Bapa tiga beradik yang menjadi mangsa renjatan elektrik di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan, semalam, meluah perasaan hilang tiga permata sekaligus, pada Selasa. Mohd Nadzir Mohamed mendedahkan ketiga-tiga anaknya iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, Sakinah dan Noor Fathiah, adalah anak perempuan daripada lapan beradik, manakala lima lagi kesemua lelaki, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com