Pemain pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan susulan insiden kad merah yang diterimanya dalam aksi Kejohanan Bola Sepak ASEAN atau Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh, Vietnam, pada Selasa lalu. Azam Azmi turut didenda $1,000 US Dolar atau RM4,390 dan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh selepas keputusan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), disampaikan wartawan Sinar Harian, Zaitie Satibi.