Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pada Jumaat atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Norraniza Muhamad Puslam, 35, mengaku tidak bersalah cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada jam 4.45 petang, 20 Disember lalu.