Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Drama tebusan berakhir kematian

    Pada 9 September 2008, saya baru kira-kira dua bulan bergelar wartawan. Ketika itu, masih belajar mengenali dunia kewartawanan terutama bidang jenayah yang membawa ke lokasi yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

    Masih banyak yang perlu dipelajari. Orang kata, saya ketika itu baru belajar berjalan dalam dunia kewartawanan.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784705/suara-sinar/komentar-editor/drama-tebusan-berakhir-kematian

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #tebusan #kematian

    4 min
  • PRN Johor: 73 individu tawar diri jadi calon Bersama

    Seramai 73 individu menawarkan diri untuk menjadi calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun parti itu baru ditubuhkan kira-kira sebulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

    Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, proses pemilihan calon telah selesai dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784695/berita/politik/prn-johor-73-individu-tawar-diri-jadi-calon-bersama

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RafiziRamli #Politik #PRNJohor #Bersama

    3 min
  • Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang - Speaker

    Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang - Speaker

    Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin kembali menjadi Ketua Pembangkang bermula 18 Jun lepas.

    Berdasarkan perkembangan sejak Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat lepas serta pemakluman yang telah dipertimbangkan, Johari berkata Hamzah adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784745/berita/nasional/hamzah-kembali-jadi-ketua-pembangkang---speaker

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #ketuapembangkang

    2 min
  • Hasnul Zulkarnain kembali sertai Amanah

    Selepas hampir enam tahun meninggalkan parti, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kembali menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), lapor wartawan Sinar Harian,  Saifullah Ahmad.

    Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi ketika Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784628/berita/politik/hasnul-zulkarnain-kembali-sertai-amanah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #politik #ADUNTitiSerong #Amanah

    2 min
  • Jala ikan, terjala anak buaya sekali

    Jala ikan, terjala anak buaya sekali

    Seorang penduduk Rumah Pangsa Lereh, Melaka yang sedang menjala ikan di sungai berhampiran terkejut apabila seekor anak buaya tembaga dianggarkan seberat 10 kilogram tersangkut pada jalanya dalam kejadian pada pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Penduduk berkenaan, Mohd Rafi Musa, 36, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi ketika dia menjala ikan untuk makan sendiri di Sungai Lereh.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784531/berita/semasa/jala-ikan-terjala-anak-buaya-sekali

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tertangkapanakbuayatembaga #nelayanterjalaanakbuaya #buayatembaga

    4 min
  • Pasar Pudu 'port' warga asing digempur JIM

    Bau busuk, longgokan sampah dan persekitaran yang kotor antara keadaan yang dilihat di kawasan rumah kedai tiga tingkat sekitar Pasar Pudu yang dipercayai menjadi penempatan ratusan warga asing, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

    Tinjauan Sinar Harian yang mengikuti Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur awal pagi Sabtu mendapati keadaan sekitar premis berkenaan berada dalam keadaan tidak terurus dengan sampah sarap bertaburan selain menimbulkan suasana meloyakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784505/berita/semasa/pasar-pudu-port-warga-asing-digempur-jim

    Muzik: Antoine Mignon - Closer Than You Think dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Imigresen #PasarPudu #KualaLumpur

    3 min
  • PRN Johor: DAP pertaruh calon Melayu di Ulu Tiram

    DAP mempertaruhkan calon Melayu, Nor Zulaila Abd Ghani, 38, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pengumuman calon yang mesra dipanggil Lily itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dalam satu majlis di Plentong pada Sabtu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784512/berita/politik/prn-johor-dap-pertaruh-calon-melayu-di-ulu-tiram

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Calon #DAP #PRNJohor

    3 min
  • Fasa baharu hubungan Jepun-Malaysia

    Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Jepun di Malaysia, Nihei Daisuke, berkongsi mengenai fokus utama susulan Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Jepun baru-baru ini bagi sidang kemuncak dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, yang menyaksikan Jepun dan Malaysia membawa hubungan dua hala ini selangkah ke hadapan.

    Bermula daripada pengukuhan kerjasama keselamatan dan ekonomi menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif berteraskan Dasar Pandang Ke Timur, sehinggalah kepada pencapaian lebih sejuta pertukaran lawatan antara rakyat pada tahun lalu, hubungan kedua-dua negara kini lebih kukuh.

    Video: FB Kedutaan Jepun

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Malaysia #Jepun #HubunganDiplomatik

    3 min
  • CEO PSM didakwa minta RM1 juta, terima RM450,000 projek naik taraf pusat skuasy

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas satu pertuduhan meminta rasuah melebihi RM1 juta dan enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM450,000 berhubung projek menaik taraf Pusat Skuasy beberapa bulan lalu.

    Iliyas, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784256/berita/semasa/ceo-psm-didakwa-minta-rm1-juta-terima-rm450000-projek-naik-taraf-pusat-skuasy

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #PSM #IliyasJamil

    3 min
  • Putrajaya dilihat semakin 'berpenyakit'

    Sedih juga bila difikirkan apabila banyak masalah berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya berpunca daripada sikap sendiri.

    Baru-baru ini, Merak Jalanan menerima cerita daripada seorang rakan yang berkunjung ke Putrajaya. Niatnya ingin melihat sendiri keindahan pusat pentadbiran negara yang terkenal dengan landskap menarik dan moden.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784243/suara-sinar/pojok/putrajaya-dilihat-semakin-berpenyakit

    #SinarHarian #SinarTerkini #Putrajaya

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…