
Sign up to save your podcasts
Or


'Rumah baharu siap hangus terbakar depan mata'
"Saya tengok depan mata, rumah yang baharu siap dibaik pulih hangus terbakar."
Demikian kata Miss Sanma Mateaha, 43, yang menangis dan terkedu selepas tidak dapat menahan sebak melihat tempat berteduh bersama suami, Nasrun Ibrahim, 55, serta tiga anak musnah sekelip mata bersama 14 lagi kediaman lain dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782951/berita/semasa/rumah-baharu-siap-hangus-terbakar-depan-mata
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahTerbakar #Kebakaran #KotaBharu #Mangsa
Berat Jaslinda susut hampir 10kg
Berat pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dianggarkan susut hampir 10 kilogram (kg) sepanjang tempoh berada di dalam hutan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim berkata, perubahan fizikal wanita itu jelas kelihatan berbanding sebelum memulakan pendakian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782939/berita/semasa/berat-jaslinda-susut-hampir-10kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #Jaslinda #Hospital #GunungBatuPutih
Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, kini bersemangat untuk segera pulih dan keluar dari hospital bagi menghadiri majlis konvokesyen anaknya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Jaslinda kepadanya ketika melawat wanita itu di Hospital Tapah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782952/berita/semasa/jaslinda-mahu-cepat-keluar-hospital-hadiri-konvokesyen-anak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #Jaslinda #Hospital
Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah, 63, berkongsi detik pertemuan bersama pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, yang menjamah makanan di kediamannya selepas ditemui selamat pada Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Jaslinda menikmati tiga cawan kopi sebelum menjamah dua paket mi segera, diikuti nasi bersama lauk ayam dan ikan tengas, serta sambal petai yang dimasak oleh penduduk kampung.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jaslinda #Pendaki #Survival #TokBatin
Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800
Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah yang membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain pada Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782889/berita/semasa/sebar-video-lucah-bekas-suami-wanita-didenda-rm2800
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #sebarvideobekassuami
Keterujaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk menaiki kereta baharu milik bapa saudaranya bertukar menjadi detik terakhir sebelum dia maut bersama lima ahli keluarganya dalam kemalangan tragis di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut ibu saudaranya, Norzamilah Ghazali, 50-an, Iskandar Affan Ibrahim begitu gembira apabila melihat nenek dan bapa saudaranya tiba dengan sebuah Proton X50 yang baru dibeli pada hari kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782870/berita/semasa/nahas-x50-iskandar-gembira-teruja-naik-kereta-baharu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #SUV #Lori #AlorSetar
Orang Asli kongsi rasa sedih campur gembira jumpa Jaslinda
Perasaan sedih bercampur gembira dirasai dua penduduk Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu apabila secara kebetulan menemui pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Ah Adnan.
Penduduk, Nazri Bah Eng, 55, dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51, berkata, mereka tidak menyangka penemuan itu berlaku ketika keluar memancing di kawasan berkenaan.
Kehadiran itu disedari Nazri dan Bah Roslan yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tokbatin #jaslindasaludinselamatditemui
Seramai lima pesalah syariah terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki menjalani hukuman keseluruhan 20 sebatan di Mahkamah Penjara Marang pada Ahad.
Kesemua pesalah terbabit dihukum sebatan bagi kategori Rotan Ringan selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah syariah yang dihadapi sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782789/berita/semasa/lima-pesalah-syariah-dihukum-20-sebatan-di-penjara-marang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PesalahSyariah #Sebat #penjaraMarang
DAP menyatakan hasrat untuk bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas tiket Pakatan Harapan (PH) berbanding 14 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya lalu.
Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, hasrat tersebut bagaimanapun belum muktamad dan masih tertakluk kepada rundingan kerusi dalam kalangan parti-parti komponen PH.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782791/berita/politik/prn-johor-dap-sasar-tanding-17-kerusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #DAP
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun menyampaikan penghargaan kepada Sahabat Maktab yang menjadi tulang belakang dalam membantu kebajikan dan kesejahteraan jemaah sepanjang Operasi Haji 1447H.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TH #Haji #SahabatMaktab
From the publisher's feed