Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Ingatlah kita hidup ini tidak bertongkat langit'

    'Ingatlah kita hidup ini tidak bertongkat langit'

     "Ingatlah kita hidup ini tidak bertongkat langit. Sampai masa nanti, kita semua akan pergi juga."

    Demikian luah datuk kepada Allahyarham Siti Adawiyah, Abd Majid Abdullah, 66, yang mengajak orang ramai agar tidak terburu-buru menghukum keluarganya susulan kontroversi pengurusan jenazah cucunya yang tular baru-baru ini.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #isukebumi

    3 min
  • Bapa nafi semua dakwaan berkait isu pengurusan jenazah anak

    Bapa nafi semua dakwaan berkait isu pengurusan jenazah anak

    "Saya menafikan semua dakwaan terbabit termasuk tuduhan menggunakan permit palsu dan tidak pernah meminta mana-mana pihak masjid menguruskan jenazah anak saya."

    Itu tegas Mohd Hasrul Ghazali, bapa kepada Allahyarham Siti Adawiyah yang tampil menjelaskan keadaan sebenar susulan kontroversi berhubung urusan pengebumian anaknya yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785590/berita/semasa/bapa-nafi-semua-dakwaan-berkait-isu-pengurusan-jenazah-anak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #isukebumi

    3 min
  • 100,000 ekor udang celup tepung sepanjang 1 km catat rekod MBOR

    100,000 ekor udang celup tepung sepanjang 1 km catat rekod MBOR

    Hidangan celup tepung menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar dengan berat keseluruhan mencecah 1,000 kilogram sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR). 

    Pegawai Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, juadah popular Terengganu itu dihidang diatas 547 buah meja yang disusun sepanjang satu kilometer merentasi pesisir pantai Laman Seri Rhu 10. 

     
    Muzik: Neptune-Sporlight dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MBOR #celuptepungterpanjang #celuptepung

    3 min
  • 'Arahan Pas' sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor - Khaled Nordin

    'Arahan Pas' sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor - Khaled Nordin

    Arahan Pas supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) mencerminkan realiti politik Johor apabila gabungan itu tidak mempunyai laluan mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hanya BN dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai keupayaan untuk membentuk kerajaan negeri.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785566/berita/politik/arahan-pas-sokong-bn-kerana-pn-tidak-mampu-tubuh-kerajaan-johor---khaled-nordin

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyatJohor #Johor

    2 min
  • Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin

    Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin

    Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat selepas parti itu menilai semula kekuatan dan peluang kemenangan di kawasan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap kerusi diteliti sebelum keputusan dibuat, termasuk mengambil kira tindakan penyandang kerusi itu telah meninggalkan parti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785465/berita/politik/bersatu-tak-pertahan-endau-calon-lama-berhijrah-ke-parti-lain---muhyiddin

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PRNJohor #Muhyiddin

    2 min
  • Onn Hafiz tekad pertahan Machap, Nur Hafiz yakin cipta kejutan

    Onn Hafiz tekad pertahan Machap, Nur Hafiz yakin cipta kejutan

    Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun berdepan saingan dua penjuru.

    Sementara itu, pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz, menyifatkan pertembungan dengan Menteri Besar Johor sebagai satu cabaran yang disambut dengan penuh keyakinan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785438/berita/politik/onn-hafiz-tekad-pertahan-machap-nur-hafiz-yakin-cipta-kejutan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #beritaterkini #PRNJohor #SuaraRakyatJohor #Johor

    2 min
  • Demi balas jasa Onn Hafiz, pesara berbaju BN sanggup datang dari Selangor

    Demi balas jasa Onn Hafiz, pesara berbaju BN sanggup datang dari Selangor

    Mengenakan baju Barisan Nasional (BN) yang ditempah khas, seorang pesara dari Selangor sanggup menempuh perjalanan ke Johor bagi memberi sokongan kepada parti serta calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    Alias Samad, 68, dari Kampung Asam Jawa, Klang, berkata, dia tiba di Johor sejak Khamis lalu dan menginap di sebuah hotel di bandar Kluang sebelum menghadiri proses penamaan calon pada Sabtu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785432/edisi/johor/demi-balas-jasa-onn-hafiz-pesara-berbaju-bn-sanggup-datang-dari-selangor

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #beritaterkini #PRNJohor #SuaraRakyatJohor #Johor

    1 min
  • Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan

    Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan

    Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah

    2 min
  • Mempertahan prinsip parti atau perjuang dinasti

    Bahang politik di Johor semakin panas apabila bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar UMNO serta-merta dan mendakwa terdapat campur tangan pihak Istana dalam membuat keputusan melibatkan UMNO.

    Lebih panas apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad pernah mengugut untuk keluar parti jika anaknya tidak dipertimbangkan sebagai calon BN di DUN Rengit.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785289/suara-sinar/pojok/mempertahan-prinsip-parti-atau-perjuang-dinasti

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #parti #dinasti #MerakJalanan #PRNJohor

    3 min
  • Bayi maut: Pengasuh direman tiga hari bantu siasatan

    Seorang pengasuh direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuan berusia 11 bulan, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

    Permohonan reman dibenarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi ke atas wanita berusia 30 tahun itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785308/berita/semasa/bayi-maut-pengasuh-direman-tiga-hari-bantu-siasatan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pengasuhdiremantigahari #kesjenayah

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…