
Sign up to save your podcasts
Or


Belum ada keperluan untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di negeri ini berikutan keadaan cuaca panas yang masih terkawal, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, setakat ini murid dan pelajar masih boleh hadir ke sekolah dengan selamat memandangkan Terengganu hanya mencatatkan suhu maksimum 33 darjah Celsius.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773317/edisi/terengganu/cuaca-panas-belum-ada-keperluan-laksana-pdpr-di-terengganu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu #PdPR #CuacaPanas #Kesihatan #Sekolah
Seramai 78 pesalah yang diarahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah melaksanakan hukuman tersebut secara serentak di enam negeri pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, pelaksanaan PKM siri ketiga itu melibatkan negeri Kedah seramai 21 orang, Perlis (lima), Wilayah Persekutuan (26), Pahang (12), Negeri Sembilan (sembilan) dan Johor (lima).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773293/berita/nasional/78-pesalah-buang-sampah-jalani-hukuman
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SWCorpGrowth #MalaysiaBersihIndahSejahtera #RancakkanMADANI #StrongerTogether #DemiPertiwi
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada permohonannya kembali menyertai parti itu diterima atau sebaliknya, lapor wartawan Sinar harian, Nor Azura Md Amin.
Menurut Khairy, surat permohonan telah dihantar pada 16 Mac lalu, namun beliau tidak mahu mendahului keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773270/berita/politik/kj-serah-kepada-pucuk-pimpinan-umno-tentukan-permohonan-kembali
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KJ #Politik #UMNO #KhairyJamaluddin
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah susulan pertunangannya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Tambah beliau, keistimewaan Bella terletak pada sifat baiknya yang sukar dipisahkan daripada dirinya.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Liftmeup dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #BellaAstillah #BASS #BellaSyedYes #Bertunang
Sebarang keputusan termasuk membawa keluar pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dari selatan Lubnan kerana penugasan itu tertakluk sepenuhnya kepada mandat misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apabila menyertai misi pengaman di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), struktur pemerintahan serta keputusan operasi berada di bawah kawalan PBB.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773231/berita/nasional/letupan-di-selatan-lubnan-keputusan-operasi-malbatt-tertakluk-mandat-unifil
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MALBATT #UNIFIL #UN #PBB #Lubnan #IDF
Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dilihat sering berulang, terutama ketika musim pemilihan di negara itu, namun kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia adalah jelas dan tidak boleh dipertikaikan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu, malah sering dibangkitkan oleh pihak tertentu di Filipina setiap kali menjelang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773236/berita/nasional/sabah-kekal-milik-malaysia-tuntutan-filipina-tidak-berasas-ndash-hajiji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Filipina #Hajiji #Malaysia
Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah kontena tertanggal daripada treler hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Klang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, insiden pada kira-kira jam 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan kepada pengguna jalan raya lain.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773171/berita/semasa/treler-dipandu-laju-akibatkan-kontena-tertanggal-di-pelabuhan-klang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #treler #kontena #PelabuhanKlang
Penghantar makanan pukul isteri hamil dipenjara empat bulan
Seorang penghantar makanan yang videonya tular kerana membelasah dan melanggar kepala isterinya sedang hamil dengan motosikal dalam kejadian dua minggu lalu dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AyerKeroh #Pukul #IsteriHamil #Penjara
Kerajaan sedang meneliti langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat dan terpilih dalam kalangan penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu dijangka memberi fleksibiliti kepada sektor awam, selain berharap sektor swasta turut mengambil pendekatan sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan institusi perbankan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773022/berita/nasional/kerajaan-pertimbang-waktu-kerja-anjal-galak-sektor-swasta-ikut-langkah-bdr
Kerajaan mengekalkan harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak, namun menghadkan had pengisian diesel berdasarkan jenis kenderaan pengguna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan bekalan diesel mencukupi, selain membolehkan pengagihan yang lebih adil kepada semua pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773021/berita/nasional/harga-diesel-sabah-sarawak-kekal-tapi-ada-had-pengisiannbsp
#SinarHarian #BeritaSemasa #Diesel #SabahSarawak
From the publisher's feed