Selain peralatan rumah, kunci juga menjadi 'rebutan' dalam kalangan mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan. Ia diakui sendiri oleh tukang kunci, Mohd Azlan Ab Ghani, apabila tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan bagi mendapatkan kunci pendua selepas ianya hilang disebabkan banjir melanda. Katanya, sepanjang pasca banjir, permintaan terhadap kunci baharu sangat tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com