Jangkitan HIV di negara ini mencatat penurunan sebanyak 70 peratus. Namun, usaha KKM mahu negara ini bebas HIV iaitu dengan alternatif memberikan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada golongan berisiko dijangkiti HIV termasuk komuniti LGBT baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Di Sebalik Isu Bersama FY, kita dengarkan pencerahannya bersama Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliah Perubatan, Prof Dr Samsul Draman, Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, UiTM, Prof Dr Anis Safura Ramli dan People Living with HIV (PLHIV) dikenali Abdullah.
Kredit Muzik: Artlist