
Sign up to save your podcasts
Or


Seramai 14 warga Jepun dan empat rakyat China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan berpakat melakukan penipuan dalam talian pada bulan lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759391/edisi/utara/14-warga-jepun-4-lelaki-china-didakwa-penipuan-dalam-talian
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PhoneScam
Rakyat di Kelantan sudah tidak sabar untuk memohon lesen bagi mendulang emas dan menunggu kerajaan negeri mengumumkan lokasi yang boleh berbuat demikian.
Rata-rata mereka menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan permohonan lesen mendulang emas di bawah Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001 menetapkan hanya rakyat Kelantan sahaja dibenarkan memohon lesen berkenaan mulai Januari depan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DulangEmas #Kelantan #Emas
Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan bahawa keadaan kesihatan abang iparnya, Ketua UMNO Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah terjejas sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Beliau yang lebih mesra disapa Sam berkata, tahap kesihatan Allahyarham merosot dengan ketara pada Khamis sebelum dimaklumkan mengenai pemergian itu oleh kakaknya iaitu isteri Bung Moktar, Datin Seri Zizie Izette A Samad, awal pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759387/berita/hiburan/shaheizy-sam-dedah-bung-moktar-tak-sihat-sejak-kempen-prn
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BungMoktar #ShaheizySam
Ahli perniagaan, Albert Tei mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya selepas mendakwa dirinya ditahan seperti penjenayah berbahaya pada Jumaat lalu.
Beliau mendakwa kaedah serbuan terhadapnya menimbulkan persoalan besar mengenai prosedur operasi standard (SOP) agensi berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759308/berita/semasa/albert-tei-persoal-tindakan-sprm-serbu-rumah-dakwa-ditahan-seperti-penjenayah-berbahaya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ShamsulIskandar #AlbertTei #SPRM #Mahkamah #Rasuah
Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran mengambil keputusan menangguhkan menerima tawaran Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun 2026.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun, kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sentiasa dipenuhi 100 peratus setiap tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759310/berita/nasional/hanya-18-peratus-tangguh-terima-tawaran-haji-2026
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2026 #tangguhHaji
Dewan Rakyat hangat ketika bahas usul gantung Takiyuddin
Sesi Dewan Rakyat pada hari terakhir hangat ketika membahaskan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TakiyuddinHassan
Isu tanah: Ahmad Zahid bentang hasil mesyuarat Felda, FGV kepada Kabinet
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membentangkan hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda dan FGV Holding Berhad dalam mesyuarat Kabinet, esok.
Menurutnya, entiti berkenaan sedang bermesyuarat hari ini bagi mencari jalan penyelesaian ke atas kemelut isu tanah di Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759251/berita/nasional/isu-tanah-ahmad-zahid-bentang-hasil-mesyuarat-felda-fgv-kepada-kabinet
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan bahan bukti termasuk rakaman video semasa tindakan dijalankan ke atas kediaman ahli perniagaan Albert Tei sekali gus menolak dakwaan salah laku pegawai operasi ketika serbuan terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai SPRM dilengkapi dengan alat rakaman termasuk kamera badan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759137/berita/semasa/bukti-rakaman-video-nafikan-dakwaan-salah-laku-sprm-serbu-rumah-albert
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #ShamsulIskandar #Rasuah #SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan peguam Albert Tei iaitu Mahajoth Singh akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berasingan terhadap Mahajoth dijangka berjalan minggu hadapan dan disiasat kerana enggan menyerahkan eksibit berkaitan kes rasuah anak guamnya kepada SPRM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759128/berita/semasa/dakwaan-sprm-langgar-seksyen-46-tidak-berasas---azam-baki
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #ShamsulIskandar #Rasuah #SPRM #MahajothSingh
Mesej utama Surah al-Saff menerusi World #QuranConvention (WQC) 2025 bukan semata-mata membicarakan tentang ekonomi secara global, tetapi juga menekankan mandat buat umat Islam di seluruh dunia untuk membina kekuatan dan tidak lemah mendepani cabaran, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Demikian pandangan Pengasas Institut Bayyinah dari Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Shah Alam pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759021/khas/quranhour/wqc-2025-mandat-buat-umat-islam-bina-kekuatan-ekonomi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WorldQuranConvention #QuranConvention #WQC2025 #SurahAlSaff
From the publisher's feed