
Sign up to save your podcasts
Or


Status pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Parti Wawasan Negara (Wawasan) bukan satu isu kerana parti itu hanya melalui proses pertukaran nama.
Pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu berikutan pihaknya mengambil alih sebuah parti yang telah berdaftar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784230/berita/politik/wawasan-ambil-alih-parti-tiada-isu-pendaftaran---hamzah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainudin #Wawasan
'Arwah sangat kuat'
Itulah sifat digambarkan Siti Zaiha Sungip, 39, kakak kepada Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, arwah menyertai tentera darat pada tahun lepas selepas tamat pengajian di pertingkat diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784161/berita/semasa/arwah-sangat-kuat-dan-dianugerah-prajurit-muda-wanita-akademik-terbaik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesletupanbom #duatenteramaut #mautterkenabom #upacarapengebumian
Sidang media Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Alor Setar berkenaan dua anggota tentera maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut beliau, kematian kedua-dua mangsa disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesletupanbom #duatenteramaut #mautterkenabom
'Saya terkejut, bukan mahu lari' - Pemandu lori dicekup sembunyi dalam longkang
"Saya terkejut, bukan mahu lari."
Dakwa seorang pemandu lori warga Indonesia yang cuba meloloskan diri ketika ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di Bandar Puteri, Puchong pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784044/berita/semasa/saya-terkejut-bukan-mahu-lari---pemandu-lori-dicekup-sembunyi-dalam-longkang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PemanduLori #Rohingya #JPJ
Bekas ahli NGO didakwa salah guna dana Ikram RM98.2 juta
Seorang bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikram Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa, atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98,270,315.20, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Fakhrudin Abd Karim, 57, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784023/berita/semasa/bekas-ahli-ngo-didakwa-salah-guna-dana-ikram-rm982-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #NGOdidakwasalahgunadanaIkram #kessalahgunadana
Kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terus jadi sasaran pencuri dan terkini, Polis Kelantan menumpaskan satu sindiket yang aktif melakukan perbuatan keji itu sejak Februari lalu.
Polis berjaya menahan dua lelaki, sekali gus menyelesaikan empat kes kecurian yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM200,000.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783977/suara-sinar/pojok/kabel-kena-curi-bila-ecrl-nak-siap
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #KecurianKabel #PengangkutanAwam
UMNO Kedah melihat keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya akan datang sebagai pandangan yang perlu dinilai berdasarkan realiti politik semasa.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gelombang sokongan yang dinikmati PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 tidak semestinya kekal sepenuhnya selepas lebih tiga tahun setengah mentadbir negeri itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783908/berita/politik/gelombang-tidak-lagi-milik-pn-sepenuhnya---mahdzir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PN
Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler
Selepas 15 tahun hidup sebagai pelarian di Malaysia, seorang etnik Rohingya dari Myanmar masih menyimpan harapan untuk kembali ke tanah airnya sekiranya keadaan di negara asal berubah dan komuniti itu diterima semula.
Soeyor, 32, yang kini menetap di Tongkang Yard, Alor Setar berkata, dia tidak pernah melupakan kampung halamannya meskipun sudah lebih sedekad membina kehidupan baharu di Malaysia bersama isteri dan tiga anaknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783851/berita/semasa/kalau-myanmar-terima-saya-mahu-pulang---luah-etnik-rohingya-15-tahun-tinggal-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rohingya #Pelarian #Myanmar
"Kenapa periksa saya? Saya datang cuma mahu beli makanan."
Itu reaksi seorang lelaki warga asing yang mempersoalkan tindakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor sebelum cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan dalam Ops Kutip di tapak pasar malam Jalan Sri Selayang pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783859/berita/semasa/enggan-diperiksa-warga-asing-bergelut-dengan-pegawai-jim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #OpsKutip
From the publisher's feed