Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Rohingya dan ikan bandaraya

    Ketika sedang minum di Kedai Kak Mah, saya bertanya kepada seorang rakan, Jepp mengenai isu Rohingya yang sedang hangat diperkatakan.

    Kata Jepp, isu Rohingya boleh diibaratkan seperti kisah ikan bandaraya. Pada awalnya, ikan itu dibawa masuk dengan tujuan yang baik iaitu membersihkan akuarium daripada lumut dan kotoran. Ramai yang melihat kehadiran ikan ini sebagai sesuatu yang bermanfaat dan tidak mendatangkan masalah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783827/suara-sinar/komentar-editor/rohingya-dan-ikan-bandaraya

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #EtnikRohingya

    4 min
  • 'Kerana silap saya, anak ikut masuk penjara'

    Pengalaman membesarkan anak dalam serba keterbatasan di dalam penjara menjadi episod amat memeritkan dalam hidup wanita bergelar ibu.

    Bagi Sha (bukan nama sebenar), 30, detik itu menjadi pengalaman paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa membesarkan anak bongsunya yang kini berusia dua tahun lima bulan di sebalik tirai besi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783813/berita/laporan-khas/kerana-silap-saya-anak-ikut-sekali-masuk-penjara

    Muzik: Rustle of Leaves - Veance d dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #LaporanKhas #Disebaliktiraibesi

    3 min
  • Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy

    Komuniti Rohingya di Melaka pernah mengemukakan beberapa permohonan termasuk mendapatkan wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), melaksanakan solat Jumaat sendiri serta memperoleh tauliah mengajar agama, namun permohonan itu tidak diluluskan kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, antara kawasan yang mempunyai penempatan Rohingya di Melaka ialah Limbongan dan Pangkalan Rama Pantai selain Jalan Pulau Senang 3, Duyong di bawah kawasannya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783738/edisi/melaka-ns/rohingya-pernah-mohon-tauliah-mengajar-agama-wakil-jpkk---noor-helmy

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #Rohingya #Pelarian #Agama

    2 min
  • Video tular amah dibelasah, dua pasangan suami isteri ditahan

    Dua pasangan suami isteri ditahan berhubung kes video tular seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa penderaan di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi Johor Bahru.

    Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan dilakukan pada jam 7.30 petang pada Sabtu, selepas pihak polis mengesan empat video yang dimuat naik di Facebook memaparkan mangsa dipukul oleh beberapa individu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783750/berita/semasa/video-tular-amah-dibelasah-dua-pasangan-suami-isteri-ditahan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Viral #Belasahpembanturumah

    2 min
  • Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

    Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

    Pas dan Gerakan Reset pada Sabtu mencapai persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

    Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783677/berita/politik/pas-setuju-kekalkan-hamzah-sebagai-ketua-pembangkang

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KetuaPembangkang #Pas #PN

    2 min
  • Hamzah umum tubuhkan Parti Wawasan Negara

    Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Sabtu mengumumkan bahawa gerakan itu akan bergerak di bawah sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Wawasan Negara dalam usaha memperkukuh kerjasama politik bersama pelbagai blok di negara ini.

    Menurut beliau, parti diwujudkan sebagai wadah penyatuan yang akan bekerjasama dengan Pas dan parti-parti lain yang sehaluan bagi membentuk kesepahaman politik yang lebih komprehensif dan meyakinkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783670/berita/politik/hamzah-umum-tubuhkan-parti-wawasan-negara

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PartiWawasanNegara #reset #HamzahZainudin

    2 min
  • Jangan tangani isu Rohingya ikut emosi - Muhammad Kamil

    Isu melibatkan komuniti Rohingya di negara ini perlu ditangani secara berhemah dan mengikut lunas undang-undang bukannya berdasarkan emosi atau tindakan sendiri oleh masyarakat.

    Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kehadiran komuniti itu di Malaysia berpunca daripada krisis kemanusiaan dan penindasan yang berlaku di negara asal mereka beberapa tahun lalu sehingga memaksa mereka mencari perlindungan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783636/berita/nasional/jangan-tangani-isu-rohingya-ikut-emosi---muhammad-kamil

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IsuRohingya

    3 min
  • AMK sudah kemuka senarai calon PRN Johor, Negeri Sembilan

    AMK sudah kemuka senarai calon PRN Johor, Negeri Sembilan

    Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengenal pasti dan mengemukakan senarai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan kepada jawatankuasa pemilihan calon parti.

    Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya kini hanya menunggu proses penilaian sebelum keputusan muktamad dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783629/berita/politik/amk-sudah-kemuka-senarai-calon-prn-johor-negeri-sembilan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRN #AMK

    2 min
  • Jiwa Rasa satukan penyanyi legenda sepanjang zaman

    Jiwa Rasa satukan penyanyi legenda sepanjang zaman

    Selepas dua tahun berehat daripada menganjurkan program bersama rakan artis, penyanyi rock era 1990-an, Nizam Laksamana bakal mengadakan semula ‘showcase’ amal pada 3 Oktober depan.

    Showcase Jiwa Rasa Nizam Laksamana dan Kawan-Kawan 5.0 membariskan penyanyi terkenal tanah air antaranya Zamani Slam, Tam Spider, Azmani, Hazama, Haiza dan kumpulan UNIC yang bakal menjanjikan kelainan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783586/berita/hiburan/jiwa-rasa-satukan-penyanyi-legenda-sepanjang-zaman

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NizamLaksamana #ShowcaseJiwaRasa

    2 min
  • Tangisan dinanti seorang ibu

    “Sampai sekarang saya tidak percaya dia boleh bertahan dan terus hidup sehingga hari ini kerana ketika dilahirkan, tubuhnya terlalu kecil.

    Demikian luah Siti Zakiah Mamat, 39, apabila mengenangkan kembali detik getir terpaksa dilalui anak keduanya, Muhammad Rayqal Rizqi Mohd Fadhir yang berusia 4 bulan,  lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783593/edisi/terengganu/tangisan-dinanti-seorang-ibu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #masalahkebocoranperut #radangususkronik

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…