Maritim Zon Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup 282,000 batang rokok putih bernilai lebih RM303,000 di perairan Kuala Batu Pahat pada Khamis. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunos berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com