Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Potret terakhir bapa jadi kenangan pilu Aidilfitri

    Jarang merakam gambar keluarga, apatah lagi berpakaian sedondon, tetapi secara kebetulan Aidilfitri tahun lalu mereka sempat merakam potret terakhir bersama bapa tersayang, Allahyarham Hamzah Omar, 65, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan.

    Allahyarham ditemui tidak bernyawa di bendang belakang rumah di Parit 3 Barat Banat, Sungai Besar, Sabak Bernam pada 1 April tahun lalu.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PotretTerakhir #Bapa #Aidilfitri #HariRaya

    2 min
  • Anggota PGA korban raya demi tugas

    Tatkala kebanyakan rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pula reda menyambut lebaran di pos kawalan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan.

    Koperal Hafizuddin Jawat, 39, berkata, Aidilfitri tahun ini sekali lagi diraikan jauh dari keluarga apabila dia ditugaskan di Pos Bukit Tinjau PGA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 1 Mac hingga 1 April depan.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PGA #Polis #KLIA #Aidilfitri #Keselamatan

    3 min
  • Diuji tumor ketika usia 10 tahun

    Diuji tumor ketika usia 10 tahun

    Seorang bapa tunggal kini memberi perhatian penuh menjaga anak lelakinya yang disahkan menghidap tumor rahang kanan yang dikesan setahun lalu bermula kesan kemerahan pada pipi kanan kanak-kanak itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Mohd Faizal Maarof, 40, berkata, anaknya, Muhammad Isaac Ayden Mohd Faizal, 11, pada mulanya  keadaan itu tidak begitu membimbangkan, namun doktor gigi yang kebetulan datang ke sekolah mengesyorkan kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan lanjut.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #Tumor #Melaka

    3 min
  • Kedai gunting rambut Mr D dunia fantasi buat anak autisme

    Kedai gunting rambut Mr D dunia fantasi buat anak autisme

    Dari luar, kedai gunting rambut Mr D kelihatan seperti salun biasa yang terdapat di deretan kedai di Bangi.

    Namun sebaik melangkah masuk ke dalamnya, suasana berubah menjadi penuh warna-warni, seolah-olah membawa pelanggan ke sebuah dunia fantasi.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MRD #autisme

    5 min
  • Paluan kompang satukan anak muda Klebang Selatan

    Bunyi paluan kompang yang bergema di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Klebang Selatan, Ipoh bukan sekadar irama penyeri majlis, sebaliknya menjadi lambang kesinambungan tradisi yang diwarisi turun-temurun oleh generasi muda, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. 

    Bagi Mohammad Fikri Arif Baharudin, 37, usaha memastikan irama kompang terus berkumandang bukan sekadar minat, tetapi amanah yang dipikul selepas pemergian bapanya empat tahun lalu. 

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kompang #Kenduri #KlebangSelatan #Ipoh 

    3 min
  • 4 tan sampah jadi taman mini di Pantai Batu Buruk

    Siapa sangka, timbunan sampah laut yang dianggap menyakitkan mata kini bertukar wajah menjadi sebuah taman mini yang unik hasil kreativiti sekumpulan pesara dan penduduk setempat di Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

    ​Cetusan idea itu dimulakan  oleh pesara guru, Zakaria Taib, 63, atau lebih dikenali sebagai Papa Ya, bersama rakannya iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Umbaidah Tengah, 63, dan Zaleha Abu Bakar, 63. 

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu #Pelancong #PantaiBatuBuruk #TamanMini #GPI

    3 min
  • Minyak: Apa akan jadi selepas Mei ini?

    Syawal sudah memasuki hari ketiganya hari ini dan Mac sudah hampir ke penghujungnya.

    Persoalan besar mula berlegar dalam fikiran rakyat Malaysia apa akan berlaku selepas Mei 2026 apabila bekalan minyak mentah negara yang dijamin oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mencapai hadnya?

    Buat masa ini, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mampu mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter, satu keputusan yang jelas bersifat melindungi rakyat daripada tekanan kos hidup global.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772594/suara-sinar/lidah-pengarang/minyak-apa-akan-jadi-selepas-mei-ini

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #hargaminyak #RON95

    3 min
  • Bangkit lawan kanser tahap empat, kini bantu pesakit lain

    Disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017 tidak mematahkan semangat Md Khairuman Abu, 52, untuk terus berjuang meneruskan kehidupan. 

    Menurutnya, penyakit itu mula dikesan selepas dia mengalami kehilangan selera makan yang teruk bermula Oktober 2017 sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada awal 2018. 

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kanser 

    3 min
  • Tempah potret raya profesional laris

    Meskipun teknologi telefon pintar semakin canggih, khidmat fotografi studio tetap menjadi pilihan apabila ratusan tempahan bagi sesi penggambaran potret raya diterima tahun ini.

    Trend tersebut membuktikan sebahagian masyarakat masih mendambakan sentuhan jurufoto profesional bagi mengabadikan kenangan keluarga dengan persalinan sedondon serta dandanan istimewa sempena Aidilfitri.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PotretRaya #Aidilfitri

    2 min
  • Duit jual barang kitar semula bantu warga emas buat pembedahan katarak

    Usaha mengumpul dan menjual barangan kitar semula sejak lima tahun lalu memberi makna besar buat seorang warga emas apabila simpanan daripada aktiviti itu membolehkannya menjalani pembedahan katarak awal tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Jaafar Idrus, 74, berkata, penglihatannya mula kabur sejak tahun lalu dan dia perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap tiga bulan di Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM).Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #WargaEmas #Katarak #KitarSemula

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…