Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini - Ramanan

    Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

    Beliau berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85 peratus.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785039/berita/nasional/lebih-42000-hilang-kerja-tahun-ini---ramanan

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Perkeso #hilangkerja

    3 min
  • Cerita tiga gajah 'terbang'

    Pelik bin ajaib, gajah pun boleh jadi sumber siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Khabarnya tiga ekor gajah di Zoo Taiping telah diterbangkan ke sebuah zoo di Osaka, Jepun. Macam Bambi pula, cerita gajah terbang yang kanak-kanak suka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784990/suara-sinar/awang-paku-serpih/cerita-tiga-gajah-terbang

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiarArtikel #Gajah #ZooTaiping #SPRM

    2 min
  • PRN Johor: Dua parti komponen baharu PN turut kemuka senarai calon - Sanusi

    Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) turut mengemukakan senarai calon untuk mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua parti berkenaan menyatakan cadangan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan proses rundingan kini melibatkan penelitian senarai calon serta tuntutan daripada semua parti komponen.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784974/berita/politik/prn-johor-dua-parti-komponen-baharu-pn-turut-kemuka-senarai-calon---sanusi

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #Politik #PN

    1 min
  • PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa

    Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan terdapat beberapa pertindihan tuntutan kerusi antara parti komponennya, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan yang berlangsung pada Selasa berjaya menyelesaikan sebahagian besar agihan kerusi, namun beberapa kerusi yang menjadi pertindihan masih memerlukan perbincangan lanjut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784965/berita/politik/pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-prn-johor-ada-pertindihan---annuar-musa

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #Politik #PN

    2 min
  • Pegawai tadbir mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan pecah amanah, tipu sumbangan

    Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang persatuan dan menipu beberapa individu bagi mendapatkan sumbangan yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan peribadi.

    Tertuduh, Puhnitha Devi Durairaju, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784929/berita/semasa/pegawai-tadbir-mengaku-tidak-bersalah-tujuh-pertuduhan-pecah-amanah-tipu-sumbangan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Tipu #Mahkamah

    2 min
  • Kelindan lori tidak mengaku rompak enam kedai serbaneka bersenjatakan pisau

    Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas enam pertuduhan melakukan rompakan dengan sebilah pisau di beberapa kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah awal bulan ini.

    Tertuduh, Mohammad Saiful Izzham Ismail, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784914/berita/semasa/kelindan-lori-tidak-mengaku-rompak-enam-kedai-serbaneka-bersenjatakan-pisau

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Rompak #Mahkamah

    2 min
  • Rain Rave Water Music Festival 2026 jana hampir RM400 juta

    Penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang pada Mei lalu berjaya menarik kira-kira 415,000 pengunjung dan menjana RM392.33 juta kepada ekonomi negara.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, anggaran impak ekonomi itu dibuat berdasarkan data dan metodologi yang diguna pakai oleh Tourism Malaysia menerusi Departing Visitors Survey (DVS) serta data sokongan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784910/berita/nasional/rain-rave-water-music-festival-2026-jana-hampir-rm400-juta-kepada-ekonomi-negara---king-sing

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat 

    #RainRaveWaterMusicFestival

    2 min
  • Akaun Amanah Palestin diaudit, bantuan hanya melalui saluran sah - Mohamad

    Pengurusan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dilaksanakan mengikut tatakelola yang ketat dan bantuan tidak disalurkan secara sewenang-wenangnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, AAKRP merupakan akaun amanah yang ditubuhkan kerajaan di bawah Kementerian Luar dan diuruskan menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784885/berita/nasional/akaun-amanah-palestin-diaudit-bantuan-hanya-melalui-saluran-sah---mohamad

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AmanahPalestin #Palestin

    3 min
  • Peruntukan Johor meningkat kepada RM14.6 bilion bawah PMX - Saifuddin

    Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan kononnya Johor tidak menerima perhatian sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan apabila negeri itu memperoleh peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan yang dibuat bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Johor menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM14.6 bilion ketika ini berbanding RM10.2 bilion sebelum Anwar menerajui kerajaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784832/berita/politik/peruntukan-johor-meningkat-kepada-rm146-bilion-bawah-pmx---saifuddin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH

    2 min
  • PRN Johor: Parti lawan parti, politik tidak wajar kaitkan institusi raja - PM

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu kekal sebagai pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi lain, termasuk institusi raja-raja Melayu.

    Perdana Menteri berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah faham politik.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784838/berita/politik/prn-johor-parti-lawan-parti-politik-tidak-wajar-kaitkan-institusi-raja---pm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…