
Sign up to save your podcasts
Or


Dakwaan kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menyertai UMNO disifatkan sebagai khabar angin biasa dalam landskap media yang mudah mencetuskan persepsi. Hamzah berkata, pelbagai rumusan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja termasuk pihak yang tidak mempunyai maklumat tepat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772188/berita/politik/spekulasi-sertai-umno-hamzah-sifatkan-khabar-angin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainudin #UMNO #politik #wawancara
Bermula hanya untuk mencuba, namun penangan Lemang Tok Singa ternyata luar biasa apabila 100 batang lemang yang disediakan untuk jualan terus itu habis terjual dalam tempoh 18 minit sahaja, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Hasil air tangan warga Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD Para) itu kini menjadi buruan utama penduduk sekitar Kuala Nerus dan Seberang Takir sebagai juadah berbuka puasa dan persiapan menjelang Aidilfitri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772056/edisi/terengganu/penangan-lemang-tok-singa-100-batang-licin-dalam-tempoh-18-minit
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemang #LemangTokSinga #tentera #KualaNerus
Peguam persoal layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth
Peguam kepada Zamri Vinoth mempersoalkan layanan berbeza yang diterima anak guamnya berbanding seorang lagi individu, Arun Dorasamy yang turut didakwa di bawah peruntukan undang-undang sama, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Zamri Vinoth atau Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari serta dikawal ketat oleh polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772087/berita/semasa/peguam-persoal-layanan-berbeza-terhadap-zamri-vinoth
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Peguam #ZamriVinoth #Mahkamah #ArunDorasamy
Peguam yang mewakili Zamri Vinoth memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa bahawa Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu ke Thailand pada 9 Mac lalu bukan mahu melarikan diri, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Sebaliknya peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu meneruskan perjalanan ke negara jiran bagi urusan perniagaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772075/berita/semasa/zamri-vinoth-bukan-lari-ke-thailand-tapi-urus-perniagaan-nikah-pasangan-lain
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZamriVinoth #Mahkamah #Thailand #Perniagaan
Ramadan lazimnya diraikan bersama keluarga dan insan tersayang, namun bagi sebahagian warga emas yang menjalani sisa kehidupan tanpa waris di sisi, suasana itu hanya tinggal kenangan.
Isu warga emas tanpa waris atau tanggungan semakin mendapat perhatian di Malaysia apabila semakin ramai golongan itu berdepan cabaran kehidupan tanpa sokongan keluarga yang kukuh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771298/berita/nasional/warga-emas-jb-terima-kunjungan-prihatin-sunway
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WargaEmas #Sunway #JohorBahru
Pelantikan Ketua Bahagian (Penaja) bagi lima bahagian di Melaka merupakan tindakan pantas dan cepat oleh pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam usaha menstabilkan parti mendepani pilihan raya negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, pengalaman yang ada dalam politik akan digunakan sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan untuk rakyat terutama dalam Parlimen Tangga Batu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772021/berita/politik/pelantikan-ketua-bahagian-penaja-langkah-pantas-bersatu-depani-prn-melaka
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parti #Politik #Bersatu #Melaka #PilihanRaya
24,135 kes langgar had laju dikesan kamera AwAS dalam 17 hari
Sebanyak 24,135 kes pelanggaran had laju direkodkan melalui Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AwAS) di Jalan Kota Bharu–Kuala Terengganu di hadapan Istana Negeri di Kota Bharu dalam tempoh 17 hari, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Jumlah pelanggaran tertinggi direkodkan pada 20 Februari iaitu sebanyak 1,771 kes, manakala jumlah terendah dicatatkan pada 5 Mac dengan 969 kes.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771997/edisi/kelantan/24135-kes-langgar-had-laju-dikesan-kamera-awas-dalam-17-hari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LanggarHadLaju #KameraAwAS #Saman #Kelantan #Terengganu
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggariskan visi memarhaenkan Malaysia sebagai teras perjuangan parti dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan dalam dasar dan pentadbiran negara.
Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, pendekatan tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi, perumahan dan reformasi institusi dengan matlamat memastikan keadilan sosial dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771734/berita/politik/muda-angkat-agenda-memarhaenkan-malaysia
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #MUDA #Solidariti #malaysia
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan tunduk kepada budaya politik lama dikuasai 'dinosaur politik', sebaliknya terus bertekad membawa perubahan melalui pendekatan politik baharu yang lebih berani dan berpaksikan suara rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, generasi muda perlu berani mencabar dominasi politik lama yang dilihat masih cuba menentukan hala tuju politik negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771732/berita/politik/muda-tidak-gentar-dinosaur-politik
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #MUDA #DinosaurPolitik
From the publisher's feed