Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • PRN Johor: KDN teliti cadangan sedia laluan khas pengundi kerja di Singapura balik mengundi

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti keperluan menyediakan kemudahan khas bagi memudahkan pengundi di Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi, termasuk kemungkinan membuka laluan khas di pintu masuk laluan darat.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pada 12 Jun ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783088/berita/nasional/prn-johor-kdn-teliti-cadangan-sedia-laluan-khas-pengundi-kerja-di-singapura-balik-mengundi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #KDN #undi

    2 min
  • 'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama

    'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama

    Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan terbaharu kerjasama politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berakhir, sebagai satu lagi episod yang mengulangi corak lama dalam politik negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hampir setiap kerjasama politik yang pernah dijalin Pas dengan sebarang parti mahupun gabungan lain sebelum ini berakhir dengan perpisahan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783078/berita/politik/selepas-bersatu-siapa-lagi---ph-dakwa-pas-ulang-kitaran-sama

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PH #Bersatu #Pas

    2 min
  • Arak hampir RM700,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah tidak menolak kemungkinan terdapat permintaan yang tinggi terhadap minuman keras sepanjang perayaan Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei lalu.

    Ia susulan tiga rampasan cubaan menyeludup minuman beralkohol bernilai hampir RM700,000 berjaya dibuat sepanjang tempoh tersebut di beberapa lokasi berasingan di negeri ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783052/berita/semasa/arak-hampir-rm700000-dirampas-dalam-tiga-serbuan-berasingan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Rampasan #Kastam

    3 min
  • Guru didakwa tujuh pertuduhan amang seksual murid perempuan, miliki bahan lucah

    Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap murid perempuannya antara 2024 hingga 2025.

    Tertuduh, Mohamad Amirul Awang Meran, 28, yang sudah lima tahun menjadi guru turut tidak mengaku salah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Johor Bahru iaitu memiliki bahan lucah dalam dua buah telefon bimbitnya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783059/berita/semasa/guru-didakwa-tujuh-pertuduhan-amang-seksual-murid-perempuan-miliki-bahan-lucah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

    2 min
  • 'Terima kasih semua, minta maaf menyusahkan'- Jaslinda

    Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa syukur selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tapah pada Selasa, selepas menerima rawatan selama tiga hari di hospital berkenaan.

    Jaslinda dilihat keluar dari wad perempuan jam 1.50 petang dalam keadaan bertongkat dengan kaki kiri berbalut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783075/berita/semasa/alhamdulillah-saya-sihat---jaslinda-dibenar-keluar-hospital

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jaslinda #sesat

    2 min
  • Penuntut universiti nafi paksa gadis buat rangsangan seksual

    Penuntut universiti nafi paksa gadis buat rangsangan seksual

    Seorang penuntut universiti awam di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Selasa atas pertuduhan melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan terhadap seorang gadis, awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Muhammad Amir Nabil Salehuddin, 24, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783060/berita/semasa/penuntut-universiti-tidak-mengaku-paksa-gadis-buat-rangsangan-seksual

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah #nafilaukanperbuatanaibkehormatangadis

    1 min
  • Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari

    Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari

     Lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang penuntut universiti ketika solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang, Alor Gajah Sabtu lalu direman empat hari bermula Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Perintah reman terhadap penganggur berusia 28 tahun sehingga 12 Jun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarul Aris Kamalluddin di Kompleks Mahkamah Alor Gajah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783029/berita/semasa/suspek-curi-beg-tangan-di-masjid-direman-empat-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #mahkamah #diremanempathari #curibegtangandimasjid

    1 min
  • JKDM rampas RM2.9 juta kokain, ganja cuba diseludup melalui kurier

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis kokain dan ganja melalui perkhidmatan kurier di Tawau, baru-baru ini.

    Dalam kejadian 21 Mei lalu, dadah bernilai lebih RM2.9 juta itu dirampas dalam dua kotak yang ditemui di premis perkhidmatan kurier.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783047/berita/semasa/jkdm-rampas-rm29-juta-kokain-ganja-cuba-diseludup-melalui-kurier

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Rampasan #Kastam

    2 min
  • Lelaki pandu melulu direman empat hari

    Pemandu kereta pacuan empat roda yang memandu secara melulu dan berbahaya direman empat hari bermula Selasa sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret J Savinder Singh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada pagi Selasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783022/berita/semasa/lelaki-pandu-melulu-direman-empat-hari

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Jenayah #Reman #PanduMelulu

    3 min
  • Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

    Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur mistik atau gangguan luar biasa yang dialaminya sepanjang tempoh berada dalam hutan.

    Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Jaslinda ketika beliau bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan melawat wanita berkenaan di Hospital Tapah pada Isnin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782947/berita/semasa/jaslinda-maklum-tiada-unsur-mistik-gangguan-ketika-dalam-hutan---exco-perak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #UnsurMistik #Jaslinda

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…