tahap lima akibat faktor genetik.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #KanserBuahPinggang #AmmarIffat #Jitra

    4 min
  • Kasih ibu  jadi ‘tangan dan kaki’ anak lumpuh

    Kasih ibu  jadi ‘tangan dan kaki’ anak lumpuh

    Di saat wanita seusianya berehat menikmati hari tua, seorang warga emas memilih menghabiskan sisa hidupnya menjadi tangan dan kaki kepada anak sulungnya yang lumpuh sepenuhnya sejak tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

    Salmiah Muhammad, 55, berkata, meskipun sering bergelut dengan keletihan fizikal, tekanan emosi dan masalah kesihatan, kasih sayangnya terhadap Nurul Syazwani Shamran, 35, sedikit pun tidak pernah luntur.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kisahmasyarakat #anaksulunglumpuh

    3 min
  • Jual bunga api dan mercun sebulan, untung cecah enam angka

    Selain baju dan biskut raya, bunga api serta mercun menjadi antara barangan yang sanggup dibelanja oleh orang ramai bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Situasi itu menyebabkan ejen serta peniaga yang menjual barangan itu mampu meraih keuntungan mencecah enam angka hanya dalam tempoh sebulan sekali gus memberi ‘durian runtuh’.

    Perkara itu diakui sendiri oleh Mohamad Hafiz Omar, 27, ejen bunga api dan mercun dari Guchil Kuala Krai yang mendedahkan permintaan terhadap barangan itu meningkat berkali ganda terutama pada minggu terakhir Ramadan.

    Muzik: Bensound Creative Minds

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #Syawal #jualanbungaapimercun

    5 min
  • Aidilfitri paling bermakna buat pejuang kanser sindrom Down

    Aidilfitri kali ini membawa sinar kegembiraan buat sebuah keluarga di Kampung Batu Hitam Dalam, Tanah Merah, Kelantan apabila seorang gadis sindrom Down yang menghidap kanser darah akhirnya dapat menyambut hari raya di rumah bersama keluarga.

    Nurdini Tasnim Abdullah, 23 tahun, disahkan menghidap leukemia pada Mac tahun lalu selepas mengadu sakit perut ketika waktu sahur pada bulan Ramadan.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #PejuangKanser

    2 min
  • Aidilfitri di kota: KLCC jadi tumpuan eratkan keluarga

    Cuti umum Aidilfitri terus dimanfaatkan sebaiknya oleh warga tempatan yang tidak pulang ke kampung apabila memilih untuk bersiar-siar dan membeli-belah di sekitar ibu kota bersama keluarga tersayang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

    Tinjauan Sinar Harian pada 1 Syawal mendapati suasana di ibu kota mula sibuk, terutama di pusat beli-belah KLCC yang menjadi tumpuan warga tempatan dan perantau yang mengambil peluang meraikan Aidilfitri dalam suasana berbeza.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #60saat #Aidilfitri #raiAidilfitridiKota #KLCC

    2 min
  • Suami koma, Aidilfitri pertama selepas enam bulan berkahwin

    Impian Rosirdawatie Aziz, 27, dari Kubang Telaga, Bachok untuk meraikan Aidilfitri pertama bersama suami tercinta, Mazrie Ismail, 30, yang baru enam bulan dikahwininya berkecai apabila lelaki itu koma selepas menjadi mangsa ragut pada 8 Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Mazrie yang terlantar sepenuhnya di atas katil itu bergantung kepada susu dan bantuan perubatan untuk terus bertahan sekali gus menyaksikan Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan berubah menjadi ujian emosi paling berat bagi Rosirdawatie.

    Muzik: Bensound Sad Day

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #Syawal #suamikoma #suararakyat

    4 min
  • Aidilfitri pilu buat Rozalina, suami terbaring kaku selepas dilanggar lari

    Aidilfitri pilu buat Rozalina, suami terbaring kaku selepas dilanggar lari

    Sambutan Aidilfitri kali ini tidak lagi sama buat Koperal Rozalina Jaafar, 40, apabila suaminya yang juga merupakan anggota polis hanya terbaring kaku di rumah selepas menjadi mangsa langgar lari tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Insiden pada 2 Jun itu ternyata mengubah sepenuhnya kehidupannya yang kini terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan dua anak berusia lima dan 12 tahun sendirian.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Polis #Mangsa #LanggarLari 

    3 min
  • Akademi Unggas jadi pusat sehenti ternakan, pelancongan pendidikan

    Sebuah akademi ternakan tempatan kini berkembang sebagai pusat sehenti pembelajaran industri penternakan serta pelancongan pendidikan berasaskan agro.

    Diasaskan seorang anak muda dari Bagan Datuk, Mohd Anas Mohd Asmawi, Akademi Unggas menawarkan latihan teori dan praktikal kepada individu yang berminat menceburi bidang ternakan.

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AkademiUnggas #ternakan

    3 min
  • ‘Ma jangan mati, jaga adik-adik’

    Dalam suasana umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri, Rohani Mohamad, 66, dari Kampung Mujur, Jelawat di Bachok hanya mampu duduk termenung melihat rumah yang hampir empat dekad didudukinya itu bersama keluarga, kini menyembah bumi selepas terbakar

    pada 17 Ramadan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Lebih memilukan lagi, ibu kepada enam anak itu turut diuji dengan kehilangan insan tersayang iaitu anak keduanya, Che Mohamad Faizul Che Sulaiman, 41, yang rentung dalam kejadian terbabit sekali gus peristiwa itu terus menghantuinya menjelang 1 Syawal.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772464/berita/laporan-khas/ma-jangan-mati-jaga-adik-adik

    Muzik: Sad Day dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bachok #Kelantan #Ajal #Kebakaran

    5 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…