Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Formula UMNO Melaka bergantung kepada 'mas kahwin’ - Ab Rauf

    UMNO Melaka terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi memperkukuh perpaduan masyarakat serta memperluaskan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dating, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. 

    Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO Melaka sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak yang mampu memberi manfaat politik terbaik kepada parti tanpa menjejaskan kestabilan kerajaan negeri sedia ada.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783502/berita/politik/formula-umno-melaka-bergantung-kepada-mas-kahwin---ab-rauf

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #politik #UMNO #UMNOMelaka #AbRaufYusoh

    2 min
  • Ada sesiapa nak belajar bahasa Rohingya?

    Sebelum ini, ramai menawarkan kelas belajar bahasa Mandarin dan Tamil di ruangan komen media sosial kerana ia mendapat permintaan tinggi sama ada untuk tujuan komunikasi harian atau peluang pekerjaan.

    Apabila semakin kerap tawar kelas bahasa secara percuma itu, ia menjadi trend spontan netizen meniru cara sama bagi tujuan berjenaka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783449/suara-sinar/pojok/ada-sesiapa-nak-belajar-bahasa-rohingya

    #SinarHarian #SinarTerkini #Rohingya

    2 min
  • Suami, isteri orang mengaku salah cuba bersetubuh didenda sehingga RM5,000

    Seorang lelaki berstatus suami orang dan wanita yang juga isteri orang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan percubaan persetubuhan haram, sebelum masing-masing dikenakan denda sehingga RM5,000.

    Tertuduh, Hairul Mokhsin Zaini, 24, dan Siti Iqbar Mazlan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Daud.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783414/berita/semasa/suami-isteri-orang-mengaku-salah-cuba-bersetubuh-didenda-sehingga-rm5000

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #syariah #denda

    2 min
  • Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa

    Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang lelaki senegaranya di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di Nibong Tebal hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38 didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783362/berita/semasa/lelaki-rohingya-didakwa-bunuh-rakan-cederakan-isteri-mangsa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #didakwabunuhrakan #cederakanisterimangsa

    2 min
  • Penganggur didakwa bunuh rakan, dua bulan sorok mayat dalam tilam

    Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis atas pertuduhan membunuh rakannya Mac lalu yang mayatnya ditemui selepas dua bulan dalam keadaan reput, dibungkus dalam lipatan tilam di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Kamil Harris Mohd Abd Nasir, 40, didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783347/berita/semasa/kamil-harris-didakwa-bunuh-rakan-dua-bulan-sorok-mayat-dalam-tilam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #didakwabunuhrakan #sorokmayatdalamtilam

    2 min
  • UMNO bukan pengkhianat, berhak tentu hala tuju

    UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti menjelang mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin 

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783297/berita/politik/umno-bukan-pengkhianat-berhak-tentu-hala-tuju

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #politik #UMNO #Asyrafwajdidusuki #BN #PRNJohor

    3 min
  • Ubah suai ekstrem motosikal buang brek belakang, 'upgrade' ECU, enjin

    Brek belakang dibuang, guna tayar sotong dan tukar enjin termasuk sistem kawalan enjin (ECU) hingga mengeluarkan kos mencecah RM18,000 bagi sebuah motosikal menjadi trend pengubahsuaian ekstrem.

    Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya mengesan trend yang semakin serius tahun ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783250/berita/semasa/ubah-suai-ekstrem-motosikal-buang-brek-belakang-upgrade-ecu-enjin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ubaisuaiekstrem #JPJ #Sita

    2 min
  • Alza jadi 'keldai dadah', syabu hampir RM8 juta dirampas

    Taktik sindiket dadah menyeludup syabu yang disimpan dalam kenderaan yang dibawa dari Semenanjung ke Sabah melalui laluan laut gagal apabila sebanyak 159.8 kilogram (kg) dadah bernilai RM7.9 juta dirampas dalam Op Bayu 9.

    Dalam beberapa serbuan berasingan pada 22 Mei lalu, tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 53 tahun turut ditahan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah dan sebuah hotel di Kota Kinabalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783227/berita/semasa/alza-jadi-keldai-dadah-syabu-hampir-rm8-juta-dirampas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keldaidadah

    3 min
  • Kebakaran Gok Kapur: Haiwan peliharaan, ternakan cedera dirawat

    Kebakaran Gok Kapur: Haiwan peliharaan, ternakan cedera dirawat

    Haiwan peliharaan dan ternakan yang cedera dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu menerima rawatan segera daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Pengarah JPV Kelantan, Dr Yashasmida Yaacob berkata, pihaknya menggerakkan seramai 10 anggota ke kawasan terlibat bagi meninjau keadaan haiwan peliharaan serta ternakan yang mungkin memerlukan bantuan dan rawatan segera.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783204/edisi/kelantan/kebakaran-gok-kapur-haiwan-peliharaan-ternakan-cedera-dirawat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakaran #GokKapur #Haiwan

    2 min
  • PRN Johor: Pas Johor teruskan gerak kerja, tunggu keputusan pusat

    PRN Johor: Pas Johor teruskan gerak kerja, tunggu keputusan pusat

    Persiapan Pas Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terjejas susulan keputusan Pas Pusat menamatkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, sebelum ini cadangan kerusi yang bakal ditandingi menerusi kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) negeri telah diputuskan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783186/berita/politik/prn-johor-pas-johor-teruskan-gerak-kerja-tunggu-keputusan-pusat

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PRNJohor #Bersatu #Pas

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…