Sign up to save your podcasts
Or

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tentang dua surat berasingan daripada Exco Kelantan dan Terengganu yang menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.
Beliau bagaimanapun mendedahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu selepas diasak Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu mengetahui siapa wakil kerajaan negeri tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758977/berita/nasional/anwar-dedah-surat-dari-kelantan-terengganu-guna-terma-mohon-kelulusan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #Terengganu #Projek
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa, mengesahkan lafaz cerai penyanyi Ahmad Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos lalu, menjatuhkan talak kedua, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim Syarie, Ummamuddin Yunus memutuskan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua secara talak rajie pada 26 Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758984/berita/hiburan/nubhan-isteri-sah-cerai-talak-kedua
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Cerai #Nubhan #DrAfifah #DrFie
Seorang mudir sebuah madrasah di Tumpat, Kelantan yang dikenali sebagai Abuya berdepan pertuduhan ke-21 membabitkan kes amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758978/berita/semasa/abuya-aswadi-berdepan-pertuduhan-ke-21-kes-amang-seksual-di-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #luartabii
Lelaki tikam isteri direman enam hari
Lelaki tikam isteri sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin direman selama enam hari sehingga Ahad ini, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758953/berita/semasa/lelaki-tikam-isteri-direman-enam-hari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Reman #Mahkamah #TanahMerah
Setelah lebih seminggu kejadian hakisan pantai Teluk Batik akibat hentaman ombak kuat, peniaga dan penduduk di sekitar merasai kesuraman pantai peranginan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati kehadiran pelancong amat berkurangan selepas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi pantai tersebut atas faktor keselamatan pada 25 November lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758936/edisi/perak/teluk-batik-suram-dek-hakisan-peniaga-akui-terjejas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TelukBatik #MPM #Manjung #Pelancong #Pantai #Peniaga
Teluk Batik suram dek hakisan, peniaga akui terjejas

Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758836/berita/politik/kabinet-baharu-sabah-bn-sudah-serah-nama-jawatan-menteri-timbalan-menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #PRNSabah #BN #KabinetSabah
Seorang anggota tentera berpangkat Letftenan Kolonel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan meminta suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan penyeludupan rokok di perairan Johor Selatan sekitar Oktober 2022 lalu.
Tertuduh, Kamarulzaman Ali, 53 yang bertugas sebagai Ketua Cawangan Rancang dan Kempen Gerak Saraf Perang Saraf di Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758846/berita/semasa/ketua-pegawai-perisikan-atm-didakwa-minta-rasuah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Rasuah #SPRM #pegawaiperisikATM #Seluduprokok
Seorang lelaki tidak menyangka mesej dihantar isterinya mengenai kucing kesayangan mereka merupakan mesej terakhir daripada wanita itu sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
Pengawal keselamatan, Shahrin Not, 50, berkata isterinya, Norehan Abdul Ghani, 50, memaklumkan mengenai haiwan peliharaan mereka itu dalam kumpulan WhatsApp keluarga kira-kira jam 4 pagi sebelum menaiki van untuk ke tempat kerja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758844/berita/semasa/mesej-tentang-kucing-jadi-mesej-terakhir-isteri-sebelum-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalanganmaut #vankilangkemalangan
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 145 lokasi terjejas akibat bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL), melibatkan 63 Jalan Persekutuan dan 82 Jalan Negeri setakat jam 10 pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kes yang dikenal pasti melibatkan pelbagai bentuk bencana dan bukan hanya disebabkan banjir semata-mata.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758780/berita/nasional/kkr-aktifkan-bilik-gerakan-bencana-145-lokasi-terjejas-mtl
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MTL #Banjir #Mendap #Bencana #AlexanderNantaLinggi
From the publisher's feed