Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Tiada tanah, bapa tunggal gigih terus kelangsungan hidup di rumah rakit

    Seorang bapa tunggal memilih untuk meneruskan kehidupan di atas air selepas tidak mempunyai tanah untuk didiami di Kampung Banjir, Pengkalan Kubor, Tumpat. 

    Wan Suhaimi Wan Sulung, 39 tahun membina rumah rakit di sungai menggunakan kayu terpakai dan tong sebagai pelampung, yang kini menjadi tempat berteduh bersama anak perempuannya, Wan Nurul Balqis, 12 tahun.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #rumahrakit

    2 min
  • Empat tahun tanpa baju raya demi rawatan anak sakit jantung

    Walaupun Aidilfitri hampir tiba, sebuah keluarga dari Kampung Buloh Poh, Kota Bharu masih belum membuat sebarang persiapan termasuk membeli baju raya, lapor wartaan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Peniaga pisang goreng, Nur Zawahir Che Yaakob, 38, mengakui tidak membuat sebarang persiapan Syawal kerana kekangan kewangan apabila terpaksa memberi sepenuh perhatian terhadap rawatan anak bongsunya yang menghidap penyakit jantung kronik sejak lahir.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772411/edisi/kelantan/empat-tahun-tanpa-baju-raya-demi-rawatan-anak-sakit-jantung

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #Beritasemasa #4tahuntanpbajuraya #rawatanaksaitjantung #kisahmasyarakat

    2 min
  • Lima pikap ubah suai seludup 2,000 liter petrol tumpas dalam sejam

    Cubaan menyeludup keluar kira-kira 2,000 liter petrol ke negara jiran berjaya dipatahkan polis dalam tempoh hanya sejam menerusi satu operasi khas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada Rabu,  lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. 

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bermula kira-kira jam 7 pagi itu berjaya menahan lima buah kenderaan pacuan empat roda jenis pikap bersama lima individu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772370/berita/semasa/lima-pikap-ubah-suai-seludup-2000-liter-petrol-tumpas-dalam-sejam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #Beritasemasa #kesjenayah #cubaanseludupminyak #PDRM

    3 min
  • Aidilfitri sepi tanpa arwah suami -Balu Anggota FRU

    'Best kalau ada ayah...'

    Luahan polos seorang anak meruntun jiwa seorang ibu yang kini menggalas peranan seorang diri selepas pemergian suami tercinta dalam kemalangan tragis membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, tahun lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772358/edisi/perak/tiada-rasa-nak-beraya-sejak-arwah-pergi---balu-anggota-fru

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #FRU #BaluAnggotaFRU #Aidilfitri

    3 min
  • Netanyahu sebenarnya hidup atau mati?

    Sejak minggu lalu, platform media sosial menjadi medan ‘perang teori’ mengenai nasib Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

    Perdebatan sesama warga maya itu bermula setelah laporan media Iran menyebut pemimpin ‘ekstremis’ tersebut dipercayai cedera atau terbunuh dalam serangan balas Iran.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772335/suara-sinar/lidah-pengarang/netanyahu-sebenarnya-hidup-atau-mati

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #BenjaminNetanyahu

    3 min
  • Terminal Feri Kukup sesak, ribuan warga Indonesia 'mudik' raya

    Kemeriahan menjelang Hari Raya Aidilfitri semakin terasa apabila lebih 8,000 perantau warga Indonesia 'mudik' atau pulang ke kampung halaman masing-masing melalui Terminal Feri Antarabangsa Kukup sejak Sabtu lalu.


    Tinjauan di terminal berkenaan mendapati kebanyakan penumpang sudah tiba seawal jam 4 pagi bagi mendapatkan tiket bagi perjalanan ke Tanjung Balai dan Selat Panjang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772256/edisi/johor/terminal-feri-kukup-sesak-ribuan-warga-indonesia-mudik-raya

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TerminalFeriKukup #WargaIndonesia #mudikraya

    2 min
  • Duda tikam rakan depan rumah di Sungai Udang didakwa

    Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Sungai Udang minggu lalu.

    Tertuduh, Saiful Hadi Othman, 44, didakwa menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772238/berita/semasa/duda-tikam-rakan-depan-rumah-di-sungai-udang-didakwa

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Duda #Mahkamah #Melaka

    3 min
  • Tangisan menjelang raya, rumah rosak teruk dilanda ribut

    Seorang wanita tidak dapat menahan sebak mengenangkan segala persiapan menyambut Aidilfitri yang berbaki beberapa hari lagi musnah selepas rumahnya dilanda ribut dalam kejadian di Gedong Lalang, Bukit Rambai di sini pada lewat petang Selasa.

    Suri rumah, Ruzaimah Leman, 55, berkata, kejadian berlaku sekelip mata sekitar jam 6 petang menyebabkan dia yang ketika itu sedang membuat biskut raya menjadi terpinga-pinga.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772180/berita/semasa/tangisan-menjelang-raya-rumah-rosak-teruk-dilanda-ribut

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RumahRosak #Ribut #Melaka

    4 min
  • 'Tak ikhlas, pilih-pilih payung' - Hamzah

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ada pihak yang tidak ikhlas dengan usaha untuk menyatukan parti dan tokoh Melayu di bawah ‘payung besar’ sehingga membawa kepada pemecatannya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    Sedangkan katanya, dalam mesyuarat payung besar yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau diminta mempengerusikan satu jawatankuasa untuk membawa semua pemimpin Melayu dalam satu kumpulan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772201/berita/politik/tak-ikhlas-pilih-pilih-payung---hamzah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainudin #payungbesar  #politik #wawancara

    3 min
  • 'Saya ada 19, anda ada 6. Fikir-fikirkan...'

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan beliau tidak berhasrat untuk kembali bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya hala tuju politiknya cenderung ke arah Perikatan Nasional (PN). Menurutnya, pendirian itu dibuat kerana beliau tidak mahu berpatah balik dalam perjalanan politiknya ketika ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772209/berita/wawancara/saya-ada-19-anda-ada-6-fikir-fikirkan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainudin #MuhyiddinYassin #PerikatanNasional

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…