
Sign up to save your podcasts
Or


Kenyataan mengaitkan istana dengan pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) Johor oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi disifatkan sudah menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ini kerana kenyataan tersebut dilihat mempunyai unsur hasutan apabila sengaja mengheret institusi diraja dalam percakaran politik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785221/berita/politik/kenyataan-puad-zarkashi-sentuh-3r---pemuda-umno-johor
#SinarHarian #BeritaTerkini #politik #UMNO #PemudaUMNO #3R #MohdPuadZarkashi
Tindakan seorang warga Bangladesh menggunakan motosikal milik majikannya yang telah diubah suai untuk mengangkut ayam membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) Bilangan 3/2026 di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan, Ampang pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu didapati menunggang motosikal yang telah dipasang struktur khas bagi membawa muatan ayam untuk tujuan perniagaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785191/berita/semasa/ubah-suai-motosikal-jadi-lori-ayam-lelaki-dicekup-jpj
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jpj #ubahsuaikenderaantanpakebenaran #wrgaasing operasiPeWA
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang berkaitan dengan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun Facebook miliknya, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Chegubard, 48, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785165/berita/semasa/chegubard-didakwa-buat-hantaran-hasutan-berkaitan-institusi-diraja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Chegubarddidakwa #aktahasutan
Meskipun berdepan pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah tetap bertekad untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi secara lebih adil.
Menurut beliau, isu tersebut perlu terus dibongkar oleh semua pihak bagi mengembalikan hak khususunya anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785160/berita/semasa/quotsaya-akan-kekal-istiqamah-demi-keadilan-pendidikan-buat-anak-anak---haim-hilman
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HaimHilman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya kononnya universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu.
Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah sebagai Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785153/berita/semasa/isu-masuk-universiti-ikut-pintu-belakang-adun-jitra-didakwa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HaimHilman #Mahkamah
Dahulu Merak Jalanan hanya dapat makan kacang pistasio atau kacang cerdik apabila ada ahli keluarga atau rakan kembali dari Tanah Suci.
Tetapi, dunia makanan kini menyaksikan satu trend baharu yang semakin mendapat perhatian terutamanya geng FOMO (Fear Of Missing Out). Hampir semua jenis hidangan ‘dipistasiokan’ atau ditambah dengan rasa pistasio.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785123/suara-sinar/pojok/semua-pun-nak-dipistasiokan-demi-rasa-premium
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #pistasio #kacangcerdik #MerakJalanan
Kurang satu peratus pengguna Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada 200 liter petrol sebulan sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Oktober 2025 hingga Mei lalu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
“Hanya kurang daripada satu peratus pengguna menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan. Setiap orang yang guna subsidi ini dia cucuk (pakai) MyKad jadi kita ada data.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785174/berita/nasional/kurang-satu-peratus-guna-budi95-lebih-200-liter-sebulan---amir-hamzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Budi95 #Parlimen
Bukan pampasan yang diharapkan mereka, sebaliknya keadilan buat anak yang telah pergi, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Demikian luahan sayu tiga ibu kepada mangsa kemalangan maut akibat dirempuh sebuah kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang, Seremban tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785073/berita/semasa/kami-tidak-fikir-pampasan-tapi-keadilan---ibu-mangsa-rempuhan-honda-jazz
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #TuntutKeadilan #PemanduJazz
PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja menegaskan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan negeri di bawah Maju Johor 2030.
Beliau berkata, gabungan calon berpengalaman dan muka baharu yang diketengahkan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diyakini mampu memperkasakan usaha pembangunan negeri secara lebih menyeluruh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785103/berita/politik/prn-johor-adham-baba-tawar-pengalaman-sebagai-menteri-kesihatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #Politik #BN
"Saya mahu hilangkan penat sebab sekarang masa rehat."
Itu helah diberikan seorang lelaki warga asing ketika didapati bersembunyi di sebalik timbunan sampah dalam tong roro ketika serbuan Ops Mega sebuah kilang perabot Telok Gong di Pelabuhan Klang pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785064/edisi/selangor-kl/warga-asing-sanggup-menyorok-dalam-tong-sampah-elak-dicekup
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #JIM
From the publisher's feed