Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • SUV jatuh gaung: Pasukan penunda angkat beban lebih 2 tan dari kedalaman 61 meter

    Operasi membawa naik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah) merupakan antara tugasan paling mencabar pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan di Hulu Terengganu.

    Pengusahanya, Mohd Izani Mohd Rahim, 46, berkata, operasi bermula kira-kira jam 2 petang pada Sabtu dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan struktur tanah di lokasi kejadian menjadi semakin longgar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759666/berita/semasa/nahas-suv-jatuh-gaung-pasukan-penunda-angkat-beban-lebih-2-tan-dari-kedalaman-61-meter

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SUVjatuhgaung #HuluTerengganu

    2 min
  • Rezeki berganda ketika air pasang besar

    Musim air pasang besar sejak empat hari lalu membawa rezeki kepada peniaga di Pekan Kukup, Pontian apabila fenomena luar biasa itu menarik kehadiran ramai pengunjung.

    Mereka datang untuk menyaksikan sendiri limpahan air laut dan menikmati pengalaman berada di kawasan yang digenangi air.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759661/edisi/johor/rezeki-berganda-ketika-air-pasang-besar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AirPasangBesar #Kukup #Pontian

    3 min
  • Nur Dhiya Azzalea lemas selepas majlis graduasi tabika

    Rindu...itu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan Noor Muhamad Asun, 46, selepas anak bongsunya meninggal dunia dipercayai akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Meskipun baharu sehari pemergian Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, namun bapa kepada empat anak itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Ahad.

    Artikel:  https://www.sinarharian.com.my/article/759643/berita/semasa/kanak-kanak-5-tahun-lemas-mandi-kolam-selepas-majlis-graduasi-tabika

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Forensik #TabikaKemas #Rembau #NurDhiyaAzzalea

    3 min
  • Lelaki ditahan acu pistol pada jiran

    Polis menahan seorang lelaki disyaki mengacukan pistol kepada jiran dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada pagi Ahad.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an dikatakan mengugut mangsa, menyebabkan laporan polis dibuat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759652/edisi/utara/lelaki-ditahan-acu-pistol-pada-jiran

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #acupistol #jiran #polis

    2 min
  • 'Semua janji semasa PRN Sabah mula dilaksana bulan ini' – Anwar

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 terutama berkaitan naik taraf infrastruktur akan mula dilaksanakan bulan ini.

    Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat penyelarasan bagi memantau pelaksanaan projek utama akan diadakan setiap bulan bermula Disember.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #PRNSabah #Rakyat

    3 min
  • Surah Al-Saff tekankan disiplin, kesatuan dan integriti - Amirudin

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tema konvensyen berasaskan Surah Al-Saff menekankan disiplin, kesatuan dan integriti, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759534/khas/quranhour/ekosistem-halal-selangor-amal-pinsip-amalan-al-quran---amirudin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #WQC2025 #worldqurancovention2025 #SurahAlSaff  #MBSelangor

    2 min
  • Empat dekad warnai politik Sabah, pemergian Bung Moktar satu kehilangan besar

    NEGARA hari ini kehilangan seorang tokoh politik yang cukup dikenali, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang telah mewarnai landskap politik Sabah dan Malaysia selama lebih empat dekad dengan penuh keberanian, ketegasan prinsip serta semangat juang yang tidak pernah luntur'

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759392/berita/semasa/empat-dekad-warnai-politik-sabah-pemergian-bung-moktar-satu-kehilangan-besar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    Muzik: Ofeliasdream oleh Bensound.com

    #SinarHarian #BeritaSemasa #bungmoktarmeninggaldunia #ahlipoltik #BungMoktarRadin #BN #UMNO

    3 min
  • Benteng pecah: Penduduk kembali ke PTS tidak sampai seminggu

    Tidak sampai seminggu selepas pulang ke rumah, penduduk Kampung Sungai Berong Laut, Batu Pahat terpaksa kembali ke Pusat Transit Sementara (PTS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat fenomena air pasang besar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Situasi banjir bertambah buruk apabila benteng penahan ombak yang sedang dalam proses baik pulih pecah pada minggu lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759424/edisi/johor/benteng-pecah-penduduk-kembali-ke-pts-tidak-sampai-seminggu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #bentengpecah #banjir #airpasangbesar

    2 min
  • Pemergian Bung Moktar amat dirasai - Ahmad Zahid

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan UMNO dan BN di seluruh peringkat amat terkesan dengan pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dianggap bukan sahaja sebagai sahabat, tetapi juga salah seorang pemimpin penting dalam UMNO di peringkat nasional dan khususnya di Sabah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759392/berita/semasa/empat-dekad-warnai-politik-sabah-pemergian-bung-moktar-satu-kehilangan-besar

    Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BungMoktar

    2 min
  • Nik Nur Damia Batrisyia jadi tumpuan, pandu jengkaut sejak usia 11 tahun

    Aksi selamba seorang gadis mengemudi jengkaut di Kampung Padang Bemban, Binjai di Kota Bharu terus mencuri perhatian orang ramai apabila kemahirannya bukan sahaja pada pemanduan, malah turut mahir membaiki jentera berat.

    Nik Nur Damia Batrisyia Hairol Amry, 20, berkata, minat mendalam terhadap kenderaan berat seperti jengkaut dan lori bermula sejak kecil apabila sering mengikut bapanya, Hairol Amri Ab Manaf, 48, yang bekerja sebagai pemandu serta menjalankan perniagaan sewaan jentera berat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758929/edisi/kelantan/nik-nur-damia-batrisyia-jadi-tumpuan-pandu-jengkaut-sejak-usia-11-tahun

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jengkaut

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…